|
pendidik bangsa <pendidik_bangsa@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Subject: Shahidan Kassim paksa guru jadi ahli Umno
Date: Fri 04/28/06 11:26 AM
Shahidan Kassim paksa guru jadi ahli Umno
Pada hari Isnin yang lepas, bertarikh 24 April 2006, saya ke
Jabatan Pelajaran Perlis untuk mewakili sekolah saya dalam satu
mesyuarat sempena Jogathon Amal yang akan berlangsung pada 29
April.
Apa yang saya ingin ketengahkan di sini ialah pihak penganjur
iaitu PSKPP ingin memohon sumbangan peribadi MB Datuk Seri
Shahidan Kasim bagi memperkukuhkan lagi dana program yang
diharap menjangkau jumlah RM100,000. Kami semua diberitahu
bahawa Shahidan bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM10,000
dengan syarat semua guru yang hadir pada mesyuarat ini mestilah
mendaftar sebagai ahli Umno. Maka semua hadirin menerima
sekeping borang keahlian Umno bagi setiap seorang untuk diisi
dan dikembalikan kemudiannya.
Kenapa Shahidan sanggup memperbodohkan saya dan guru-guru yang
lain dengan memaksa kami semua menjadi ahli Umno? Saya sedar
akan tanggungjawab membela bangsa dan perjuangan Umno, tetapi
saya hanya akan menyertainya dengan rela hati tanpa paksaan
daripada mana-mana pihak. Shahidan dan kepimpinan PSKPP telah
menyalahgunakan kedudukan mereka dalam kes ini!
Ada sumber yang kukuh telah memberitahu saya tentang bagaimana
perancangan kepimpinan PSKPP untuk menggunakan dana RM100,000
ini bagi membiayai program makan angin ke Mesir yang akan
disertai oleh pihak kepimpinan di masa cuti sekolah nanti.
Soalnya derma saya dan guru yang lain sebanyak RM30 satu kepala
untuk tujuan pengumpulan dana RM100,000 itu akhirnya cuma akan
dinikmati oleh kepimpinan PSKPP dengan faedah melancong secara
percuma. Adilkah begini?
Berbalik kepada tindakan politik murahan yang dilakukan oleh
Shahidan seperti yang saya nyatakan tadi, saya mengharapkan agar
beliau tidak mengulanginya lagi di masa hadapan. Saya nasihatkan
Shahidan supaya menumpukan perhatian beliau untuk memajukan
Perlis yang sekarang ini hanyalah sekadar Kangar sebagai sebuah
pekan yang mati selepas pukul 10 malam. Dan fikirlah sesuatu
untuk menyelesaikan masalah displin pelajar sekolah di Perlis
yang kurang ajarnya semakin menjadi-jadi ditambah pula dengan
sokongan membuta tuli ibu bapa mereka.
Saya berjanji pada diri saya sendiri bahawa saya tidak akan
menyerahkan kembali borang keahlian Umno itu kerana saya tidak
dapat menerima sebarang bentuk paksaan. Saya bukannya
kanak-kanak sekolah lagi!
Ikhlas,
PENDIDIK ANAK BANGSA
|