BALIK KE MUKA UTAMA

Pemuda UMNO perlu lihat Prowaris
Anuar Mohd Nor
012-6544762 email : editor1@umno-reform.com

Kebangkitan, menyuarakan hak rakyat, mempertahankan kepentingan rakyat , bertindak lebih berani demi bangsa adalah ciri - ciri yang kita idam ada pada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Kita mahu melihat bukti kata - kata Datuk Hishammuddin " tidak ada kompromi dalam isu agenda Melayu". Namun keletihan Hishammuddin amat jelas kelihatan. Pemuda UMNO sepi, berbincang mengikut selera sendiri, tanpa mahu mendengar dan melihat kebenaran dan hakikat yang sebenarnya. Pemuda sudah jadi satu platform berbeza - kalau salah pun andaian saya ini ,  itulah adalah kesimpulan yang digambarkan dan dipotretkan oleh mereka kepada saya. Perbezaan amat jelas sewaktu Ketua Pergerakan itu menyinsing keris - menaikkan bulu roma perjuangan dengan kepahlawanan beliau dengan apa yang ada sekarang ini. Kepimpinan politik dalam kerajaan melakukan apa sahaja yang "difikirkan" sesuai untuk mereka tetapi mereka tidak sedar banyak keputusan mereka mengecewakan rakyat khususnya rakyat miskin. Kita lihat Kerajaan Tempatan yang ghairah menghapuskan perkampungan "Melayu" di kota. Kalau ini satu kenyataan silap,  " salahkan Ong Ka Ting" kerana saya telah ajukan persoalan ini kepada beliau tanpa mendapat sebarang maklum balas dari pihak Kementerian Perumahan dan kerajaan Tempatan.

Namun ini bukan persoalan atau intipati artikel tulisan saya kali ini. Kali ini saya dikejutkan dari lamunan dengan satu email ringkas dari pelayar tetap www.umno-reform.com. Tulisan email beliau berbunyi -

Topik khas mengenai gandingan Hisham dan Khairy amat menarik. Namun lebik menarik lagi ialah perkembangan segelintir kecil anak muda yang menamakan diri mereka "Prowaris". Saya mengikuti dan melihat kesungguhan mereka dalam menyedarkan rakyat khususnya mengenai isu MRR2, MAS dan isu - isu Melayu yang lain. Kehadiran mereka menyuntik makna Melayu dan Pergerakan Melayu yang dikecewakan oleh Pemuda Umno Malaysia. Saya tidak bertujuan untuk memuji melangit gerakan anak muda ini tetapi gabungan ini dekat dengan rakyat, mudah di hubungi atau di maklumkan mengenai isu - isu semasa. Mungkin mereka juga terbatas dengan kedudukan mereka dalam UMNO tetapi mereka meletakan isu politik itu di satu tempat yang berbeza dari apa yang mereka mahu perjuangkan. Saya yakin Pergerakan Pemuda UMNO harus meniru gerakan Prowaris - dekat di hati rakyat, mengerti dan memperjuangkan agenda kemasyarakatan.

Email tersebut menyedarkan saya - sungguhpun saya selalu meneliti perjuangan kolektif anak - anak muda ini dalam isu - isu yang menyentuh agenda Melayu serta iyang berkaitan dengan kepentingan rakyat sendiri tetapi kehadiran mereka tidak langsung saya hujahkan. Hakikatnya kolektif anak - anak muda ini yang bangkit berjuang bagi menentukan masa depan rakyat khususnya Melayu jarang sekali berlaku dalam mana - mana pertubuhan yang berkaitan dengan UMNO.

Saya teringat satu ketika dahulu apabila pembangkang membuat laporan polis terhadap Prowaris, yang dikatakan terlibat dalam memainkan persoalan - persoalan Melayu dan dikatakan berbau perkauman. Prowaris yang di ketuai oleh Feriz Omar sewaktu itu tidak langsung berganjak dari tempat mereka berpijak. Mereka menyimpulkan laporan polis itu sebagai : Ini perjuangan Melayu dan kalau perjuangan itu salah maka tidak ada lagi  perjuangan yang sebenarnya, maka tidak ada lagi Melayu bangsa bermaruah. Beliau terus berseloroh, pakaian apa yang perlu di pakai sekiranya di tahan oleh pihak berkuasa?

Saya kagum, mereka tidak gentar malah saya tahu , Presiden Prowaris mengambil pendekatan berbeza, dari bermusuh dengan orang yang membuat laporan polis  beliau mengajak pengadu itu berbincang dan mengetahui hakikat perjuangan sebenarnya. Namun mungkin dalam laman web mereka tidak ada menyebut perkara - perkara ini tetapi saya dengan rendah diri mendedahkan.

Hakikat sebenarnya ; ini bukan satu artikel yang mahu melaga - lagakan mana - mana pihak dan saya percaya gerakan anak muda Prowaris tidak akan bersetuju dengan artikel tulisan saya - tetapi kerana ianya di sentuh oleh pengirim email maka penglihatan saya se akan terbuka - gajah di depan mata kini saya nampak, kuman juga jelas di seberang sungai sana.

Apa yang perlu ialah pengembelingan usaha - sedar menyedarkan - gabungan kolektif antara struktur rasmi parti dengan kelahiran oraganisasi seperti Prowaris dan yang lainnya. Gabungan ini bagi saya akan "complement each other" bagi menyegarkan bukan sahaja perjuangan membela orang - orang Melayu tetapi dapat melakukan "implementation" atas apa yang digariskan dalam perjuangan mereka.

Yang penting ini bukan satu saingan yang tidak sihat tetapi satu usaha untuk menjadikan Melayu bangsa berdaulat - bermaruah. Saya yakin bagi pihak anak - anak  muda itu, ini bukan satu perlumbaan populariti - kerana laman web mereka tidak menyentuh langsung insiden bila mereka di laporkan oleh pembangkang sebagai extremis Melayu yang memainkan isu - isu perkauman secara terperinci - malah mereka rendah diri dan membuat pendekatan penerangan dan bukan bermusuhan kepada Melayu dari seorang yang berbangsa Melayu. Kata mereka " mereka ambil tindakan politik - mereka laporkan kepada polis untuk populariti sedangkan kami - Prowaris, hanya menjalankan tuntutan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

Kadang - kadang kita termasuk saya sendiri terlepas pandang , yang dekat tidak ternampak - yang jauh seakan jelas. Di depan saya sendiri ada satu organisasi  kecil yang baru muncul tetapi kukuh dalam memperjuangkan erti Melayu. Teruskan usaha

     

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762