![]() |
|
Kertas tersebut dikirimkan kepada kedua-dua
menteri itu supaya dapat dikemukakan dalam mesyuarat
Jawatankuasa Induk Memperkasakan Bahasa Kebangsaan (JIMBK).
Perutusan itu juga dikirimkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak dengan harapan akan mendapat perhatian dan
kerjasama penuh daripada kerajaan Malaysia terhadap pengumuman
itu. Sebelum ini, pada 20 November 2005, ketiga-tiga persatuan tersebut juga pernah mengirimkan perutusan yang dinamakan "Pernyataan dan Kesepakatan Bersama Memartabatkan Bahasa Melayu". Dalam kertas atau perutusan kali ini mengandungi "Saranan dan Harapan". Saranan utama yang dikemukakan di antaranya ialah Penggubalan Akta Penggunaan Bahasa Melayu. Kertas kesepakatan bersama itu berpendapat, kerajaan perlu menggubal Akta Penggunaan Bahasa Melayu yang lengkap untuk memperkasakan bahasa Melayu..
Apabila dimasukkan, akan menyeluruhlah penggunaan
bahasa Melayu di negara ini. Perutusan itu juga menegaskan papan
tanda seluruh negara terutama di tempat-tempat umum, termasuk
papan tanda di bangunan-bangunan perniagaan, kedai-kedai,
kilang-kilang perusahaan, bank-bank, hotel, pasaraya sepatutnya
mengutamakan bahasa Melayu. Tuliasan bahasa Melayu hendaklah dibahagian atas, ukuran tulisannya tiga perempat untuk bahasa Melayu, seperermpat sahaja tulisan bahasa-bahasa lain. Tuliasn bahasa Melayu itu hendaklah jelas dan terang. Perhubungan surat-surat, notis, pengumuman, siaran-siaran, sijil-sijil, surat-surat perjanjian, kontrak, dokumen insuran, termasuk penyata tahunan, setengah tahun atau suku tahun sesebuah syarikat, bank, korporat, kilang-kilang perusahaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu di samping bahasa lain jika perlu.
Di samping itu sekian ramai cerdik-pandai, pakar, ahli-ahli bahasa dan ahli-ahli psikologi yang berwibawa di negara-negara tersebut tentu pernah memikirkan hal tersebut. Akan tetapi mereka tidak berbuat demikian. Ketiga-tiga persatuan ini berpendapat bahawa penggunaan bahasa Inggeris untuk kedua-dua mata pelajaran itu terdapat dua akibat yang akan berlaku kepada bangsa Melayu. Pertama, 75 peratus anak-anak Melayu yang tinggal di luar bandar akan gagal mengikuti pelajaran dalam bahasa Inggeris, cuma 25 peratus yang tinggal di bandar-bandar yang akan berjaya.
Berhubung dengan kempen penggunaan bahasa Melayu,
sepertimana yang ditegaskan dalam pengumuman itu, perutusan itu
mencadangkan supaya kempen itu menyeluruh terutama sekali di
bandar-bandar kerana masyarakat di bandarlah, termasuk
sektor-sektor swasta yang sering meminggirkan bahasa Melayu.
Perutusan ini mencadangkan agar diadakan
pertandingan bahas, syarahan, pertandingan menulis (mengarang),
jika perlu diadakan pertandingan berbalas pantun sepertimana
yang dilakukan dalam kempen Minggu dan Bulan Bahasa Kebangssan
dalam trahun-tahun 60an dahulu.
Pertandingan-pertandingan tersebut sewajarnya
melibatkan pihak swasta seperti kilang-kilang perusahaan,
bank-bank, pasaraya, jabatan-jabatan kerajaan selain
penuntut-penuntut sekolah dan institusi pengajian tinggi, para
belia, JKKK, para imam di kampung-kampung, PIBG, Rukun Tetangga
dan sebagainya.
Kami menyarankan, menurut perutusan itu, semua
akhbar di Malaysia turut bersama menjalankan kempen
memperkasakan bahasa Melayu atau bahasa Kebangsaan. Akhbar
berbahasa Cina dan Tamil patutlah menyediakan halaman bahasa
Melayu sepertimana akhbar di Sabah dan Sarawak menyediakan
halaman bahasa peribumi di sana.
Perutusan itu juga menyentuh Dasar Buku Negara
untuk memperkaya dan membina bahan-bahan pembacaan dan ilmu
dalam bahasa Melayu. Dewan bahasa dan Pustaka mestilah
gembelingkan usaha untuk menerbitkan buku-buku keperluan umum
dan institusi-institusi pendidikan tinggi.
Usaha penterjemahan sekian banyak ilmu dari
negara-negara maju hendaklah dilakukan sebaik mungkin dengan
kerjasama Institut Terjemahan Negara. Jika kerajaan Jepun
menyediakan dana sebanyak 400 juta dolar Amerika setahun untuk
memasukkan (menterjemahkan) ilmu dan maklumat ke dalam bahasa
Jepun, mengapa kita tidak boleh? Kalau tidak dipecahkan ruyung
di manakah dapat sagunya! Tegas perutusan itu.
Di negara Thailand, usaha memperbanyakkan
buku-buku akademik, pihak pemerintah mewajibkan setiap graduan
yang ingin mendapat lulusan Sarjana, Doktor dan Profesor
hendaklah menyiapkan sebuah buku akademik untuk institusi
pengajian tinggi. Perutusan itu mengharapkan agar usaha begitu
juga dilakukan di negara ini.
Kerajasama majlis Bahasa
Beunai-Indonesia-Malausia (MABBIM) dan Majlis Sastera Asia
Tenggara (MASTERA) perlu diperkukuhkan untuk memperkaya
penerbitan buku negara-negara serumpun, sebangsa dan sebudaya
ini. Suatu aspek lagi yang ditekankan dalam perutusan adalah
matlamat menghidupkan tulisan jawi. Kami berpendapat, menurut
perutusan tersebut, usaha menghidupkan kembali tulisan jawi di
negara kita memang sudah tiba masanya, setelah tulisan ini
hampir berkubur.
Tulisan jawi hendaklah diguna-pakai di papan-papan tanda nama jalan, Begitu juga di papan tanda nama kedai, kilang-kilang perusahaan, pasaraya hendaklah digalakan menulis jawi di samping tulisan rumi. Di lapangan-lapangan kapal terbang, setesen kereta api, terutam di pintu-pintu masuk ke negara ini sepatutnya terdapat tulisan jawi. Dengan itu para pelancong mudah mengenali identiti negara ini. Meskipun tulisan jawi berasal daripada tulisan Arab (tulisan-tulisan bangsa lain pun saling pengaruh-mempengaruhi), akan tetapi bangsa Arab tidak dapat memahami tulisan jawi kerana kita menggunakan sistem ejaan kita sendiri. Inilah jati diri kita!
Kedua-dua aspek tersebut akan memperkukuhkan
budaya kita dan menanamkan semangat jati diri sepertimana
negara-negara maju memperkukuhkan jati diri melalui bahasa
ibunda masing-masing. Kami sedar, menurut perutusan itu,
pelaksanaan memperkasakan bahasa Melayu kini memanglah berat.
Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Akan
tetapi apabila mendapat kerjasama daripada semua pihak, sesuatu
yang berat itu akan menjadi ringan. Aanggaplah program ini
sebagai tanggungjawab yang diamanahkan rakyat. Seberat mana
sekali pun 'pikulan' itu sewajarnya dipikulkan seimbang dengan
perjuangan dan harapan rakyat.
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|