![]() |
|
|
|
|
Kenyataan Datuk M. Kayyeas menyamakan PBT atau pihak berkuasa tempatan mentadbir kerajaan tempatan seperti kongsi gelap harus di sokong. Setakat ini kerajaan tempatan - memang bertindak sebagai "rubber stamp" dan gagal bertindak sebagai penguasa tempatan yang mendengar - melihat dan mentadbir mengikut kehendak rakyat khusus penduduk yang duduk dikawasan tersebut. Mereka hadir bagai kongsi gelap bertindak rakus tanpa mahu berdiskusi - berbincang dan mendengar apa sebenarnya yang dimahukan oleh rakyat. Tindakan mereka juga tidak telus. Mereka hanya hadir untuk melaksanakan apa yang tertera dalam skop kerja mereka dan selainnya hanya mengikuti tanpa ada apa - apa perancangan. Sebenarnya sekira mereka lebih telus dan terbuka maka pihak penguasa tempatan akan dapat bergerak dengan lebih profesional lagi. Saya melihat sendiri kehadiran penguasa - penguasa tempat seperti koboi - koboi berlesen bertindak ganas terhadap peniaga - dengan alasan hanya menjalankan tugas. Saya cukup hairan kehadiran mereka - memisahkan diri dari masyarakat tempatan.
Saya percaya lebih banyak kepincangan yang akan dapat di selongkar oleh M. Kayyeas sekiranya beliau bertindak menyiasat dan melihat sendiri betapa PBT bertindak sebagai samseng. Saya syorkan bahawa mereka dalam PBT memulakan langkah mesra rakyat - dan hadir bukan sekadar mahu kutip hutang tetapi juga hadir melihat keselesaan kawasan dan apa yang perlu di rancang untuk pembangunan akan datang. Perubahan ini memang penting kerana sekiranya tidak maka kerajaan sendiri akan hilang kredibiliti mereka. PBT harus di siasat perjalanan mereka - mengenai penganugerahan tender dan sebagainya. Saya syorkan M.Kayyeas di beri tugas menyiasat dan membongkar penyelewengan yang berlaku dalam PBT. Sekian
|
|
Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762
|