BALIK KE MUKA UTAMA


Pak Lah perubah budaya UMNO

Dua minggu lalu, kami telah mengeluarkan panggilan pendapat mengenai Pak Lah sebagai pencetus perubahan atau reformasi dalam UMNO. Kami telah menerima hampir 48 email mengenai isu ini. Dalam masa kami mengumpul pendapat ini, Perhimpunan Agung UMNO baru - baru ini menyaksikan Pak Lah membicarakan mengenai perubahan budaya UMNO. Amanat Pak Lah nampak jelas dengan langkah untuk membasmi rasuah politik dan beberapa isu lain yang bagi beliau tidak menunjukkan keadilan. Pak Lah jelas serius dalam usaha untuk membersihkan UMNO dan keseriusan beliau hanya menampakkan bahawa budaya rasuah politik dan kehilangan tanggungjawab beberapa para menteri dalam menjalankan tugas bersesuaian dengan falsafah penubuhan UMNO semakin ketara.

UMNO digambarkan dalam perhimpunan Agung tahun ini sebagai satu pertubuhan yang penuh dengan rasuah, khususnya rasuah politik. UMNO dari perbahasan Perhimpunan Agung 2005 ini menunjukkan betapa usaha mereka untuk menaikkan taraf orang - orang Melayu selama ini gagal. Pak Lah dalam menerajui UMNO membayangkan bahawa kegagalan tidak harus di pertanggungjawabkan kepada semua Melayu tetapi beberapa kategori Melayu. Kategori Melayu yang dikatakan oleh Pak Lah adalah :

· Melayu yang mendapat banyak peluang
· Melayu yang kurang mendapat peluang 
· Melayu yang terus tidak mendapat peluang

Pak Lah dalam kenyataannya memaklumkan bahawa ada antara mereka yang dapat peluang BUKAN melalui merit atau keupayaan tetapi apa yang di kenali sebagai perniagaan hasil dari kenal siapa. Sekiranya itu yang dimaksudkan oleh Pak Lah maka bidasan beliau adalah kepada para kepimpinan UMNO yang menjawat jawatan menteri dan yang mempunyai kuasa. Kuasa ini telah di salah guna oleh mereka dan ini menghasilkan bencana kepada pencapaian Melayu dalam ekuiti pemilikan dan perniagaan seperti yang di rancang oleh Dasar Ekonomi Baru. 

Asasnya, dan kalau di lihat secara mendalam, pengkhianatan dan penyelewengan adalah punca kegagalan Melayu. Ucapan Pak Lah sekiranya di perhatikan membicarakan bagaimana kuasa yang melampau dan tidak di pegang dengan bertanggungjawab akan menyebabkan pengkhianatan pada bangsa. Pak Lah mengakui bahawa menegaskan bahawa ke tidak capaian sasaran Dasar Ekonomi Baru bukan kerana kesilapan dasar. Pak Lah mengatakan bahawa ke tidak capaian tersebut antaranya disebabkan berlakunya ketirisan di peringkat perlaksanaan. Pak Lah mengatakan bahawa akhirnya berlaku satu angkatan Melayu yang menjadi peranan orang tengah sebagai profesion. 

Perdana Menteri Malaysia meletakkan ketirisan ini menjadi fakta utama kenapa Dasar Ekonomi Baru itu gagal. Membicarakan soal ketirisan ini maka satu lagi persoalan ialah siapa yang bertanggungjawab dalam membenarkan ketirisan ini berlaku dan siapa yang bertanggungjawab meneruskan ketirisan ini. Kebenaran apa yang pernah dikatakan oleh Sayidina Ali harus menjadi landasan kepada kita melaksanakan. Sayidina Ali dalam nasihatnya kepada Al Ashtar berkata - panduan utama adalah melaksanakan keadilan dan sokongan dari rakyat. Beliau mengatakan dua golongan yang perlu dikawal adalah golongan pembesar - pembesar masyarakat dan golongan pedagang. Kedua -dua golongan ini adalah mereka yang terlibat dalam ketirisan Dasar Ekonomi Baru. `

Pak Lah sebenarnya menekankan apa yang di definisikan sebagai KEADILAN SOSIAL. Ini adalah apa yang sebenarnya ditekankan oleh Pak Lah. Antara sebab yang memperlihatkan penekanan Pak Lah kepada KEADILAN SOSIAL adalah desakan beliau untuk kewujudan persamaan peluang ( equality of oppurtunity). Perbicaraan kewujudan persamaan peluang ini adalah kriteria penting dalam definisi Keadilan Sosial. 

