|
ammar yassir <ammar_jadid@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Subject: Balasungkawa kepada seluruh rakyat Malaysia
Balasungkawa kepada seluruh rakyat Malaysia
Malam Jumaat lepas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra
terpaksa bertindak membubarkan Parlimen negara itu setelah
beliau tidak tahan lagi dengan penentangan daripada rakyat
akibat isu dakwaan berlakunya salah guna kuasa, terutama yang
melibatkan penjualan saham dalam Shin Corporation milik
keluarganya, kepada Temasek Holdings milik kerajaan Singapura
bulan lepas.
Keputusan Thaksin itu dibuat dua hari sebelum satu perhimpunan
besar-besaran yang dirancang diadakan di Bangkok untuk mendesak
beliau meletak jawatan sebagai pertanggungjawaban beliau
(accountability) ke atas isu Shin Corp tersebut.
Sehingga kini, ramai pihak di Thailand menyeru agar rakyat
Thailand bertindak untuk memulaukan pilihanraya tergempar yang
dijangka akan berlangsung pada 2 April ini. Ini kerana mereka
mahukan Thaksin meletakkan jawatan bukannya membubarkan Parlimen.
Walauapapun tindakan Thaksin, yang pentingnya beliau menyerahkan
kembali kuasa penentuan legitimasi politik kepada rakyat untuk
mengabsahkan (melegitimasikan) kedudukan partinya melalui
pilihanraya umum.
Apa yang menarik, isu dakwaan salah guna kuasa Thaksin dalam
penjualan saham Shin Corporation kepunyaan keluarganya, kepada
Temasek Holdings milik kerajaan Singapura telah membawa kepada
pembubaran Parlimen lantaran kehebatan kuasa rakyat.
Berbanding dengan Malaysia, yang juga dalam masa yang terdekat
ini, PM bersikap begitu lunak terhadap Singapura sehingga mampu
menjejaskan kepentingan negara seperti isu Abdullah selaku
Menteri Kewangan yang telah meluluskan dalam pembelian 31% saham
Pantai Holdings oleh syarikat Singapura, Parkway Holdings.
Bahayanya ialah kesan secara langsung kepada rakyat kerana
Pantai Holdings adalah merupakan operator hospital yang juga
turut memiliki program penswastaan Malaysia melalui pemilikan
Pantai Holdings ke atas Fomema dan Medivest yang mempunyai
kepentingan dalam projek penswastaan bekalan ubat bagi seluruh
hospital kerajaan kita.
Singapura juga buat pertama kalinya dalam sejarah negara kita
akan memiliki bank pelaburan di Malaysia melalui pegangan
Parkway Holdings ke atas Avenue Asset selepas berlaku
penggabungan di antara Avenue dengan ECM Libra sebanyak 7.46%
kerana Pantai Holdings memiliki 17% pegangan dalam Avenue.
Walaubagaimanapun, Perdana Menteri Malaysia yang sepatutnya
perlu dipertanggungjawabkan dalam hal ini terus terselamat
daripada apa-apa protes dalam negara kerana beliau memiliki
rakyat Malaysia yang paling bodoh, bebal dan penakut di atas
muka bumi ini.
Bayangkan sekiranya apa yang berlaku di Malaysia yang
berhubungkait dengan penjualan ekuiti strategik kepada Singapura
ini berlaku di Thailand, sudah pastilah protes rakyat Thailand
adalah dua kali ganda lebih besar daripada apa yang Thaksin
alami sekarang.
Rakyat Malaysia perlu mengkaji bagaimana sejarah perubahan yang
berlaku di mana-mana negara yang memerlukan jalanraya bagi
menjatuhkan sesebuah kerajaan authoritarian. Lihat, di Iran,
dinasti Shah Iran mampu dijatuhkan oleh kuasa rakyat pimpinan
Imam Khomeini. Kajilah bagaimana diktator Soeharto di Indonesia
boleh tumbang hanya apabila tiga orang Mahasiswa Universiti
Trisakti mati ditembak polis sewaktu demonstrasi di Jakarta.
Adakah ada sinar perubahan di Malaysia? Bilakah akan wujud
sebuah parti pembangkang yang kuat dan tidak bacul seperti
sekarang? Sampai bilakah baru akan muncul gerakan mahasiswa dan
kesatuan sekerja yang digeruni penguasa yang korup? Bilakah
rakyat Malaysia akan berani dan berubah menjadi bijak?
Walauapapun jawapannya, tahniah kepada rakyat Thailand!
Angkatan Muda Insaf (Baru)
|