BALIK KE MUKA UTAMA


editor1@umno-reform.com
Subject: Nilai rakyat Perlis cuma RM100 di bawah kepimpinan Shahidan
Date: Sun 04/23/06 10:09 AM


Sejak Perlis diterajui oleh Khalifah Shahidan Kassim, Umno negeri telah berpecah kepada  banyak kem. Perkara ini tidak timbul ketika Dr Hamid dan MB sebelumnya mentadbir Perlis.  Dengan kata lain, Shahidan lah pencetus perpecahan kepada Umno Perlis.

Di Perlis sekarang, sekiranya anda menjadi ahli Umno, belum tentu anda boleh menikmati  sedikit imbuhan projek pembangunan kerajaan. Ini terjadi kerana bagi ahli di Perlis, mereka  perlu menyembah Shahidan untuk menikmati peluang projek kerajaan. Ahli yang berada di kemnya  pun belum tentu mendapat projek kerana projek hanya diagihkan kepada kroni yang terhampir  dengannya. Itupun bukan di kalangan mereka yang aktif dalam menggerakkan agenda Melayu,  sebaliknya mereka adalah kontraktor nominee bagi pihak Shahidan seperti Azmi Saad (Bintong  Construction) dan Azhar (Gapura dan Azhar Construction).

Justeru, ramai di kalangan ahli yang bertungkus lumus menjaga parti di Perlis terpaksa  mencari makan di negeri lain seperti Kedah dan sebagainya. Ianya sesuai dengan pepatah  "hujan emas di negeri orang dan hujan batu di negeri sendiri".

Para pelabur dari luar Perlis yang ingin melabur di Perlis pada peringkat awalnya terpaksa  pulang kerana kebenaran dakwaan YAB PM bahawa Shahidan mengenakan tol kepada mereka sehingga  mengecilkan margin keuntungan mereka.

Saya amat yakin projek Hub Halal di Padang Besar juga akan mengalami nasib seperti projek  perindustrian di Sungai Chuchuh, Perlis Essential Oil di Beseri yang bernilai berpuluh-puluh  juta ringgit (Mat Saleh yang berkampung di situ menunggu masa untuk menyaman Perbadanan  Kemajuan Negeri Perlis sekiranya menamatkan perkhidmatannya), kilang tepung di Kuala Perlis  (mesinnya pun sudah rosak sekarang) dan beberapa projek lagi.

Apa yang Shahidan buat untuk meneruskan sokongan grassroot kepadanya hanyalah memanggil  mereka ke Dewan Warisan untuk diberikan RM100 bagi setiap kepala dan menjamu mereka makan  yang akhirnya menyebabkan grassroot ini terus memuji Shahidan kononnya MB yang pemurah.

Mereka semua masih tidak sedar bahawa Shahidan cuma mengagihkan 1% daripada keuntungan  komisyen projek yang diperolehinya, sedangkan baki 99% dicekau oleh Shahidan.

Walaubagaimanapun, saat dan ketika kejatuhan Shahidan sudah tidak lama lagi. Nantikan  sajalah! Sekiranya Shahidan panggil anda untuk menerima RM100, pergilah ambil. Zaman  kegelapan Perlis hanya akan lenyap apabila Shahidan & Co dihapuskan!


Pemuda Perlis



 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762