|
Datuk Pirdaus -
Sister In Islam ada yang setuju dan ada yang saya kurang setuju
www.umno-reform.com telah menghubungi Datuk Pirdaus EXCO Pemuda UMNO Malaysia mengenai topik yang sedang hangat di perbincangan. Persoalan tersebut
"apa pendapat Datuk Pirdaus selaku Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan juga bekas Imam Masjid
Negara mengenai kegiatan Sisiters In Islam berhubung dengan isu bantahan
mengkanunkan isu moral" ?
Menjawab persoalan tersebut Datuk Pirdaus dengan tegas menekan bahawa ini hanya pendapat individu beliau dan bukan kenyataan media dari beliau selaku Exco Pemuda UMNO.
Datuk Pirdaus dalam temu duga ringkas melalui telefon memaklumkan bahawa beliau belum lagi mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai Sister in Islam dan adalah tidak adil untuk kita memberi pandangan sebelum melihat dan memahami kedudukan SISTER IN ISLAM tersebut.
Sungguhpun begitu dari kenyataan dan penerangan media yang di baca khususnya Internet ada beberapa perkara yang saya secara peribadi menyokong tetapi ada juga antara isu yang tidak di sokong. Namun tidak ada sebarang contoh sokongan yang sempat di berikan kepada www.umno-reform.com Sungguhpun begitu Datuk Pirdaus memaklumkan bahawa Sister In Islam adalah satu isu yang memberi impak kepada senario situasi semasa.
Di tanya sama ada wujud perbincangan di peringkat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengenai Sister In Islam beliau menjawab, setakat ini tidak ada perbincangan secara khusus mengenai isu ini.
Justeru itu saya tidak boleh memberi gambaran khusus mengenai Sister In Islam. Antara perkara - perkara yang telah di perjuangan oleh SISTER IN ISLAM adalah bantahan mengkanunkan etika moral yang mengarah kepada kebebasan mutlak hak asasi peribadi.
Dalam pada itu beberapa orang Menteri telah menanda tangan memorandum bantahan terhadap mengkanunkan etika moral antara lain termasuk Datuk Nazri, Zaid Ibrahim dan Azalina.
Sungguhpun tidak dapat berbual lama tetapi Datuk Pirdaus berjanji sekiranya di izinkan ALLAH SWT untuk bertemu dan mengadakan interbiu dengan beliau mengenai isu - isu semasa yang lain.. Apa pun www.umno-reform.com mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Pirdaus atas kesudian berbual melalui telefon sedang ada antara EXCO yang enggan kerana takut melanggari ketetapan parti. |
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|