BALIK KE MUKA UTAMA

Pemilihan NUBE, ahli perlu tahu

www.umno-reform.com   telah menjalankan beberapa seri temu bual dengan mereka yang dikatakan akan sengit bertanding untuk menerajui National Union Banking Employees atau singkatan NUBE.

Kepimpinan yang di maksudkan adalah Fauzi Samsuddin dan Abdul Jalil Abdul Hamid. Mereka adalah dua kumpulan yang dikatakan akan bersaing hebat dalam menentukan masa depan NUBE.

Sebelum membicarakan secara keseluruhan apa yang berlaku dan input - input yang kami terima beberapa nasihat dari www.umno-reform.com  yang perlu kami beri dalam memastikan agar NUBE terus berjaya menjadi payung kepada pekerja - pekerja bank. 

Apa yang pasti kekuatan kesatuan NUBE ini akan dapat menjamin hak pekerja dijaga dan bukan di terokai bagi membuat keuntungan oleh majikan. www.umno-reform.com  percaya pekerja bukanlah tempat majikan membuat keuntungan. Majikan sebenarnya perlu ada tanggungjawab terhadap pekerja dan NUBE adalah kesatuan yang mampu menjaga agar kebajikan pekerja terjamin. Sehubungan itu kepimpinan NUBE harus diberi kepada mereka yang benar - benar peka kepada keperluan pekerja dan melaksanakan tugas semata - mata untuk mendapatkan yang terbaik untuk pekerja. Asas inilah yang menjadi kriteria untuk memilih kepimpinan. 

Mereka yang bertungkus lumus untuk membela pekerja adalah mereka yang sepatutnya dilantik menjadi kepimpinan NUBE dan mereka yang nampak menyebelahi majikan semata - mata bagi kami adalah pembunuh pada NUBE. Dalam melihat isu NUBE sudah jelas pihak majikan khususnya MCBA (Malaysian Council Banking Association) akan lebih mudah berurusan dengan kesatuan kerja yang lemah dari kesatuan sekerja yang cukup kuat untuk membela ahli mereka. Ini lumrah dan untuk menangani sebarang bentuk penindasan atau pencabulan hak pekerja maka kesatuan yang kuat, kukuh kedudukan ekonomi dan prihatin kepada ahlinya perlu di bentuk.

www.umno-reform.com   juga dalam meneliti interbiu dan laporan - laporan yang dibekalkan juga mendapati bahawa ada usaha - usaha untuk memusnahkan kekuatan NUBE sehingga sanggup membiarkan NUBE di tarik pendaftaran atau apa yang dikatakan rujuk sebagai membunuh NUBE. Mereka membawa agenda untuk mewujudkan kesatuan kecil dalaman ( in - house Bank Union) supaya kekuatan NUBE lumpuh dan kelemahan kesatuan dalaman ini dapat di eksploitasi. . 

Ini bagi kami adalah satu pengkhianatan kepada kesatuan. NUBE perlu wujud agar kekuatannya membela pekerja terjamin. www.umno-reform.com  percaya usaha untuk membunuh NUBE ini adalah agenda jahat yang memberi ruang untuk menindas pekerja agar mereka hanya tertakluk kepada kehendak majikan bank dan akan sujud seperti hamba. Pengecilan ini bermakna pekerja akan terus di tindas tanpa pembelaan dan bagi kami di www.umno-reform.com  usaha ini harus di tolak kerana ianya berniat jahat dan hanya menyebelahi majikan dan bukan pekerja.

NUBE harus wujud untuk menjaga semua pekerja - pekerja Bank dan pembentukan kesatuan kecil dalaman tidak cukup kuat untuk membela pekerja.


Ini bukan isu "Kap Lam Ya Nga"

Setelah meneliti hujah - hujah kedua - dua belah pihak kami di www.umno-reform.com  menolak idea atau asas pemilihan yang mengatakan bahawa persaingan yang wujud adalah untuk memastikan Fauzi Shamsuddin di lantik bagi mencabar dominasi India dalam kesatuan. Kenyataan bahawa saingan adalah antara "Kap Lam Ya Nga" seperti yang di katakan oleh Amir Mohktar salah seorang penyokong kuat Fauzi Shamsuddin ( Cawangan Ipoh ) harus di tolak. www.umno-reform.com  menegaskan isu ini bukan isu perkauman. Ini bukan soal kaum yang mana memimpin dan yang mana harus diketepikan. Isu ini adalah siapa yang mampu memimpin dan membawa NUBE menjadi pelindung kepada pekerja bank. 

