BALIK KE MUKA UTAMA

Peningkatan harga minyak - untuk mengurangkan belanja subsidi dan membolehkan wang itu di gunakan untuk keperluan rakyat

Mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk subsidi minyak merupakan frasa yang seakan sinonim setiap kali harga minyak mahu di naikkan. Baru - baru ini Agensi berita BERNAMA melaporkan kata - kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang memaklumkan bahawa peruntukkan subsidi sekiranya di kurangkan akan dapat membantu kerajaan menggunakan wang tersebut untuk kepentingan rakyat Malaysia. 

Peningkatan ini secara langsung telah membabitkan Petronas dan laporan dari laman www.malaysiakini.com , membidas peningkatan ini sebagai hasil dari pembaziran Petronas. Pembangkang turut mengatakan bahawa kenyataan Timbalan Perdana Menteri mengurangkan belanja subsidi adalah juga untuk membolehkan kerajaan melaksanakan projek bagi rakyat adalah satu kenyataan yang tidak berasas serta justifikasi lemah bagi.

Menurut SMS yang di terima oleh www.umno-reform.com , peningkatan ini tidak lain adalah kerana kerajaan kesempitan wang hasil dari pemborosan dari kepimpinan Tun Dr Mahathir lagi. Pandangan lain pula berpendapat kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai satu penghujahan lemah dan mengatakan bahawa ini tidak ada beza dari konsep mengambil duit rakyat untuk di pulangkan kepada rakyat untuk  pembangunan. 

Peningkatan harga minyak tidak dapat tidak akan memberi kesan buruk - rentetan dari kenaikan itu akan memberi kesan kepada peningkatan harga - harga yang mungkin cuba di kawal oleh kerajaan tetapi pasti gagal. 

Dari akhbar Internet www.malaysiakini.com pula, pembaziran Petronas dan kerajaan adalah punca kenaikan harga minyak dan ini pasti memberi kesan yang positif pada peningkatan Inflasi di negara kita ini.

Akhbar itu melaporkan:

Pembaziran Petronas adalah seperti yang di gambarkan melalui carta berikut: 

Akhbar itu melaporkan bahawa ini adalah punca - punca pembaziran yang pasti akan merugikan negara dan rakyat.

www.umno-reform.com menjangkakan peningkatan ini akan menyukarkan kehidupan rakyat kelas rendah sementara yang lainnya akan berada di litar F1 berbelanja untuk sukan yang belum lagi menunjukkan kejayaan Malaysia dari segi perolehan untuk membantu secara langsung ekonomi negara ini. 

Apa pun kesan dari peningkatan harga minyak ini tidak akan dapat di bendung oleh kerajaan. Sungguhpun pegawai - pegawai Hal Ehwal Pengguna akan bertindak untuk mengawal harga barangan namun kesan peningkatan itu lambat laun akan hadir akibat peningkatan minyak. Amat janggal sekiranya harga petrol naik sedangkan harga barangan lain di katakan tidak akan naik sedangkan kos pengeluaran meningkat. 

Namun yang mahu di tahan kenaikan, kini telah pun naik. Ianya tidak akan turun - turun biarpun seluruh dunia ada kedai minyak bernama Petronas dan menjadi minyak pilihan dunia. Ini adalah se olah - olah norma kenaikan. 

Hanya tinggal satu perkara lagi yang perlu di tentukan, apakah hasil pengurangan subsidi akan dapat membantu rakyat negara ini mengurangkan kos belanja seharian mereka? Apakah bentuk pendapatan hasil dari pengurangan subsidi itu akan dapat di belanjakan semula untuk rakyat? Apakah akan ada ketulusan laporan perbelanjaan wang dari pengurangan subsidi tersebut? Apakah ianya untuk kesejahteraan rakyat miskin atau hanya memberi munafaat kepada segelintir yang kaya dan terus mahu kaya. 

Datuk Najib Tun Abdul Razak harus serius terhadap komitmen beliau untuk mengambil pengurangan subsidi tersebut untuk di belanjakan kepada kemakmuran rakyat terbanyak dan miskin. 

Oleh itu rakyat perlu tahu bahawa wang simpanan lebihan dari subsidi itu akan di agihkan dengan saksama dan siapa pula yang akan beruntung terhadap perbelanjaan wang yang sepatutnya menjadi subsidi kerajaan untuk membantu yang miskin lagi kurang beruntung. 

Apakah kelak peningkatan terus minyak ini akan menggunakan justifikasi serupa - untuk rakyat?

Yang pasti pengurangan subsidi ini akan memberi nafas kepada bebanan perbelanjaan kerajaan dan mungkin terma mengambil dari rakyat dan di beri kepada rakyat, untuk kepentingan rakyat Malaysia amat bersesuaian atau ianya satu justifikasi lemah. Terpulanglah untuk Datuk Najib menunujukkan ketulusan peningkatan harga petrol tersebut.


Petrol naik lagi.

 

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762