BALIK KE MUKA UTAMA


formmail.to: umnoreform

From_Email: azharkandahar@lycos.co

From_Name: azhar

Subjek: Request for Proposal

Pesanan:
saya rasa apa-apa perjuangan untuk bangsa melayu kita dukung bersama. Buang yang keruh ambil yang jernih. Langkah pertama kita hendaklah  bersatu sama ada dari pekida atau umnoreform, kita mesti ada tolak  ansur.. ingat kita ada perjuangan yang lebih besar lagi iaitu....  MENDAULATKAN KETUANAN MELAYU DI BUMI MELAYU INI.

KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARAHAM .....



Presiden Pekida meninggal dunia

 
ABDULLAH Ahmad Badawi, Mohd. Ali Rustam (tiga dari kiri) dan Ahmad Zahid  Hamidi (kiri) turut membaca doa buat Allahyarham Mohd. Fuad Ahmad di  kediaman Allahyarham di Kuala Lumpur, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------
 


KUALA LUMPUR 24 April - Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Mohd. Fuad  Ahmad, 65, menghembuskan nafas terakhirnya pagi ini, selepas dua minggu  dimasukkan ke Hospital Pakar Damansara (DSH), Petaling Jaya.

Allahyarham Mohd. Fuad yang juga Presiden Pertubuhan Kebajikan dan  Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), meninggal dunia di DSH pada pukul  5.30 pagi akibat kanser pankreas.

Anak ketiga beliau, Fuzli Mohd. Fuad memberitahu, bapanya telah  menjalani pembedahan Selasa lalu di DSH bagi membuang ketumbuhan namun  keadaannya masih tidak berubah.

``Sebelum ini kami tidak tahu ayah menghidap penyakit itu, sehinggalah  dia mengadu sakit di bahagian perut kira-kira dua minggu lalu.

``Selain itu doktor juga memberitahu ayah menghidap ulser perut,''  katanya ketika ditemui di rumah beliau di Jalan Gurney dua di sini hari  ini.

Turut menziarahi jenazah di kediaman Allahyarham Mohd. Fuad ialah  Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Sains,  Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis; Ketua Menteri  Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Timbalan Menteri Penerangan,  Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Allahyarham Mohd. Fuad yang juga Pengerusi Koperasi Belia Nasional  (Kobena) dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada 13 Disember 2004.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Asmawiah Salim, 65, lima  anak dan 27 cucu.

Jenazah Mohd. Fuad disembahyangkan di Masjid Al-Ikram di sini dan  dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat selepas solat Zuhur.



 

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762