BALIK KE MUKA UTAMA


formmail.to: umnoreform

From_Email: bulan_500@yahoo.com

From_Name: Pusat Kajian Strategik Dan Pembangunan Global (PUKAL)

Subjek: Request for Proposal

Pesanan: PUKAL memandang secara teliti diatas komen Perdana Menter,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap tahap dan mutu perkhidmatan rangkaian selular di Malaysia. Kesan daripada pengswastaan kini dirasai hanyalah untuk mengaut keuntungan pihak tertentu sahaja tanpa mengambil kira atas kepentingan,kebajikan dan keperluan rakyat dan negara.

Kehadiran syarikat selular seperti Maxis,Celcom dan Digi dalam membina segala prasarana telekommunikasi dalam negara gagal mengambil sikap meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan syarikat. Berbagai persoalan timbul dalam usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan,antaranya pembinaan menara dan mendapatkan tapak stesen radio (BTS/RBS).Walaupun kebanyakan negeri telah memiliki agensi yang diberikan amanah untuk membina dan mencari tapak pembinaan menara namum ianya masih gagal.

Dimana silapnya? Operator selular salahkan agensi negeri kerana kesukaran mendapatkan tempat serta tapak,agensi pencari tapak dan pembinaan menara menunggu surat tawaran dan kertas perancangan pemilihan tapak menara daripada operator. Masing-masing menunggu dan tertunggu-tunggu, kesannya mutu perkhidmatan berada di tahap yang tidak memuaskan juga.

Perbincangan terus menerus dijalankan antara pihak Suruhanjaya Telekommunikasi (MCMC),operator dengan agensi yang berkaitan tetapi ianya tidak mencapai matlamat yang diharapkan.Olehitu adalah wajar,MCMC yang memiliki sumber kewangan yang kuat dan kukuh membuat satu penilaian dengan kaedah pengambilalihan membeli dan memiliki semua menara telekommuniksai yang sediaada dan dan menanggung kos membina menara baru bagi semua lokasi di seluruh negara.Dengan kaedah ini tidak akan berlaku pertindihan pembinaan menara antara operator dan menara yang sedia ada dapat diguna pakai semula dan yang pastinya kehormonian kerjasama antara operetor dapat dikekalkan dan digalakkan.MCMC mempunyai sumber kewangan yang kukuh hasil daripada pembayaran cukai frequansi terhadap operator telekommunikasi. Dan adalah menjadi kemestian MCMC untuk membantu negara dan rakyat dengan memulangkan segala perolehan sumber kepada rakyat.Secara tidak lansung juga ianya akan mempercepatkan proses penggunaan wireless broadband dikalangan rakyat negara ini. Kegagalan penggunaan broadband dikalangan masyarakat didalam negara kita disebabkan ketidak sempurnanya pengendali broadband memberikan perkhidmatan yang terbaik kerana kesukaran mendapatkan tapak penempatan stesyen wireless broadband tersebut.

Kita gah menyatakan tentang Wimax,3G,Wi-fi tetapi ianya hanyalah sebuah cerita 'lebih sudu daripada kuah'.Tentu MCMC lebih arif tentang wireless broadband,teknologi MMDS,LMDS semuanya merupakan kegarapan teknologi yang sepatutnya dibangunkan oleh semua operator yang telah diberi lesen. Dianggarkan puluhan syarikat telah mendapat lesen untuk mengendalikan perkhidmatan wireless broadband,tetapi semuanya gagal. Kita tidak pasti adakah pemiliki lesen tersebut faham atau tidak tentang teknologi broadband,atau hanya sekadar ingin memiliki lesen tersebut dan akhirnya menjual semula kepada pihak lain (kaut keuntungan atas angin). Negara memiliki berbagai dasar contohnya Dasar Telekommunikasi Negara dan sebagainya tetapi ianya hanyalah sebuah dasar atas kertas dan menjadi bahan dagangan ghaib bagi mereka yang mudah memiliki dan mendapatkan lesen NSP,NFP,ASP,ISP dan bermacam-macam P lagi.Yang popular dikalangan pengendali lesen broadband hanyalah mengusahakan projek perniagaan voip.Perkara yang menjadi lebih ketara lagi ialah ada dikalangan pengendali telekommunikasi ini yang tidak memiliki 'backbone'sebagai perkara asas yang patut dan mesti dimiliki. Sebenarnya negara kita memiliki segala kemudahan 'backbone'baik mengunakan microwave ataupun fiber optik,tetapi pengusaha ini semua tidak dapat mengujudkan kehormanian dan menjaga kepentingan bersama dan masyarakat.TNB,FiberCom,FiberRail semuanya memiliki rangkaian fiber optik,namum ada dikalangan firma ini yang tidak memiliki lesen seperti TNB. Oleh yang demikian bagi mempercepatkan peningkatan penggunaan broadband maka MCMC wajar menggunakan sumber dananya untuk membeli segala infrastruktur dan peralatan yang berkaitan yang telah tersedia ada pada TNB. Dengan ini juga dapat menanggung kos yang telah dilaburkan oleh TNB selama ini dalam usaha membina rangkaian fiber optiknya.

Secara tidak langsung MCMC akan membantu para pengendali broadband yang tidak memiliki 'backbone' tadi.Mungkin kosnya akan menjadi murah,ini kerana kos trunk E1 yang sedia ada teramat mahal untuk dibayar.Paling tidak MCMC mesti menyediakan 'backbone'menggunkan microwave daripada Perlis sehinggalah ke Johor.MCMC tidak boleh mengharapkan kepada pengendali broadband sahaja kerana mereka ini telah lama memiliki lesen tersebut dan kerajaan pula telah sekian lama bercakap tentang ICT serta'Jalur Lebar Negara'.

Menteri Telekommunikasi juga boleh membantu meminda apa sahaja keperluan perundangan agar MCMC mampu kehadapan untuk membantu rakyat dan negara bagi merealisasikan 'Dasar Jalur Lebar Negara' dengan cepat. Manakala operator selular dan broadband dikehendaki dan wajib mematuhi segala KPi yang telah ditetapkan oleh MCMC.Akhir sekali jangan ada campurtangan politik dalam segala urusan telekommunikasi mendesak MCMC agar mengikut telunjuk operator-operator dan pengusaha rangkaian selular serta broadband.

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762