BALIK KE MUKA UTAMA

Kiriman Pelayar


ISU: PEMIMPIN SENDIRI TIDAK MEMPUNYAI JATI DIRI
PENCINTA BAHASA DAN BANGSA MELAYU, Perlis.

Ketika kita memburu globalisasi, bahasa Melayu terpinggir di negara sendiri!

Ternyata kini bahasa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara sebagai bahasa rasmi, terpinggir dan diketepikan! Para pemimpin, menteri-menteri, ahli-ahli korporat, pegawai kerajaan, artis (rujuk Sharifah Aini) begitu bermegah bercakap bahasa penjajah (Inggeris) sedangkan negara kita sudah hampir 50 tahun merdeka. Rupa-rupanya pengaruh penjajah begitu pesat tertanam dalam diri rakyat Malaysia sesudah mantan perdana menteri (secara sendirian - tanpa kelulusan kabinet dan mendapat mandat rakyat) menukarkan bahasa Melayu ke bahasa Inggeris untuk mata pelajaran sains dan matematik di sekolah-sekolah. Semenjak itu berleluasalah bahasa Inggeris digunakan di negara kita: Di tv, iklan-iklan, pasar raya, dalam mesyuarat, notis-notis, lebal-lebal barangan apa lagi surat-surat perjanjian dan penyata-pennyata akaun di bank-bank ...seolah-olah negara ini merupakan sebuah negara Inggeris seperti Amerika, Britian, Australia, Kanada ..... Tidak terfikirkah mereka bahawa kulit tubuh mereka itu hitam atau sawo matang!

Di mana jati diri kita? Di mana? Para pemimpin kita, menteri-menteri, di mana jati dirinya? Bahasa adalah jiwa bangsa! Jika seseorang itu tidak menghormati bahasa negaranya bererti tidak mempunyai jiwa, tidak mempunyai jati diri! Alasannya: Cuba lihat negara-negara maju dalam dunia seperti Jepun, China, Korea (di sebelah Timur), begitu juga di Barat seperti Jerman, Perancis, Itali, Belanda, Belgium, Swenden - rakyat dan pemimpin negara-negara tersebut tetap menggunakan bahasa ibunda mereka. Jepun misalnya, apabila pemimpin mereka berbicara dalam sesuatu majlis antarabangsa sama ada di dalam atau luar negara tetap menggunakan bahasa Jepun. Di negara kita, tidak usah haraplah pemimpin kita menggunakan bahasa Melayu. Di mana jati diri yang dilaung-laungkan oleh para pemimpin kita itu ha?

Mengapa bahasa Melayu ditukar dengan bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan Matematik itu? Negara mana dalam dunia ini (selain negara Inggeris) yang menggunakan bahasa Inggeriskedua-dua mata pelajaran itu ha? Apakah bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa ilmu? Sepuluh tahun dahulu bahasa Melayu sudah menjadi bahasa pengantar sehingga ke universiti, mengapa kini tidak boleh? Mengapa sewajarnya kita mematuhi arahan seorang pemimpin yang akan merosakkan bangsa dan bahasa sendiri? Kesannya: anak-anak peribumi (Melayu 75 peratus penduduk luar bandar) akan ketinggalkan dalam proses mengginggeriskan bahasa dan mata-mata pelajaran tersebut, akan kenuncang dalam penghidupan mereka kelak!

Sebenarnya inilah jati diri yang sering dilaung-laungkan oleh pemimpin kita. Akan tetapi di sebalik lauangan itu mereka sendiri terjerat dengan pendirian seorang pemimpin itu. Kerana itu, jika benar-benar inginkan jati diri dan menyelamatkan bangsa dan bahasa rasmi negara, kembalilah menggunakan bahasa Melayu untuk kedua-dua mata pelajaran itu. Siaran tv mesti disekat apabila seseorang pemimpin atau siapa saja yang sewenang-wenang menggunakan bahasa Inggeris. Maka bahasa Melayu akan kembali gemilang. Beranikah pihak syarikat-syarikat tv berbuat begitu?

Kita mengucapkan tahniah kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang mengumumkan baru-baru ini (Utusan Malaysia 3 Mac 2006) untuk memperkasakan bahasa Melayu dan menubuhkan Jawatankuasa Memperkasakan Bahasa Kebangsaan (Melayu). Sementara Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pula begitu bersemangat untuk memperkasakan tulisan jawi yang telah berkubur kini (angkara seorang menteri pelajaran dahulu yang membuang pelajaran jawi). Jika bangsa Cina dan India mempunyai tulisan masing-masing, malulah bangsa Melayu tidak mempunyai tulisan identiti bangsa Melayu. Jawilah, meskipun berasal dari huruf Arab akan tetapi kita gunakan sistem ejaan kita sendiri.

Kita berharap mereka benar-benar jujur dan ikhlas untuk melaksanakan harapan rakyat. Terhindarlah hendaknya sesuatu agenda lain yang tersembunyi di sebalik agenda yang murni itu!

Mari kita bersama-sama memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu - bahasa rasmi negara

Apa kata pelayar umno-reform.com?

BAHASA JIWA BANGSA

LENYAP BAHASA LENYAPLAH BANGSA!

- PENCINTA BAHASA DAN BANGSA MELAYU, Perlis.

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762