|
user@FormMail.To
Reply-To: Penyedar Bangsa, Perlis.
To: editor1@umno-reform.com
Date: Wed 05/10/06 04:16 PM
Pesanan:
SANGGAHAN PENDAPAT 'UNCLE M' (ORANG PUTEH CELUK) - Penyedar
Bangsa, Perlis.
Pendapat uncle M (orang putih mana agaknya?) memuji Mahadhir
setinggi langit, tapi tidak nampakkah orang putih celuk ini
tentang tindakannya mengkhianati bangsa Melayu? Bahasa Melayu
kini hampir musnah, dek 'perintahnya' pelajaran sains dan
matematik menggunakan bahasa Inggeris.
Anak-anak Melayu di kampung (75 peratus) ternganga apabila mulai
masuk sekolah belajar pelajaran itu dalam bahasa Inggeris. Yang
tahu bahasa Inggeris cuma di bandar (25 peratus). Apa akan jadi
kepada anak-anak Melayu kita ha? Hai 'Orang Puteh celuk?".
Ekonomi negara kita memang membangun, tapi siapakah yang
membangun ha? Orang Melayu kita (75%) di luar bandar, membangun?
Mahathir cuma menumpukan pembangunan bandar. Bagaimana
pembangunan luar bandar? Cuba Orang Puteh Celuk ini fikirkan?
Negara kita terkenal di dunia, tapi bangsa kita bagaimana?
Apakah kita begitu berbangga kerana negara kita terkenal,
sedangkan bangsa kita menjadi pengemis di negara sendiri!
Terbuktilah kini, dalam masa kepimpinan Mahathir itu,
gembar-gembur pembangunan memang berlaku, akan tetapi hanya
beberapa kerat saja orang Melayu yang kaya-raya (kebanyakannya
kroni pemimpin Melayu), apakah boleh kita berbangga dengan
beberapa kerat itu, sedangkan 12 juta lagi bangsa Melayu
ketinggalan (jumlah rakyat Malaysia 22 juta, 12 juta Melayu,
apakah 2 juta orang Melayu menjadi ahli korporat, taukeh-taukeh
besar?. *
Faktor inilah yang dimaksudkan oleh para penulis layar ini
mengecam Mahathir. Kini dia cuba pula mengacau-bilau kepimpinan
Pak Lah. Memang dia berhak memberi pendapat sebagai seorang
rakyat, tapi bukan sebagai pemimpin besar negara lagi, cuma
sebagai seorang rakyat. Apakah pendapatnya itu membina atau
mengeruhkan lagi keadaan? Cubalah Orang Puteh Celuk fikirkan!
|