|
Bila Menteri secara terbuka perlekehkan
rakyat
Kenaikkan harga minyak RM0.30 sen tempoh hari yang merupakan
kadar kenaikkan tertinggi dalam sejarah Malaysia sudah pasti
menghiris dan membelah kalbu rakyat lantaran kos besar yang
terpaksa ditanggung oleh mereka.
Kerajaan telah pun membuat keputusan dan pengumuman. Sebagaimana
hak yang ada pada kerajaan untuk berbuat demikian, rakyat juga
memiliki hak menerima atau membantah kenaikkan tersebut.
Mungkin bagi mereka yang menerimanya penjelasan pihak kerajaan
cukup memuaskan hati mereka dan mereka dapat hidup tanpa sedikit
pun terasa terjejas dengan kenaikkan kos itu. Itu hak mereka.
Namun bagi mereka yang tidak berpuas hati, sudah pasti berhak
menyuarakan keresahan mereka itu menurut cara yang mereka yakini
berkesan perlu juga dihormati.
Dalam hal ini sistem demokrasi dan hak asasi manusia sebagaimana
terpahat dalam undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan
Malaysia Merdeka menyediakan ruang untuk berkumpul dan bersuara
bagi mana-mana warganegaranya yang merasakan perlu berbuat
demikian.
Kerajaan yang tidak bersedia menerima rintihan rakyat seumpama
ini adalah kerajaan yang tidak yakin, tidak percaya dan tidak
menghormati sistem demokrasi dan Perlembagaan yang dibentuknya
sendiri!
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz semasa mengulas
demonstrasi memprotes kenaikkan harga minyak yang dianjurkan
oleh MTUC dan parti-parti politik serta NGO sebelum itu dipetik
sebagai berkata dalam THE STAR:
You can demonstrate until the cows come home, but the Government
will not withdraw the subsidy reduction
Sekiranya lembu pulang ke kandang sekalipun anda boleh terus
berdemonstarsi, namun kerajaan ntidak sekali-kali akan
menarik-balik pengurangan subsidi (yang diumumkan).
Demikianlah bongkak dan sombangnya kenyataan seorang Menteri
yang mewakili kerajaan Malaysia yang dikatakan sedang pesat
membangun, Pengerusi NAM dan OIC itu. Kalau perumpamaan seumpama
itu dikeluarkan oleh seorang pemimpin dari negara otokratik
umpama Korea Utara, Cuba atau negara-negara mundur di Afrika,
barangkali ianya tidak diambil kira, tetapi apabila dikeluarkan
oleh seorang Menteri negara kita, maka lumpurnya terpalit di
wajah semua wargangera Malaysia.
Bagi saya sebenarnya pemimpin yang tidak dapat menerima dissent
ataupun bantahan dari rakyatnya sendiri dengan lebih terbuka dan
rasional samalah dengan lembu yang Nazri ambil contoh itu (kasar
nampaknya). Menyondol dan mengunyah samada dipukul atau
dibiarkan asalkan perut kenyang dan hati senang.
|