BALIK KE MUKA UTAMA


Subjek: Request for Proposal

Pesanan:

TAHNIAH 'UNCLE M'
- Penyedar Bangsa, Perlis

Rupa-rupanya Uncle M sedar dan merendah diri. Baguslah, jika ramai  pemimpin Melayu sedar dan merendah diri seperti Uncle M (nama yang  digelar oleh rakan-rakannya), mungkin negara kita, terutama bangsa  Melayu maju dan berjaya, seperti dalam era Tun Abd. Razak dahulu:  Bahasa Melayu dimartabatkan hingga ke universiti, anak-anak Melayu mudah  mendapat pekerjaan di negara sendiri (bukan di negara Inggeris/penjajah  yang mewajibkan bahasa Inggeris).

Inilah faktor utama mengapa bangsa Melayu tertekan sekarang - faktor  bahasa Melayu dipinggir dan diketepikan - siapa yang sedar? Mahathir, pemimpin-pemimpin Melayu termasuk Pak Lah dan Najib, sedar???

Dato' Seri Hishamuddin dan Dato' Seri Rais Yatim, umum hendak  memperkasakan bahasa Melayu dalam Utusan Malaysia 3 Mac 2006 (Muka  Hadapan). Cuba baca. Kata mereka sebuah Jawatanuasa Memperkasa Bahasa  Melayu ditubuhkan. Dalam masa sebulan akan diadakan mesyuarat. Tapi  hingga kini hampir dua bulan setengah, tak dengar khabar apa pun.

Apakah pemimpin kita itu benar-benar bangsa Melayu dan beragama Islam?  Jika bangsa Melayu dan beragama Islam: Janji mesti ditepati, kata mesti  dikota! Jadi siapakah mereka sebenarnya???

Rakyat terutama orang-orang Melayu yang cintakan bahasa Melayu  tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya, kerana bahasa itu jiwa bangsa.  Siapa saja yang tidak mencintai bahasanya bererti TIDAK BERJIWA, tidak  mempunyai JATI DIRI dan tidak BERMARUAH - lihat negara-negara maju  China, Jepun, Perancis, Jerman, Rusia, Denmark, Sweden dan negara-negara  tertangga kita Thailand dan Indonesia - bukankah mereka mempunyai maruah  dan harga diri! Bahasa ibunda mereka diperkasakan!

Negara kita, Malaysia yang diagung-agungkan sebagai sebuah negara maju  dan membangun, di manakah JATI DIRI pemimpin dan rakyatnya untuk  membangun bangsa melalui bahasa Melayu ini? Di Mana???

Cuba Uncle M, jawab!


 

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762