BALIK KE MUKA UTAMA


formmail.to: umnoreform

From_Email: bulan_500@yahoo.com

From_Name: Pusat Kajian Strategik Dan Pembangunan Global(PUKAL)

Subjek: Request for Proposal

Pesanan: Wakil Rakyat Lesen Apa Sahaja.

Sudahlah bergaji,ada elaun itu dan ini tetapi masih mampu memiliki  secara percuma,beruntung nasib sebagai ahli politik yang berjaya  daripada wakil rakyat,timbalan menteri mahupun kedudukan menteri. Kita  harus berbelanja dengan berhemah, bijaksana jangan membazir,ubah gaya  hidup,menjadi amalan zikir dan witir untuk rakyat. Kita harus berusaha  untuk untuk meningkatkan ekonomi Negara,tetapi siapa yang mendapat  labanya? Laungan membasmi kemiskinan hanyalah lagu dondang sayang  semata-mata.

Mengajak rakyat bersama dengan pemimpin untuk membantu  negara bagi membangunkan ekonomi,tetapi kepimpinan negara tidak sanggup  bersama rakyat dalam mengorbankan segala khazanah negara. Rakyat  seolah-olah telah memberikan lesen untuk kepimpinan negara untuk  bertindak di atas apa sahaja kemahuannya.

Dikala ke hulu kepimpinan  bercakap tentang bantuan itu dan ini, tetapi bila ke hilir merekalah  yang melacurkan segala percakapan dan perbuatan itu. Kita harus sedar  bangsa ini, kian lama kian merempat.Peneroka bandar hampir pupus dimamah
oleh mereka yang dinobatkan sebagai wakil rakyat. Atas nama pembangunan  terancang,umat ini terancam.Satu persatu tanah dan kampung yang  majoritinya melayu terus dimusnah dan diranapkan oleh manusia yang rakus  dengan jawatan dan kekayaan. Masa depan umat Melayu yang beragama Islam  kian hari, kian terhakis.Melayu kota,melayu kampung senasib kini,tetapi  apakan daya kadangkala pujuk rayu termakan jua.

Amanah yang diberikan  kepada setiap wakil rakyat dan kepimpinan negara terus menerus dijadikan  batu loncatan untuk mengaut segala apa sahaja yang dianggap istimewa  untuk memilikinya. Mungkin bagi mereka rakyat sudah tidak mengambil  pusing apa sahaja isu yang timbul kerana sana dan sini akan muncul  pembela-pembela yang tidak bermaruah tetapi mendapat tempat dalam semua  media perdana. Walaupun perbuatan dan amalan salah tetapi,hari demi hari  media memomokanya ia akan nampak seolah-olah benar.

Manakala rakyat  dengan mudah menerima apa sahaja momokan,janji ianya tidak mengganggu  periuk dan perut mereka,inilah bangsa melayu.Mereka hampir lupa dan alpa  dengan dedahan dan wirid pemimpin bersama rakyat.



 

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762