|
formmail.to: umnoreform
Subjek: FYI
Pesanan: Monday, March 27, 2006
Perkhidmatan awam Melayu atau Malaysia?
Malaysia Today
Rancangan Malaysia Ke-9 mesti mengandungi blueprint bagi
mengatasi masalah kurangnya kaum Cina dan India dalam
perkhidmatan awam negara satu kegagalan penstrukturan DEB.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Abdul Aziz telah
mengeluarkan perangkaan setakat Jun 2005, terdapat 899,250
kakitangan awam, yang mana 77.04% atau 692,736 adalah Melayu.
Selebihnya: 84,295 Cina (9.37%), 46,054 India (5.12%), 69,828
lain-lain Bumiputera (7.77%) dan 6,337 lain-lain kaum (0.70%).
Ketua pembangkang Lim Kit Siang berkata bahawa statistik
tersebut menyerlahkan kegagalan hebat, usaha DEB menstrukturkan
masyarakat Malaysia bagi mengurangkan dan akhirnya menghapuskan
pengenalan kaum dengan fungsi ekonomi.
Perangkaan tersebut menunjukkan bahawa selepas setengah abad
merdeka, perkhidmatan awam negara semakin menjadi perkhidmatan
awam Melayu daripada perkhidmatan awam Malaysia, bidas Ketua
Pembangkang Lim Kit Siang dalam kenyataan medianya di Parlimen,
24 Mac baru-baru ini.
Sebagai majikan terbesar dalam negara, kerajaan sepatutnya
menetapkan contoh dalam mencapai salah satu objektif Dasar
Ekonomi Baru (DEB) iaitu bagi menghapuskan hubungkait kaum dan
ekonomi. Namun, perkara sebaliknya berlaku berkaitan komposisi
kaum dalam perkhidmatan awam Malaysia.
Sebelum dilancarkan DEB dalam tahun 1971, pecahan kaum dalam
perkhidmatan awam terdiri daripada 60.8% Melayu, 20.2% Cina,
17.4% India dan 1.6% lain-lain.
Selepas 35 tahun DEB dilaksanakan, bilangan kaum Cina yang kecil
kian berkurangan daripada 20.2% kepada 9.37%, sementara kaum
India menurun daripada 17.4% kepada 5.12%.
Lim menegaskan bahawa kerajaan mesti serius dalam mencari punca
mengapa kaum Cina dan India kian menjadi kecil angkanya dalam
perkhidmatan awam 35 tahun selepas DEB, dengan kaum Cina turun
sebanyak 10.8% mata dan kaum India turun 12.3% mata daripada
1971 kepada 2006.
Ia terlalu mudah menyalahkan bukan Melayu tidak mahu berkhidmat
dalam perkhidmatan awam sebagai sebab kurangnya kaum Cina dan
Indian dalam perkhidmatan awam, sedangkan mereka tidak
menyatakan demikian, tambah Lim lagi.
Rakyat Malaysia menunggu kerajaan mengumumkan satu blueprint
bagi memperbaiki kelemahan tersebut jelas kegagalan
penstrukturan DEB dalam Rancangan Malaysia Ke-9 yang akan
dibentangkan oleh Perdana Menteri pada Jumaat ini, gesa Lim.
|