Perlu di maklumkan bahawa dalam menerima butiran - butiran maklumat setelah menghubungi beberapa ahli NUBE isu kononnya ini adalah usaha untuk menentang Kap Lam Ya Nga atau istilah benarnya "keling" telah digunakan untuk memperolehi undi Melayu yang menjadi majoriti ahli - ahli NUBE. Ini bagi kami adalah satu usaha kempen yang tidak beretika dan ahli harus tahu bahawa persaingan sebenarnya adalah antara dua orang Melayu - Abdul Jalil Abdul Hamid dengan barisan mereka dan Fauzi Shamsuddin dengan barisan beliau. INI BUKAN ISU KAM LAM YA NGA seperti yang dikatakan juga oleh salah seorang penyokong Fauzi Shamsuddin bernama Ahmad Fauzi dari Maybank Ipoh. 

www.umno-reform.com  menekankan bahawa mereka yang membawa Kap Lam Ya Nga atau keling sebagai asas kempen harus di tolak. Persoalan perkauman tidak seharusnya menjadi asas kempen.

Dalam mempersoalkan isu Kap Lam Ya Nga atau keling www.umno-reform.com  telah memaklumkan perkara ini kepada Fauzi Shamsuddin. Kami memaklumkan kepada beliau mengenai kempen penyokong -penyokong beliau yang menggunakan isu Kap Lam Yang Nga sebagai modal untuk berkempen harus di hentikan. Namun sehingga artikel ini di tulis kempen berasaskan perkauman ini masih digunakan. 

Krisis kepimpinan

www.umno-reform.com  sendiri telah menghubungi Fauzi Shamsuddin dalam mengenal pasti isu pecah amanah yang berlaku dalam masa beliau memimpin NUBE. Sungguhpun beberapa justifikasi telah di berikan oleh beliau kepada kami namun membuka satu laman yang kami percaya di terbitkan oleh penyokong Abdul Jalil kami di www.umno-reform.com  lebih yakin bahawa Fauzi Shamsuddin gagal dalam menjelaskan perkara ini sebaik mungkin dan percaya bahawa laporan polis yang di buat oleh J.Solomon ke atas Fauzi Shamsuddin dan rakan - rakan adalah jelas dan perlu diambil tindakan segera. Laman tersebut beralamat di http://www.geocities.com/barisannube 

www.umno-reform.com   dalam meneliti semua laporan polis yang di kirim dan yang kami peroleh dari kedua - dua pihak percaya bahawa banyak pembongkaran kes pecah amanah yang secara terang dapat di lihat. Laporan yang di buat oleh J Solomon perlu diambil serius bukan sahaja oleh polis malah Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja yang bagi kami gagal bertindak dengan efisien untuk menyelamatkan NUBE. 

Kami agak hairan melihat beberapa keputusan yang di buat oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja yang menampakkan beberapa kepincangan dalam menangani krisis NUBE. www.umno-reform.com  kesal sekiranya ada campur tangan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dalam usaha mencorakkan siapa yang perlu di lantik menjadi kepimpinan NUBE. 

www.umno-reform.com  percaya Menteri Sumber Manusia seharusnya bertindak ke atas pegawai -pegawainya yang gagal melihat kepentingan penyelesaian krisis NUBE. Lebih mendukacitakan adalah kesediaan mereka untuk melihat pembatalan pendaftaran ke atas NUBE. 

Ahli perlu tahu, siapa antara kepimpinan NUBE yang di telah membuat laporan polis mengenai kehilangan wang berjuta - juta akibat pecah amanah. Dari maklumat yang kami terima dan tidak di sangkal oleh ahli yang berpihak kepada Fauzi Shamsuddin - J Solomon telah bertindak membuat laporan polis agar mereka yang terlibat di hadapkan ke mahkamah dan diambil tindakan yang sewajarnya. Sungguhpun kes itu amat jelas namun sehingga kini Pejabat Peguam Negara masih memeramkan isu tersebut. 

