|
Perikatan Pemuda UMNO 1949 - 1950
Mengingatkan pembacaan buka Mokhtar Petah
SUARA PEMUDA Jun 1993
" Haji Ahmad Badawi Sheikh Abdullah Fahim pernah menuduh beberapa orang tokoh -tokoh tertinggi UMNO bernain kayu tiga dengan orang - orang Cina dan India dalam perjuangan menuntut kemerdekaan"
(Haji Ahmad Badawi Sheikh Abdullah Fahim adalah Naib Ketua Perikatan Pemuda UMNO Malaysia.)
Dato Harus Idris dan beberapa orang lagi tokoh pemuda UMNO secara terbuka melemparkan tuduhan kepada Dr Ismail Abdul rahman ( Timbalan Perdana Menteri dan menteri Dalam Negara) sebagai nasionalis yang berperanan diktator. Dr Ismail Abdul Rahman menuduh Pergerakan Pemuda UMNO adalah 'parti dalam parti'
Sebaik - baik sahaja berlaku tragedi 13 Mei 1969, nama Dato Harun Idris dan Pergerakan Pemuda UMNO melonjak tinggi sehingga ada yang menyifatkan pemimpin tersebut dan Pergerakan Pemuda UMNO menjadi penggerak revolusi Malaysia.
Dengan desakan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan dengan pandangan jauh ke hadapan, kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Dato Harun Idris telah menarik ribuan keluarga ke Kuala Lumpur dan mereka dibenarkan menjadi keluarga setinggan di sekitar bandar Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan beberapa kawasan lain.
Di samping itu Kerajaan Selangor telah meluluskan beribu - ribu tapak rumah kepada setinggan - setinggan di sekitar Petaling Jaya, Ampang , Ulu Kelang yang meliputi kampung Datuk Keramat.
Saya akui, bahawa Pergerakan Pemuda UMNO di bawah pimpinan Dato Harun Idris telah menukar mental orang - orang Melayu daripada menjadi manusia yang lemah kepada warganegara yang berani dan percaya kepada diri sendiri.
Turut di catat dalam sejarah penulisan oleh Mokhtar Petah,
Oleh kerana tokoh bakal memegang jawatan ketua Pergerakan Pemuda UMNO zaman itu terlebih dahulu mesti menunjukkan kewibawaannya sebagai pemimpin, tahan diuji dan diyakini kejujuran dan keberaniannya.
Pergerakan Pemuda UMNO menjadi barisan depan bagi UMNO dan kadang - kadang kelihatan seperti dalam UMNO ada sebuah parti lain yang menjadi tukang mengetuk dengan tukul atas kepala UMNO.
Apakah definisi perjuangan Pergerakan Pemuda UMNO sekarang?
Datuk Abdullah Ahamd Badawi sekarang ini sekarang ini sudah menjadi Perdana Menteri Malaysia, zaman berubah, haruskan perjuangan juga berubah? Apakah perubahan itu menguntungkan Melayu?
Ingat pesan Datuk Seri Abdullah Badawi pada Pergerakan Pemuda UMNO pada sekitar tahun 1993 - di petik dari buku Abdullah Badawi , Pejuang Kemanusiaan Sejagat, tulisan Mokhtar Petah
Pemuda sekarang ini bertuah sebab mereka mula berkecimpung dalam UMNO, mula bergerak dalam UMNO pada waktu UMNO sudah kaya,sudah mewah dan sudah glamor. Semua sudah ada. Oleh itu tentulah Pemuda UMNO melahirkan keinginan untuk merebut peluang - peluang yang ada ini.
Tetapi,
Apa yang diharap, dalam keghairahan merebut peluang -peluang yang lahir dan muncul daripada perjuangan UMNO yang berhasil itu, jangan membuatkan mereka lupa pada perjuangan UMNO yang sebenarnya. Tanpa perjuangan UMNO "buah-buah" ini atau hasil-hasil tidak akan ada. Segala nikmat yang ada adalah hasil perjuangan UMNO. Jadi kita perlu terus memastikan perjuangan kita tetap kukuh dan terus berjaya. Maka dengan itu kita akan terus menikmati peluang dan hasil daripada kekayaan kita secara berterusan.
Kita macam anak orang kaya, dulu masa bapa miskin kita tidak ada lagi masih dalam perut ibu atau belum lahir lagi. Atau mungkin kita anak yang keempat atau kelima tentu belum ada lagi masa itu. Ketika ayah susah sangat, bekerja mencari rezeki hendak besarkan perniagaan. Bila perniagaan dah besar, rumah dah besar , ada alat hawa dingin pula tu, kereta pun dah besar lengkap dengan hawa dingin dan sebagainya. Dulu naik motosikal atau bas sahaja. Bila kita dah lahir dan besar ayah sudah kaya dan senang lenang. Apa yang perlu kita ingat kekayaan ini adalah hasil daripada perjuangan ayah dan ibu. Pengorbanan ayah dan ibu itu patut dijadikan pengajaran pada kita untuk terus berkorban dan bekerja agar kekayaan yang ada berkekalan.
Kita jangan sekadar hidup menghabiskan harta benda dan kekayaan yang ada. Pada peringkat ini dan pada tahap ini kita mesti ada sumbangan untuk meningkatkan dan menokok - tambahkan lagi kekayaan dan hasil itu
Begitu juga kita jangan sekadar menjadi generasi penerima. Kita tidak mahu Pemuda UMNO hanya menjadi generasi pewaris semata-mata. Tetapi kita mahu mereka menjadi generasi penyumbang yang aktif. Pak
Lah turut berpesan mengenai kempen dan politik wang semasa beliau adalah
Menteri Luar Negeri dahulu: Antara
lain kata Pak Lah, Yang
baru sangat jadi UMNO, jasa pada UMNO pun tidak ada lagi. Harap dengan
kempen dia sahaja untuk menjadi pemimpin, mana boleh macam itu.
Betul..dimanapun saya cakap macam itu. Ini merangkumi semua peringkat
dari majlis Tertinggi sehingga ke peringkat bawahan. Dari peringkat
cawangan, bahagian hingga keperingkat Majlis Tertinggi, Pemuda dan
Wanita termasuk sekali. Teruk
benar, kempen sana sini menerangkan pada orang, siapa dia, apa yang dia
hendak perjuangkan dan apa pandanganya. Guna pula wang lagi hodoh, lagi
tak baik. Pujuk itu, pujuk ini . Langkah ini amat tidak baik pada UMNO,
tetapi kalau orang itu nak jadi pemimpin biarlah sudah berjasa pada UMNO,
sudah menjadi ahli UMNO begitu lama dan ahli - ahli UMNO sendiri telah
kenal betuk dengannya. petikan
kata-kata Pak Lah sewaktu Menteri Luar Negeri - sumber Datuk Abdullah
Badawi - Pejuang Kemanusian Sejagat - Mokhtar Petah
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|