BALIK KE MUKA UTAMA

Ahli Pemuda Bahagian Kangar
din_yum@yahoo.com

Saya membaca dengan penuh minat pelbagai komentar yang disiarkan oleh pihak tuan tentang kepimpinan Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamudin Hussien @ anak bekas PM dan naibnya Khairy Jamaludin @ menantu PM  dan seterusnya merasakan wajar turut sama memberikan secebis pandangan tentang kedua-duanya bagi merancakkan lagi idea ke arah memperjuangkan bangsa yang tercinta.

 

Bagi saya, baik Hisham mahupun Khairy, saya benci kepada kedua-dua mereka di atas premis mereka berdua memimpin kami bukan kerana kredibiliti atau kehebatan kepimpinan tetapi sebaliknya di atas dasar diberikan tempat kerana mereka anak ketua parti.

 

Kalian bayangkan di manakah Hisham sekarang sekiranya dia bukan anak Hussien Onn, saya pasti dia hanya seperti saya yang cuma sebagi seorang profesional biasa yang dikenali oleh rakan sekerja sahaja.

 

Begitu juga dengan Khairy. Budak ini tentunya sekarang masih menjadi moderator rancangan di NTV7 atau wartawan sambilan di The Economist sekiranya dia tidak menjadi menantu PM.

 

Apa yang saya mahukan ialah pemimpin pemuda yang bergerak dari akar umbi dan mempunyai agenda sejati membangunkan bangsa yang sedang terjajah di bumi sendiri. Marilah kita ubah budaya melantik pemimpin dari kalangan anak tokoh, anak raja atau anak somebody.

 

Menjelang tahun 2020, bangsa Melayu sewajarnya sudah bebas dari mentaliti feudal yang amat taat membabi buta kepada pemimpin sehinggakan anak mereka pun turut disembah dan dipuja.

 

Saya mahukan Melayu menjadi bangsa yang kreatif dengan daya kepimpinan yang tersendiri tanpa berpaut di mana-mana dahan, bangsa yang bebas merdeka untuk membangunkan ekonomi bangsa yang sekurang-kurangnya mencapai tahap ekuiti 30% dari aset kekayaan dalam negara. Bolehkah?

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762