|
Rozmal bin Malakan <rozmal@yahoo.com>
Subject: 1 juta orang penagih dadah Pulanglah anak Rembau !
Akhbar hari ini menyatakan bahawa terdapat 1 juta orang penagih
dadah di Malaysia sekarang ini. Masalah ini telah sekian lama
melanda negara, bukan sahaja di ibu kota bahkan di luar bandar,
di kampung-kampung, di Felda Felda, di pedalaman.
Usaha membanteras musuh No 1 negara ini bukan hanya terletak
pada pihak polis, agensi anti dadah, Pemadam. Ianya juga
terletak di bahu kita semua.
Saya menyeru kepada semua warga kota agar perhatikanlah apa yang
berlaku di kampung mereka. Jangan abaikan belia-belia di kampung
bergelumang dengan najis dadah dan gejala sosial. Gerakkanlah
pemuda pemuda kampung agar mereka menjadi insan berguna.
Dekatkanlah mereka ini dengan aktiviti yang berfaedah.
Saya juga menyeru kepada warga kota, warga korporat, dermawan,
hartawan yang berasal dari Rembau, bila balik Rembau tu
tanyakanlah masalah dadah dan sosial di kampung. Boleh katakan
semua kampung di Rembau ini ada penagih dadah, dari Kg Gadong,
Kg Ulu Gadong, Kg Perah, Kg Seberang Paya, Kg Batang Nyamur dan
banyak lagi kampung.
Kepada anak Rembau yang berminat untuk membangunkan belia Rembau
ini agar mereka dapat menjadi insan yang berguna kepada agama ,
bangsa dan daerah Rembau bolehlah menghubungi saya Rozmal bin
Malakan Tal 012-2267406 , e-mel rozmal@yahoo.com
Alhamdulillah setakat ini terdapat beberapa program yang telah
dan sedang berjalan antaranya Perkhemahan Ibadah, Motivasi
Remaja, Pendakian Gunung Datuk. Khidmat Kesihatan dan lain-lain.
InsyaAllah dengan sokongan anak Rembau yang berada di perantauan
, program ini sedikit sebanyak akan mengurangkan penagih dadah
di Rembau.
Penagih dadah perlukan bimbingan, perhatian dan belaian kasih
sayang, bukan penghinaan, cemuhan semata-mata.
Sekian, wassalam.
Rozmal bin Malakan
Ahli Kg Kota & Kg Tanjung & Kg Bongek
Rembau, N.Sembilan
Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
|