|
Assalamualaikum,
CABARAN KETUANAN MELAYU DI UPM DAN IPTA.
untuk memberi komen
Klik Sini
Kebelakangan ini banyak persoalan ketuanan Melayu dibangkitkan.Sebagai
orang Melayu yang mewarisi hak keistimewaan hasil dari perjuangan dan
pengorbanan nenek moyang saya,cabaran yang kita hadapi sekarang amat
membimbangkan.Saya tertarik kepada soalan yang di majukan Sdr Anuar di
hujung article nya: "APAKAH KETUANAN MELAYU DIKHIANATI OLEH MELAYU
SENDIRI. SIAPA DAN MENGAPA."
Pada hemat saya jika kita orang Melayu sendiri tidak ambil peduli
kepentingan sesama kita dan terus mengamalkan sifat sifat negatif yang
banyak menjerumus kepada amalan fitnah dan hasad dengki sampai bila pun
kita tidak akan dapat menyaingi bangsa lain terutamanya bangsa Cina di
negara ini yang asalnya tanah melayu....hak orang Melayu! Perangai
negatif orang Melayu sekarang ini yang semakin hari sudah menjadi tabiat
semula jadi generasi sekarang dapat dilihat di mana mana lapisan
masyarakat Melayu.
Paling menyedihkan amalan pengkhianat,hasad dengki ini
amat berluasa di Institusi pengajian tinggi dinegara ini. Sayang sekali
kerana di sinilah sepatut nya tempat kita mendidik generasi muda dan
sekaligus menerapkan nilai nilai murni dan mengasah kemahiran dalam
menghadapi cabaran cabaran hidup.Tetapi malangnya tanggung jawab yang di
amanahkan kepada pihak pihak tertentu yang berbangsa Melayu,untuk
mentadbirkan institusi instituisi pengajian tinggi telah dihianati
mereka dan sebaliknya orang Melayu itu sendiri menjadi mangsa pihak yang
memegang kuasa. Ambil sahaja contoh kemelut yang berlaku di UPM baru
baru ini.
Apa sebenarnya berlaku di UPM yang baru baru ini berakhir dengan
pelepasan jawatan oleh Naib Canselor nya,tidak ramai orang luar UPM yang
tahu.Sebagai pemerhati dan bekas Professor di UPM saya dan rakan rakan
sangat terkilan dengan apa yang berlaku kepada seorang bangsa Melayu
yang mempunyai kelulusan dari sebuahUniversiti terkemuka didunia dan
mempunyai perwatakan tinggi,berkaliber,sesuai benar menjadi Naib
Canselor di sebuah institusi pengajian tinggi saperti UPM.
Dr Shafie hilang pertimbangan nya dalam menangani
issue,di mana ia lebih mementingkan ego dan emosinya,seolah olah saperti
kanak kanak yang tidak mendapat perhatian dari kawan kawan disekeliling
nya! Malah lebih buruk lagi dari perangai kanak kanak apabila ego dan
keangkuhan nya yang dipanaskan oleh hasutan orang orang yang mengambil
kesempatan,mendorong nya menyalahguna kuasa dan menindas bangsanya
sendiri. Cermelang,Gemilang,Terbilang,kah orang orang saperti ini?
Apakah tauladan yang ditonjolkan nya kepada anak anak nya dan pelajar
pelajar kita di universiti?
Inilah dia Melayu sekarang......Melayu yang tak boleh langsung
diharapkan untuk menjaga maruah kita Melayu dan memegang kuat kepada
prinsip prinsip Islam yang murni.Apa, tak fikirkah Dr Shafie bahawa
perjuangan kita untuk mempertabatkan bangsa Melayu supaya boleh
setanding dengan bangsa lain tidak akan tercapai jika kita orang Melayu
masih lagi membelai ego sendiri dan bertindak mengikut hawa nafsu yang
berasaskan fitnah,harsad dengki sesama bangsa.Ingatlah Dr Shafie bahawa
orang yang mengapi apikan kita untuk mencapai kepentingan mereka, mereka
itulah satu hari nanti akan menjatuhkan kita apabila kita hilang
pengaruh.Dr Shafie lihatlah sendiri nanti. InsyaAllah!
Apa yang terjadi di UPM sangat sangat dikesali. Mengapa kita orang
Melayu tidak malu pada diri sendiri dan sanggup menjatuhkan sesama kita
sendiri dan kemudian berbangga pula dengan perbuatan kita yang di kutuk
itu.Naib Cancelor dulu bukan calang calang orang nya membanting tulang,
memeras otak saban hari demi untuk mengharumkan nama Universiti,membuka
peluang untuk ahli ahli akademik bersama sama mencatat nama, dibidang
pendidikan, penyelidakan dan megukuhkan kepakaran masing masing.Lihat
sendiri pencapaian dan kemajuan yang dapat di pertahankan nya malah
mampu baginya untuk lebih lagi mengembang dan memajukan UPM kearah
kecemerlangan.Apa yang dilakukan oleh pengurusan di bawah Naib Cancelor
dulu sudah mula mendapat perhatian didalam dan diluar negara. Imej UPM
yang dapat ditonjolkan sebagai institusi yang berasakan Sains dan
Teknologi sudah mendapat pengiktirafan dan mula disegani oleh masyarakat
akademik dirantau ini.
Sepatutnya kita orang Melayu merasa bangga diatas kebolehan orang kita
sendiri untuk mentadbir universiti dengan cemerlang dan penuh amanah dan
dedikasi.Warga UPM khasnya patut berasa syukur kerana dapat berkongsi
kenikmatan kemajuan yang dicapai Universiti dan sebagai menghargai nya
akan terus bersama sama memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi untuk
memajukan lagi UPM.Sebalik nya sungguh malang bagi UPM, ada pulah
sekumpulan orang kita.....orang MELAYU yang kononnya berpelajaran tinggi
bergelar Professor tetapi mempunyai budi pekerti yang rendah dan
menghianati bangsa sendiri.Sebagai ahli akademik sepatutnya mereka ini
menunjukan budi pekerti yang luhur dan menjadi tauladan kepada pelajar
pelajar. Kalau beginilah orang orang Melayu di UPM mengamalkan budaya
Penghianat Hasat Dengki(PHD),di mana lagi harapan kita orang Melayu
untuk terus maju sambil mendidik pewaris pewaris bangsa yang akan
meneruskan perjuangan dalam mempertabatkan bangsa, agama dan bersaing
dengan bangsa lain.Ketuanan Melayu akan lupus disebabkan perangai orang
Melayu itu sendiri.
Sayang seribu kali sayang,perkara saperti ini berlaku di manara gading
"Pembina Wawasan Gemilang","Berilmu Berbakti",yang mana budaya PHD ini
direstui sendiri dan disokong kuat oleh menteri yang diamanahkan rakyat
untuk menjaga urusan pendidikan warisan bangsa.
Kepada pengurusan sekarang yang mana Naib Cancelor nya semata mata
menjadi puppet kepada Pengurusi Lembaga, selamat menjalankan
tugas.InsyaAllah masyarakat akademik di seluruh negara akan melihat
sandiwara yang berterusan dan banyaklah perkara perkara yang melucukan
dan tindakan tindakan yang tak menasabah dilakukan disebabkan ramai
orang bawah yang berlagak saperti "besar sudu dari senduk"! Janganlah
sampai mengaibkan nama sendiri atau nama UPM yang selama 75 tahun yang
lalu telah mengharumkan negara.
PEWARIS BUDAYA SIHAT.
|