Pak Lah turut membicarakan mengenai Agenda Melayu. Dalam ucapan, Pak Lah telah menekankan beberapa perkara yang perlu dan mesti dilaksanakan untuk memastikan agenda Melayu tercapai. Rujukan pencapaian Pak Lah tidak lari dari apa yang telah di tekan oleh Dasar Ekonomi Baru. Oleh itu pengkajian dan rangka tindakan mengatasi kegagalan perlu di ambil. Kita harus ikhlas dalam mencari punca kesalahan dan adalah amat merbahaya sekiranya pengkajian di lakukan oleh mereka yang telah terlibat atau mempunyai kaitan dengan ketirisan lampau dalam perlaksanaan DEB.

Apa yang ingin dinyatakan dengan jelas adalah "penyegaran idea" bukan terkongkong dengan idea oleh mereka yang terbit dari pemilikan jawatan semata -mata. Suara -suara sebenar rakyat perlu diambil dengan ikhlas. Kita tidak mahu hanya kerana jawatan maka idea seseorang itu di kira bernas.

Namun kerangka kepastian yang perlu diambil dalam menjana semula idea baru Agenda Melayu harus terbit dari kesungguhan kita dan keikhlasan kita yang mahu melakukan perubahan.

  1. Kita harus berani berdepan dengan kesalahan lampau biar kesalahan itu terbit dari   kepimpinan UMNO itu sendiri

  2. Kita harus bersikap terbuka dalam mengkaji dan tidak menyorokkan kelemahan      biarpun kelemahan itu hadir dari perlaksanaan polisi kepimpinan tertinggi

  3. Kita perlu jujur dan tulus dalam semua penemuan
     

  4. Kita harus berani melakukan perubahan tersebut dan tidak meletakkan kepentingan kecil melebihi kepentingan besar

  5. Kita harus berani melakukan perubahan dengan injeksi pemikir - pemikir baru dan tidak tertakluk hanya kepada orang - orang politik.

  6. Kita tidak perlu mengambil orang - orang yang punyai sudah mempunyai komitmen atau sengaja melantik individu untuk memberi jawatan simpati kepada mereka yang pernah berjasa dan pernah memimpin negara.

 

Selain itu satu perkara yang penting untuk kita pegang adalah apa yang tadi kita sebut "equality of opportunity"

Badan Penyelaras Melayu atau terma - terma yang seangkatan dengan fungsi mendengar, merekodkan dan bertindak untuk segala permasalahan Melayu harus di bentuk dengar kadar segera. Badan ini harus tidak tertakluk kepada minda - minda mereka yang bergelumang dengan agenda politik semata - mata. Peringatan ini juga menyedarkan kita mengenai belia - belia yang dipimpin oleh tokoh politik segala perlaksanaan tertakluk dan terhad kepada ruang kerangka politik serta "limitation" yang wujud kerana kepentingan politik tersendiri.

Badan yang serius ini harus mengkaji keseluruhan masalah kaum Melayu dalam perniagaan dan bukan penyelesaian segera dengan pinjaman mikro. Badan ini harus menyelaraskan perkembangan ekonomi bersifat infrastruktur dan bukan kekukuhan kewangan "superficial" semata - mata.

Pengertian Pak Lah ialah dalam semua perkara kekukuhan ekonomi itu di sertai dengan kekukuhan infrastruktur, berpegang pada teras dan bukan kulit. Kita bukan mahu melihat pegangan sementara ekuiti dalam bentuk saham tetapi juga perniagaan yang melibatkan asas keperluan. Kita bicara mengenai Melayu yang memegang kekuatan perniagaan runcit dan asas perniagaan bahan binaan. 

Membaca harapan Pak Lah kita pasti akan membayangkan perubahan menyeluruh bukan sahaja di peringkat Melayu terbanyak tetapi di peringkat kepimpinan Melayu itu sendiri. Pak lah agak berhati - hati dalam memperkatakan sesuatu perkara tetapi kita dapat merasa bahawa apa yang di maksudkan leh Pak Lah adalah juga kegagalan kepimpinan Melayu baik dalam politik mahupun dalam kerajaan. Sesuatu yang agak sukar se sukar gambaran yang di terima oleh kami apabila membicarakan mengenai reformasi tuntutan Pak Lah.







  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762