|
MEMANG BENAR UMNO SUDAH LAMA DITALKINKAN!
- Pengkaji Sejarah, Perlis.
Perayaan menyambut 60 tahun tertubuhnya UMNO (dengan seribu
pesta-pestaan) adalah suatu hepokrit. UMNO (Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu), kini nyata dan jelas bukan lagi
pertubuhan kebangsaan Melayu, akan tetapi telah
bercampur-baur dengan lain-lain bangsa dan keturunan
termasuk Siam, Kadazan, Murut, Dayak, Orang Asli dan
sebagainya. Apakah keturunan-keturunan ini 'Melayu'???
Maka jelaslah sekarang bukan lagi UMNO, bukan lagi Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu, tetapi Pertubuhan Kebangsaan
Berbagai Kaum, ringkasnya PKBK - bukan UMNO!
Perbuatan ini merupakan 'rasuah' dan 'penyelewengan' yang paling
hebat dalam sejarah UMNO itu sendiri - pakar-pakar sejarah
tanahair dan luar negara tentu akan merakamkan peristiwa
ini, (sepuluh atau seratus tahun lagi) sebagai suatu 'keranda'
dalam penubuhan UMNO - percayalah!
Kita tertanya-tanya: Apakah MCA dan MIC mengundang
keturunan-keturunan itu masuk menjadi ahli mereka?
Jadi, apabila pihak-pihak yang mendabit dada untuk merayakan
perayaan 60 tahun itu adalah suatu pembohongan, penipuan
dan putar-belit! UMNO yang akan disambut itu adalah UMNO tahun
1988. Bukan UMNO 1946. Maka bererti PKBK (UMNO)menyambut
tahun yang ke 18 bukan tahun ke 60! Jika benar-benar pemimpin
dan ahli-ahli UMNO (PKBK) mempunyai maruah dan harga diri,
malulah sedikit dengan pengakuan yang palsu itu!
Mengapa berlaku PKBK? Tidak lain bermaksud untuk memancing
seberapa ramai undi demi kepentingan kuasa, darjat dan
pangkat, lebih-lebih lagi 'kekayaan' dan 'kemewahan'. Maka
beroleh kemenangan yang besarlah dalam pilihan raya yang
lalu. Tidak terfikirkah oleh para pemimpin dan ahli-ahli
UMNO itu bahawa kemenangan itu bukanlah kemenangan yang mutlak
dan tulen sebagai sebuah parti UMNO yang diasaskan pada tahun
1946 itu!
Demikianlah apabila kuasa, darjat, pangkat, kekayaan dan
kemewahan 'merajai" hati dan perasaan!
|