|
ANGKATAN MUDA NEGERI SEMBILAN
Ting. 1, No. 1, Jalan Dato Bandar Tunggal, 70000
Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06 ? 6788284 email :
penerangan_keadilan@yahoo.com
Tarikh : 31 Mac 2006
Ruj. Kami : amns/keluar/2006/ (239)
DATUK AZMAN HASSAN
Setiausaha,
Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan.
Sdr ;
DEBAT / FORUM : ISU MINYAK
Pertamanya merujuk kenyataan Saudara Setiausaha
Perhubungan Umno Negeri Sembilan dalam Utusan
Malaysia 25 Mac 2006 bertajuk "UMNO nafi sertai
debat isu minyak", di mana dalam laporan saudara
menyatakan
Menafikan penglibatan Umno dalam debat isu minyak
Menafikan Umno menerima jemputan
Di sini ingin saya tegaskan untuk pengetahuan
saudara
Sememangnya Umno tidak terlibat dalam penganjuran
kerana ia dianjurkan oleh Angkatan Muda Negeri
Sembilan dengan kerjasama PROTES (gabungan ngo dan
parti politik menentang kenaikan harga minyak)
Sememangnya kami tidak menjemput Umno tetapi kami
menjemput YB Ir Jamlus Aziz (selaku
Ketua Pemuda UMNO NS dan Exco Kerajaan Negeri
Sembilan)
YB T.Rajagopalu (selaku exco yang
bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal pengguna)
Surat jemputan bertarikh 7 Mac 2006 {Ruj. Kami :
amns/keluar/2006/ (235)}telah disampaikan melalui
email dan faks pada hari yang sama dan penghantaran
tangan telah dihantar ke tingkat 1, Wisma Negeri
telah dibuat pada 13 Mac
Kami mengaggap serius kenyataan Perdana Menteri
Malaysia iaitu mengarahkan semua ahli UMNO termasuk
ahli BN berani untuk turun kebawah dan mengambil
setiap kesempatan untuk memberikan penerangan kepada
rakyat mengenai kenaikan harga minyak. Berdasarkan
kenyataan Perdana Menteri itu kami mengganggap sudah
tentu kedua wakil rakyat yang kami undang berani
untuk menggunakan kesempatan ini untuk tampil dan
memberikan penerangan isu berkenaan. Maka selepas
menghantar jemputan kami terus membuat hebahan
dengan menggunakan poster dan banner. Sehingga
tarikh program debat kami tidak mendapat sebarang
makluman bahawa mereka tidak mahu hadir.
Pada program tersebut kira kira 600 orang
membanjiri kawasan dalam dan luar dewan yang hanya
mampu mengisi 250 orang sahaja. Bagaimanapun semua
mereka termasuk kami penganjur hampa kerana
kegagalan untuk panelis dari parti pemerintah hadir
dan tidak menghantar wakil.
CABAR UMNO NEGERI SEMBILAN ATAU WAKILNYA DEBAT !
Sehubungan dengan itu kami juga memuji sedikit
keberanian saudara untuk memberikan komen mengenai
isu ini di media arus perdana. Setelah kegagalan
Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan berdebat dengan
kami dalam isu kenaikan minyak ini maka, dengan ini
secara rasmi kami mempelawa untuk Umno Negeri
Sembilan untuk berdebat.
Kami bersedia untuk menghantar wakil di mana sahaja
tempat dan waktu yang ditetapkan oleh pihak saudara
dengan satu sahaja syarat iaitu ia mestilah diadakan
secara terbuka.
Kami amat mengharapkan pihak saudara mempunyai
sedikit keberanian dan sikap bertanggungjawab untuk
berhujah secara terbuka mempertahanklan mengenai
relevannya tindakan kerajaan menaikkan harga minyak.
Bukan seperti biasa hanya membuat penerangan dalam
program rasmi kerajaan yang dihadiri kakitangan
kerajaan dan pelajar yang rata tidak berani bersoal
balas kerana takutkan tindakan tekanan kerana bakal
dilabel pembangkang kerana bertanyakan soalan.
Kami bersedia untuk membentangkan dan memperdebatkan
fakta mengenai betapa kelemahan kerajaan menjadi
punca kenaikan harga minyak dan gas ini.
Kami memberikan masa 14 hari untuk mendapatkan
respon dari saudara.
Sekian dan terima kasih.
Hj. Ramlan Hj Roes
Ketua Angkatan Muda Negeri Sembilan
0122722175
salinan kepada :
Pihak media
|