BALIK KE MUKA UTAMA

Pena Suasa bela Khir Toyo - Orang muda dalam Umno : Antara irihati dan cemburu
Oleh Pena Suasa

KETIKA isu Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo didedahkan media massa arus perdana, beberapa minggu lalu, saya adalah antara pembaca yang ketawa gelihati menyaksikan usaha memperbodohkan pembaca-pembaca media tersebut.

Saya percaya, tentu akan lahir satu atau dua buah buku hasil keratan suratkhabar tersebut, bagi menangguk di air keruh. Ini sudah biasa berlaku. Media yang sama, memberi publisiti kepada penerbitan dan pengedaran buku tersebut; sekaligus meminta komen Menteri Besar Selangor; menghormati kebebasan media.

Serentak dengan itu, ada penulis yang mempunyai kenyakinan melampau, yakin kononnya Menteri Besar Selangor akan melepaskan jawatan, kerana tertekan dengan serangan media negara ini.

Namun, tidak nampak ura-ura Menteri Besar akan mengikut kehendak penulis dan pengarang ini. Apakah agenda sebenarnya? Inilah 'masalah' orang muda dalam Umno. Irihati dan cemburu menyebabkan mereka dijadikan mangsa. Mereka yang menyerang Menteri Besar Selangor bukan kerana Menteri Besar melakukan apa-apa kesalahan tetapi kerana potensi orang muda ini dalam politik negara.

Apakah hanya bukit dan hutan di Selangor sahaja yang gondol? Apakah ekologi dan biovarsiti di Selangor sahaja yang rosak? Apakah hanya pembangunan di Selangor sahaja yang tidak mendapat kelulusan EIA?

Bodohlah! Diulangi. Bodohlah! Kalau Menteri Besar tidak memberikan tanah kepada sesiapa untuk dimajukan. Memberi tanah untuk dimajukan oleh pemaju bukan suatu kesalahan.

Begitu juga pemaju yang mendapat tanah (bukan percuma tetapi membayar premium), bodohlah mereka jika tidak menggondolkan kawasan yang hendak dibangunkan? Apakah Putrajaya yang dibangunkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sejak dahulu hingga kini tidak digondolkan? Seranglah Putrajaya sama.

Apakah Kepala Batas dan Bertam yang dibangunkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak digondolkan untuk dimajukan? Seranglah Kepala Batas dan Bertam. Kenapa… tak berani ke.

Kenapa hanya 'gondol' di Selangor sahaja yang media tertentu nampak tetapi gondol ditempat-tempat lain, kawasan Pak Lah, kawasan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya; tidak menjadi salah seperti yang mereka katakan? 

Mungkin ada orang nampak, Dr. Mohamad Khir akan pergi jauh dalam politik. Jika tidak disekat, orang muda ini akan menengelamkan orang lain. Salah satu caranya; menyekat kemaraannya dengan mengambarkan seolah-olah beliau mengamalkan rasuah hingga membenarkan hutan dan bukit di Selangor digondolkan.

Di kalangan Menteri-Menteri Besar/Ketua-Ketua Menteri, ramai yang secara senyap-senyap mengakui kebolehan Dr. Mohamad Khir Toyo dalam banyak hal. Latarbelakang keagamaan, kelulusan dan keperibadiannya yang unggul 'merisaukan' banyak pihak.

Dr. Mohamad Khir digambarkan tidak sehaluan dengan bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Dr. Mohamad Khir juga dilaga-lagakan dengan beberapa Exco Kerajaan Negeri.

Namun, anak muda yang sabar ini tidak melatah. Ini cukup merisaukan beberapa pihak. Serangan media juga tidak menjadikan beliau 'hilang akal' menyerang pihak-pihak yang menyerangnya, malahan mengundang wartawan makan malam bersama-samanya. Turut diundang, editor-editor yang laparkan 'projek' untuk mengautkan kekayaan peribadi.

Dr. Mohamad Khir cuba digambarkan mahu menawarkan diri bertanding Ketua Pergerakan Pemuda Umno tahun 2004 lalu. Agak tegang juga hubungan Datuk Seri Hihammuddin - Dr. Mohamad Khir seuatu ketika dahulu.

