|
Formmail.to: umnoreform
From_Name: Pusat Kajian Strategik Dan Pembangunan Global (PUKAL)
Subjek: Request for Proposal
Segera: Yes
Pesanan: Sikap keterbukaan dan berlapang dada dalam menerima
segala pandangan,teguran dan kritikan amatlah wajar
diamalkan oleh seluruh rakyat dan masyarakat terutamanya
pemimpin masyarakat dan wakil rakyat.
Tetapi dalam persoalan dan isu kayu gergaji,ianya
tidak seperti yang diharapkan. Pembelaan bukan
dimedia,kebenaran bukan dimedia dan pembuktian atas segala
keputusan bukannya pada menghimpunan individu yang
terlibat untuk memberikan sokongan tetapi kebenaran akan lahir
apabila kejujuran dan etika menjadi asas dalam segala tindakan.
Perkara yang salah tetap salah walaupun
bertujuan untuk membantu. Ini adalah prinsip yang patut
dijadikan landasan dalam segala tindakan.Ahli politik
tetap ahli politik,segala ulasan dan pembelaan akan
bertunjangkan kepada kepentingan politik kerana ini akan
melibatkan masa depan politik.
Asasnya ahli politik dipilih oleh pengundi dan rakyat dalam
kawasan dan parlimen yang diwakili. Ahli politik tetap
akan mempertahankan imejnya walau apa keadaan
sekalipun.Berbeza dengan pegawai kerajaan,ia memerlukan
kelulusan yang setaraf untuk melayaknya menduduki sesuatu
jawatan.Imej pegawai kerajaan adalah imej kerajaan,segala
keputusan adalah untuk kerajaan.
Segala tindakan mestilah berdasarkan sistem dan
perundangan yang telah termaktub.Sekiranya dia gagal mematuhi
segala peraturan maka tindakan tatatertib akan
dikenakan.Ini adalah prinsip yang diwajibkan keatas
mana-mana pegawai kerajaan.Dia tidak memerlukan sokongan
rakyat atau pengundi,tetapi dia akan menjadi penyokong dalam
mendaulatkan sistem dan perundangan negara.
Segala tindakkan didalam merealisasikan sistem
perundangan,dia juga berhak mendapat liputan atas
kapasitinya untuk memberikan gambaran dan maklumat agar menjadi
pengajaran serta situasi semasa yang dan sedang dilakukan oleh
agensinya demi menjaga dan meningkatkan iemj kerajaan dan
negara.
Segala permasaalahan wajar dijadikan isu
apabila semua pihak sanggup berlapang dada dalam menerima
kritikan.Kita tidak boleh membenamkan segala kesalahan
kepada orang lain demi masa depan imej kepimpinan dan
politik. Akur dan kesanggupan atas menerima kritikan adalah
terlebih baik daripada menbuat sebarang kenyataan yang
boleh mengeruhkan lagi
keadaan.Tidak perlu memaksa seluruh masyarakat mempercayai semua
tindakan dan kenyataan yang telah dikeluarkan tetapi lebih baik
andainya kita bersedia dan bersama membenteras segala
bentuk penyelewengan demi masa depan negara yang cemerlang
dan terbilang.Sambutan ke 60 tahun UMNO,hendaklah
dijadikan kayu pengukuran kekuatan dan ketegasan atas
segala prinsip untuk membina negara bertamadun pada abad ini.
|