|
editor1@umno-reform.com
Subject: Nilai rakyat Perlis cuma RM100 di bawah kepimpinan
Shahidan
Date: Sun 04/23/06 10:09 AM
Sejak Perlis diterajui oleh Khalifah Shahidan Kassim, Umno
negeri telah berpecah kepada banyak kem. Perkara ini tidak
timbul ketika Dr Hamid dan MB sebelumnya mentadbir Perlis.
Dengan kata lain, Shahidan lah pencetus perpecahan kepada Umno
Perlis.
Di Perlis sekarang, sekiranya anda menjadi ahli Umno, belum
tentu anda boleh menikmati sedikit imbuhan projek pembangunan
kerajaan. Ini terjadi kerana bagi ahli di Perlis, mereka perlu
menyembah Shahidan untuk menikmati peluang projek kerajaan. Ahli
yang berada di kemnya pun belum tentu mendapat projek kerana
projek hanya diagihkan kepada kroni yang terhampir dengannya.
Itupun bukan di kalangan mereka yang aktif dalam menggerakkan
agenda Melayu, sebaliknya mereka adalah kontraktor nominee bagi
pihak Shahidan seperti Azmi Saad (Bintong Construction) dan
Azhar (Gapura dan Azhar Construction).
Justeru, ramai di kalangan ahli yang bertungkus lumus menjaga
parti di Perlis terpaksa mencari makan di negeri lain seperti
Kedah dan sebagainya. Ianya sesuai dengan pepatah "hujan emas di
negeri orang dan hujan batu di negeri sendiri".
Para pelabur dari luar Perlis yang ingin melabur di Perlis pada
peringkat awalnya terpaksa pulang kerana kebenaran dakwaan YAB
PM bahawa Shahidan mengenakan tol kepada mereka sehingga
mengecilkan margin keuntungan mereka.
Saya amat yakin projek Hub Halal di Padang Besar juga akan
mengalami nasib seperti projek perindustrian di Sungai Chuchuh,
Perlis Essential Oil di Beseri yang bernilai berpuluh-puluh juta
ringgit (Mat Saleh yang berkampung di situ menunggu masa untuk
menyaman Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis sekiranya menamatkan
perkhidmatannya), kilang tepung di Kuala Perlis (mesinnya pun
sudah rosak sekarang) dan beberapa projek lagi.
Apa yang Shahidan buat untuk meneruskan sokongan grassroot
kepadanya hanyalah memanggil mereka ke Dewan Warisan untuk
diberikan RM100 bagi setiap kepala dan menjamu mereka makan yang
akhirnya menyebabkan grassroot ini terus memuji Shahidan
kononnya MB yang pemurah. Mereka semua masih tidak sedar bahawa
Shahidan cuma mengagihkan 1% daripada keuntungan komisyen projek
yang diperolehinya, sedangkan baki 99% dicekau oleh Shahidan.
Walaubagaimanapun, saat dan ketika kejatuhan Shahidan sudah
tidak lama lagi. Nantikan sajalah! Sekiranya Shahidan panggil
anda untuk menerima RM100, pergilah ambil. Zaman kegelapan
Perlis hanya akan lenyap apabila Shahidan & Co dihapuskan!
Pemuda Perlis
|