BALIK KE MUKA UTAMA

Email dari pelayar ( bukan pedapat www.umno-reform.com )

Pekida?

formmail.to: umnoreform
From_Email: dotcekedotdotcomdotmy@yahoo.com
From_Name: Naji
Subjek: Request for Proposal

Pesanan: PERKIDA?

Saya mungkin kurang maklumat tentang Perkida. Tetapi apa yang saya  perhatikan, Perkida ditubuhkan sebagai satu pertubuhan yang mempunyai  matlamat yang sungguh murni. Kebajikan dan Dakwah adalah perkataan yang  digunakan dalan mengakronemkan nama pertubuhan ini. Saya hormati  matlamat pertubuhan Perkida. Akan tetapi tercapaikah matlamat yang
diperjuangkan?

Saya melihat Perkida melalui ahli-ahli mereka dan saya dapat membuat  satu rumusan sendiri. Perjuangan dan matlamat asal pertubuhan yang ahli-ahli Perkida laungkan seperti tidak kesampaian. Di kawasan saya (Rawang)  ramai ahli mereka (yang saya kenali) amat berbangga dengan Perkida.  Kenderaan mereka pasti dilekatkan dengan pelekat Perkida. Kalau di kedai-kedai makan, mereka akan duduk semeja dan berbual sesama sendiri dan kemudian apabila ada ahli yang baru tiba akan bersalam dengan cara yang  melambangkan bahawa mereka adalah ahli Perkida atau lebih tepat lagi  bahawa mereka adalah 'Adik-Beradik'(Salah satu hiraki dalam pertubuhan  ini selain 'Ayahnda', 'Abang Long' dan sebagainya).

Bagaimana saya membuat rumusan? Apa yang saya perhatikan, ahli-ahli ini  terbabit dengan kegiatan yang langsung tidak menggambarkan kebajikan dan dakwah. Ada antara mereka terbabit dengan perjudian seperti mesin-mesin judi, samseng tarik kereta, aktiviti kelab malam (di sebuah kelab  dangdut di Jalan Ipoh, KL yang menggunakan 3 jalur warna pertubuhan) dan pelbagai kegiatan yang tidak sihat.

Pergaduhan? janganlah ada antara orang yang bukan ahli Perkida bergaduh dengan ahli Perkida. Mengapa? akan datanglah berduyun-duyun ahli  Perkida dari pelbagai tempat untuk melndungi 'Adik-beradik' mereka  walaupun orang yang bukan ahli tidak melakukan apa kesalahan.

Saya diberitahu oleh ahli pertubuhan ini bahawa Perkida ini dinaungi  oleh Perdana Menteri kita. Apakah benar dakwaan ini? Mungkin Perkida  bukan pertubuhan Mafia tetapi bagaimana dengan ahli gelap (Ahli tidak  berdaftar)?, bagaimana dengan Kumpulan Tiga Line? Bagaimana dengan  Kumpulan Tiga Puluh? Mereka juga mendakwa bahawa mereka adalah  sebahagian dari Perkida.

Rumusan saya mudah. Perkida memang bukan pertubuhan Mafia, tetapi ahl-ahli mereka telah memafiakan kumpulan ini. Matlamat dan perjuangan ketika  ini hanyalah sebagai satu jaringan perlindungan keselamatan untuk 'Adik-beradik' mereka.



Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762