J Solomon juga membuat beberapa laporan polis mengenai pengeluaran wang kesatuan dan memasukkan wang tersebut ke dalam akuan peribadi. Setelah dihadapkan ke mahkamah dan mahkamah memerintahkan wang itu di kembalikan, pihak terbabit ia itu Mohd Noor Basir dan Toh Seng Hock gagal mengembalikan hampir 50% wang yang di keluarkan yang berjumlah hampir RM 600,000 lebih. Bertanyakan mengenai isu ini Fauzi Shamsuddin mengatakan bahawa selebihnya di belanjakan untuk cawangan dan pekerja NUBE. Ini di sangkal oleh J Soloman kerana tidak ada isu pemberian gaji di buat dan wang sejumlah seharusnya di audit dan di rekodkan. J Solomon meminta polis menyiasat perkara ini dan sehingga ini ianya masih terperap dalam simpanan Polis Malaysia tanpa kita ketahui status siasatan. 

Isu kewangan dan justifikasi dari kumpulan Abdul Jalil sekali lagi boleh di layari pada laman www.geocities.com/barisannube 

Siapa harus di lantik 

www.umno-reform.com  mencadangkan bahawa semua ahli NUBE mencari fakta - fakta mengenai krisis NUBE dan siapa yang perlu dilantik menjadi barisan kepimpinan mereka. Mereka harus ingat bahawa ini bukan persoalan "Kam Lam Ya Nga atau keling yang di bawa oleh beberapa penyokong Fauzi Shamsuddin ( email serta IP kiriman email di simpan oleh pengurusan www.umno-reform.com ). Ini isu melihat NUBE berjaya dan menjadi payung kepada pekerja - pekerja bank. 

Kita harus memilih mereka yang bertungkus lumus dalam memastikan NUBE hidup dan bukan mereka yang sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak ada masalah sekiranya NUBE di bubarkan atau sesiapa yang mahu keluar dari NUBE silakan. ( bukti - bukti serta butiran siapa yang memberi keterangan tersebut ada dan mudah untuk di dapatkan.

Ahli -ahli NUBE harus meneliti sebelum membuat keputusan sebelum bertindak dalam memilih kepimpinan mereka. Kekuatan NUBE sahaja yang akan dapat membela pekerja bank dan kami yakin sebarang usaha untuk membubarkan NUBE atau mengecilkan NUBE kepada kesatuan dalaman ( In - House Union) akan meletakkan pekerja dalam bahaya.

Satu perkara lagi yang perlu saya ingatkan kepada Fauzi Shamsuddin berkenaan dengan penaungan di bawah MTUC. Dalam interbiu kami dengan beliau kami telah di beritahu bahawa sekiranya kumpulan mereka di pilih maka mereka akan memikirkan untuk menarik diri dari bernaung di bawah MTUC. Bagi www.umno-reform.com  penarikan itu tidak perlu kerana penarikan itu hanya akan memecahkan keutuhan dan kekuatan kita membela nasib pekerja. www.umno-reform.com  amat prihatin mengenai nasib pekerja yang kini nampak jelas dijajah oleh majikan - majikan yang tidak bertanggungjawab. Kita tidak mahu nilai yang ada jatuh ke tahap membimbangkan bila majikan melihat cara dan sudut untuk memeras keuntungan dengan mendiskriminasi pekerja. 

Kami telah menjalankan penelitian dengan agak mendalam dan sungguhpun www.umno-reform.com  adalah dari kelompok yang sama dengan Fauzi Shamsuddin dari segi pegangan wadah iaitu UMNO namun dalam persoalan membela hak pekerja kami terpaksa menolak pegangan beliau khususnya idea penarikan  dari MTUC, sokongan beliau terhadap "out - sourcing" yang di buat oleh bank. www.umno-reform.com  lebih agresif dalam memperjuangkan hak dan dalam meneliti perkara ini, pihak kami lebih selesa menganggap perjuangan Abdul Jalil dan J Solomon sehingga J Solomon dan beberapa rakan beliau dalam Bumiputra Commerce Bank di pecat sebagai satu perjuangan membela hak pekerja. Pemecatan kerana memperjuangkan hak pekerja adalah murni disisi www.umno-reform.com  

Untuk tujuan itu menyarankan bahawa sebelum kita mengundi kita layari laman www.geocities.com/barisannube  atau hubungi mereka seperti Abdul Jalil Abd Hamid dan Fauzi Shamsuddin sendiri sebelum membuat keputusan. Bagi yang mahukan nombor - nombor telefon mereka, sila hubungi kami pada talian 012-6544762 atau email kepada editor1@umno-reform.com 

 

   

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762