Namun, Dr. Mohamad Khir membuat pendirian awal, tidak akan menawarkan diri untuk jawatan itu dan hanya mahu bertanding Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sahaja.

Bukan main risau orang yang tukar sebar berita kononnya Dr. Mohamad Khir sedang menyusun kerja untuk menentang Hishammuddin.

Bila Dr. Mohamad Khir menang tempat pertama dalam MT, sudah ada yang nampak bahawa anak muda ini berpotensi menawarkan diri bertanding kerusi Naib Presiden. Sejarah ini pernah dilakarkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, dapat tempat pertama MT dalam tahun 2000 menyebabkan menang kerusi Naib Presiden dalam tahun 2004.

Tumpuan Dr. Mohamad Khir memperkuatkan Umno Selangor dengan sokongan padu Muhammad Muhd Taib dan Ketua-ketua Bahagian (kecuali Datuk Ahmad Bhari) menyebabkan 'ada orang yang risau' tidak dapat cari makan tanpa krisis.
Memetik kata-kata Muhammad Muhd Taib baru-baru ini; "Jika kita orang-orang Umno tidak menyokong ketua kita, bermakna kita tidak menyokong Umno. Kuat Umno kerana kita kuat menyokong ketua. Kalau kita berusaha menjatuhkan ketua, bermakna kita juga melemahkan Umno."

Saya tidak nampak mengapa Dr. Mohamad Khir perlu meletakkan jawatan hanya kerana desakan seekor dua cicak mengkarung yang lapar dan dahaga!
Perdana Menteri juga tidak perlu memantau Dr. Mohamad Khir kerana Dr. Mohamad Khir tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Kucar-kacir yang digambarkan pihak media ini hanya serangan berupa 'usaha mencari makan' dari krisis yang mereka sendiri buat.
Wibawa penulis buku di Malaysia, hanya menulis atas meja tanpa sebarang R & D! Itulah sebabnya, mentari terus juga terbit walaupun ayam jantan tidak berkokok! Rakyat Selangor, tidak kira mereka Jawa atau Banjar mestilah berdiri teguh di belakang Dr. Mohamad Khir yang berjaya membawa Selangor menjadi Negeri Maju 2005 yang bakal diisytiharkan pada 31 Ogos 2005 ini.

Kalau mereka terpangaruh dengan penulis yang melarikan mee maggi dan serbuk Nescafe serta melarikan kereta orang dan tidak melaporkan kemalangan adalah satu kesilapan besar.
Mereka perlu tahu, penulis yang kaki mabuk, berhenti kerja kerana terlibat dengan kes-kes menggelapkan wang syarikat dan kaki perempuan tidak layak menjatuhkan seorang Menteri Besar yang kuat pegangan agamanya, kuat akidahnya dan tinggi pelajarannya.

Saya percaya, selepas ini akan ada orang yang tampil menyerang tulisan saya ini hanya kerana saya ingin menyatakan kebenaran.
Bagi mereka, kalau mahu menulis mengenai Menteri Besar Selangor, mestilah 'bantai' walaupun tuduhan itu direka-reka. Saya tidak hairan jika ada penulis yang akan menuduh saya menulis kerana diupah oleh Menteri Besar Selangor.
Ini adalah perkara biasa dalam dunia penulisan tetapi saya ingin menegaskan di sini, usahlah kita terpengaruh dengan tulisan oleh manusia yang kaki mabuk, penipu dan pencuri.

Cuba bertanya dengan Saudara Harun Perancis bagaimana dia kehilangan wang apabila membawa penulis ini masuk ke bilik hotel (Hotel City Park). Malam itu juga (selepas kehilangan duit dari begnya kerana Saudara Harun tertidur) Saudara Harun melihat penulis ini minum minuman keras di sebuah dangdut sedangkan sebelum itu, penulis ini ketiadaan wang walaupun hanya untuk membayar sepinggan nasi campur berharga RM2.

Kawan-kawan yang membantunya membeli sardin, telur, roti, beras dan susu anaknya juga difitnah di merata tempat.

(BERSAMBUNG)

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762