![]() |
|
Ini bermakna pemimpin gagal mengawal keadaan ekonomi negara.Semua rakyat mengetahui siapa taukeh besar penternak ayam,mereka bukan daripada bumiputra,maka kita lihat permintaan mereka ini seringkali akan diterima oleh parti pemerintah.Kadang kala taukeh tadi sanggup membakar anak-anak ayam demi menjamin kenaikan harga ayam,sungguh biadap terhadap makluk ciptaan tuhan.Tapi siapa yang mampu mengawal perbuatan mereka,kita hanya mampu buat kenyataan media sahaja. Sungguh memalukan nasib dan kedudukan Melayu dalam mempertahankan ketuanan dan kekuasaan dalam membuat keputusan.Sekarang kita bisng isu takrif elektrik,sebelum itu kita kena sedar siapa yang ada syer dalam TNB,tentulah terdiri daripada khazanah dan beberapa parti politik pemerintah,bagaimana kita hendak melawan isu kenaikan ini sebab pemegang saham mempunyai kaitan terus dengan kerajaan.
Tidak ada satu sen pun saham atau syer
daripada parti pembangkang.Meraunglah sekuat manapun TNB
akan tetap dipertahankan,demi masa depan pemegang saham
mereka,tetapi dengan berbagai hikmah mereka ini akan
membuat kenyataan agar rakyat dapat menerima segala
keputusan yang telah dibuat.Tiada kesukaran kerana media
perdana dalam negara juga,mereka yang memiliki sahamnya,jadi
segala kenyataan akan digembar gemburkan agar nampak semuanya
benar.
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|