BALIK KE MUKA UTAMA


Pihak Berkuasa Tempatan - punca indeks ketelusan merosot

Penyataan sokongan www.umno-reform.com  terhadap kenyataan Datuk M Kayveas mengenai tindak tanduk PBT umpama samseng telah kami siarkan minggu lepas. Hari ini Datuk M Kayveas mendakwa bahawa PBT adalah antara punca kenapa indeks ketelusan merosot dari tangga ke 39 berbanding tangga 37 tahun lalu. Kemerosotan ini hanya menampilkan bahawa usaha serius untuk mengurangkan perlakuan rasuah dalam negara ini gagal mendatangkan hasil.
 
www.umno-reform.com  percaya bahawa kenyataan Datuk M Kayveas harus di dipandang serius agar usaha membasmi rasuah dalam negara ini bukan satu slogan kempen semata - mata. Usaha membanteras rasuah ini harus bermula dengan mengkaji kuasa - kuasa melampau yang di peruntukkan kepada PBT. 

Pembaziran juga merupakan salah satu kelemahan mereka yang memimpin PBT. Kerajaan seharusnya mengambil langkah yang lebih serius dalam menyelongkar kegiatan - kegiatan rasuah di samping mengambil tindakan baru dalam menutup semua peluang untuk rasuah bercambah. 



Rasuah PBT punca indeks kita merosot - bernama

KUALA LUMPUR: Masalah rasuah pada peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah sebab utama kedudukan Malaysia dalam indeks ketelusan Transparency International (TI) merosot ke tangga 39, tahun lalu berbanding 37 pada tahun sebelumnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas, berkata kerajaan percaya tindakan perundangan dan pencegahan rasuah pada peringkat kerajaan tempatan akan membolehkan kedudukan negara dalam indeks itu diperbaiki.

“Pada peringkat Pusat kita ada banyak kemajuan, peringkat negeri juga ada kemajuan, tetapi masalah kita adalah PBT,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, semalam.

Baru-baru ini, Kayveas sekali lagi terbabit dalam kemelut dengan pentadbiran kerajaan tempatan apabila menyatakan banyak PBT ditadbir seperti kongsi gelap.

Merujuk kritikan terhadap tindakannya mendedahkan perbuatan rasuah di PBT, Kayveas menafikan ia menjejaskan kedudukan serta semangat kakitangan kerajaan tempatan

 

 


Penguasa Tempatan seharusnya menjadi penyokong kepada dasar - dasar kerajaan dan sepatutnya merapatkan diri dengan rakyat kawasan mereka agar PBT faham masalah yang wujud. Sungguhpun kempen mesra antara PBT dengan penduduk tempat diadakan namun perlaksanaan hanya wujud sekitar mengutip hutang dan tidak menghiraukan mengenai keselesaan setempat. 

PBT harus membuat transformasi berkesan - kehadiran mereka adalah untuk memberi khidmat dan bukan untuk menjadi samseng memecahkan gerai - gerai haram dan mengeluarkan saman. Mereka sepatutnya juga hadir untuk meningkatkan perkhidmatan perbandaran dari perspektif baru bukan terpahat kepada sistem lama usang dan tidak mempedulikan keselesaan kehidupan kemasyarakatan.

www.umno-reform.com   mendesak agak kerajaan pimpinan Pak Lah mula mengambil tahu isu - isu tempatan dan bukan hanya menumpukan usaha kepada pengutipan hasil untuk negara tanpa ada pengagihan semula melalui perkhidmatan yang disediakan. 

www.umno-reform.com   juga mendesak agar semua proses pemberian tender di buka bagi menunjukkan ketelusan dari segi pengagihan kerja agar kontraktor proksi dapat di kecutkan. 

Kerajaan harus mengambil langkah yang lebih tegas dengan pengauditan yang lebih terbuka. 

www.umno-reform.com  menggesa agar semua proses perkhidmatan dikaji semula kerana ada kerja - kerja pembaikan di monopoli oleh satu kontraktor sahaja dengan identiti syarikat yang berbeza. 

 

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762