BALIK KE MUKA UTAMA


user@FormMail.To
Reply-To: Pemantau <"Pantau>"@NONE>
To: editor1@umno-reform.com
Date: Sun 05/14/06 11:24 AM

Pesanan: Setuju dgn Mahfuz Omar

Saya amat setuju dengan pandangan Sdr Mahfuz Omar mengenai pendirian  Datuk Shahrir Samad di Parlimen baru-baru ini. Shahrir adalah seorang  ahli politik yang ada prinsip, ada harga diri dan berani.

Kita sering bercakap mengenai demokrasi tetapi dalam Dewan Rakyat,  institusi yang sepatutnya mendokong dan mempertahankannya, demokrasi  telah mati. Wakil rakyat tiada hak untuk mengikut isi hati masing-masing  sama ada untuk menyokong, menentang atau memberi hujah tanpa mendapat  kebenaran daripada Ketua Whip. Sokong sesuatu usul yang dibawa oleh  wakil pembangkang bukan bermakna menentang kerajaan jika usul itu tidak  menyentuh dasar kerajaan. Usul yang disokong oleh Shahrir adalah wajar,  iaitu untuk mempertahan dan menjaga maruah dan nama baik ahli parlimen  dan Parlimen itu sendiri.

Untuk membuktikan bahawa Parlimen itu telus,  bersih daripada rasuah dan salahguna kuasa. Apakah itu salah? Umno harus direformasi segera untuk terus hidup bagi memperjuangkan  nasib bangsa. Jika Umno terus seperti sekarang, masa depannya amat  gelap.




 

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762