![]() |
|
|
|
PERUNTUKAN GOYAH RMK-9 Rakyat Prihatin Lihat pengumuman RMK-9, hasil (pendapatan) RM683,137.000, hutang RM351,318.000, ini bererti rakyat dan negara ini diselimuti separuh kehidupannya daripada hutang. Iya, negara mana yang tidak berhutang? Perbelanjaan dan pembiayaan kerajaan Persekutuan 2000-2010 menunjukkan defisit, RMK-9 sebanyak -RM107,684.000! Akan tetapi, kita berhutang kerana pemerintah tidak dapat mengimbangi sebaik mungkin perbelanjaannya. Rasuah, merupakan aktiviti utama di negara ini. Sebagi contoh, dalam Persidangan Agung UMNO yang lalu, boleh dikatakan semua perwakilan menerima rasuah, sehingga seorang calon yang menyogok rasuah dikenakan tindakan). Berpunca daripada rasuahlah sekian banyak perbelanjaan meningkat. Kenapa tidak? Jika 10% setiap projek yang menelan belanja beratus-ratus juta terpaksa disediakan suapan berapa banyak kerajaan terpaksa menanggung beban? Daripada beratus juta itu, pihak pemaju semestinya menaikkan kos sebanyak itu pula untuk mengaut keuntugan atau, projek yang disiapkan tidak bermutu! Maka berlakulah seperti jerjambat di KL. Betul atau tidak? Seperkara lagi, ternyata kerajaan begitu menumpukan kepada pembangunan material, maka rakyat tersogok dengan seribu kemewahan, keagungan dan kehebatan. Maka berlakulah rasuah, penyelewengan dan penipuan. Mengapa perlu berdegar-degar untuk membangun jika jiwa raga rakyat terutama orang-orang Melayu belum lagi mampu meniti pembangunan itu? Ternyata peruntukan yang disediakan itu sebahagian besarnya mengisi saku kalangan bukan Melayu, kalau Melayu pun hanya beberapa kerat termasuk para pemimpin itu sendiri, sepertimana yang berlaku sekarang. Percayalah! Mengapa? ..... Pembangunan ekonomi tanpa diseimbangkan dengan pembangunan budaya koraplah jadinya! Kita melihat sekian banyak peruntukan untuk pembangunan hebat yang amat sedikit dapat dikecapi rakyat peribumi di luar bandar. Pembangunan budaya untuk membentuk peribadi bangsa tidak disebutkan secara bersungguh-sungguh. Misalnya bagaimana untuk mermbasmi rasuah, penyelewengan, penipuan, kerosakan moral anak-ank muda sekarang, membendung jenayah, (pembunuhan, perogolan), lomba haram, salah guna dadah, ponteng sekolah dsb. Pembentukan jati diri dan budaya bangsa, langsung tidak disebut. Tarian dan persembahan kesenian tradisional (warisan), amat sedikit membentuk peribadi bangsa, lebih banyak bersifat komesial. Mengapa tidak disebut sedikit pun untuk memperkasakan bahasa Melayu? Bukankah bahasa itulah yang akan membentuk peribadi bangsa? Bukankah bahasa itu merupakan budaya yang penting bagi sesuatu bangsa untuk membentu peribadi dan jati diri? Boleh jadi dalam fikiran pemimpin kita sekarang terutama yang membuat peruntukan itu sama sekali tidak menyedari hal ini. Dalam fikiran mereka sarat dengan globalisasi, maka bahasa Inggerislah yang tertanam dalam benak mereka. Bagi mereka melalui bahasa itulah negara ini akan maju! Mengapa negara-negara maju dalam dunia seperti Jepun, Korea, China, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Rusia membangun dan memakmurkan negara mereka dengan bahasa mereka sendiri? Bahasa Inggeris dipelajari untuk perhubungan, bukan sebagai bahasa ilmu. Mereka belajar dan membangun melalui bahasa ibunda sendiri. Mereka mengimpot ilmu ke dalam bahasa mereka! Mengapa begitu taksub dan ektrim pembuat-pembuat dasar negara kita terhadap bahasa Inggeris ha? Mengapa begitu sempit sekali fikiran mereka? Mengapa??? Kerana jiwa penjajah begitu tertanam kukuh di jiwa mereka, barangkali. Tapi mengapa ketika era pemerintahan Tun Abdul Razak tidak? Jika negara ini menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dan sebabaik-baiknya maka bangsa Melayu (pelajar-pelajar Melayu) dapat mengecapi pembangunan ini. Anak-anak Melayu kita 75% tinggal di luar bandar. Cuma 25% saja yang tinggal dalam bandar, petah berbahasa Inggeris. Apa? 75% itu dibiarkan hidup melarat? Jika setiap pelabur dan syarikat swasta diwajibkan menggunakan bahasa Melayu (sepertimana negara-negara maju yang disebutkan tadi mewajibkan setiap pelabur yang datang ke negaranya menggunakan bahasa negara mereka), mengapa negara kita tidak boleh? Peniaga-peniaga Jepun menjelajah seluruh dunia menggunakan bahasa mereka dengan menggunakan penterjemah. Lima belas tahun dulu, dalam tahun-tahun 80an, dalam era pemimpin Tun Abd. Razak, anak-anak Melayu kita tidak bermasalah untuk bekerja di sektor awam atau swasta. Mengapa kini bermasalah? Percayalah, selagi pemerintah kita begitu taksub memberi perhatian kepada bahasa Inggeris (sepertimana yang terdapat dalam perkara 'Tumpuan Pembelajaran Sepanjang Hajat': Mata pelajaran matematik, sains menggunakan bahasa Inggeris diberi keutamaan sebagai asas pembelajaran sepanjang hayat) maka sekian ramai anak-anak Melayu kita tertutup pintu rezekinya. Lihatlah 5 tahun lagi, bukan 10 tahun! Cubalah para pemimpin kita fikir-fikirkan. Jika nasi sudah menjadi bubur tentulah tidak bererti lagi! - Rakyat Prihatin.
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|