BALIK KE MUKA UTAMA

Kiriman Pelayar


formmail.to: umnoreform

From_Email: pawang03@hotmail.com

From_Name: Hamba allah

Subjek: Request for Proposal

Segera: Yes

Pesanan: Asalamulaikum,

Saya mengucapkan terima kasih kepada suadara semua kerana masih ada dihati sanubari saudara perasaan cintakan agama islam dan semangat perjuangan yang membara di jiwa anda.

Tujuan saya menberi pendapat bukan untuk menyokong mana2 pihak. Saya sedih dengan situasi kerajaan kita sekarang dan perpecahan yang berlaku di negara kita ini dan dunia islam amnya.

Kita semua tahu yang ekonomi dunia sekarang ini semuanya dikuasa oleh  bangsa asing. Cthnya senat,bank dunia,wall street dan sebagainya. Mereka  mengawal sumber dan aliran kewangan dunia.

Saya setuju dengan pendapat saudara agar negara kita mengamalkan sistem  yang berlandasakan al-quran dan sunnah.Kita sebagai manusia yang lemah  perlu bersatu untuk mencapai kejayaan seperti kata pepatah bersatu kita  teguh bercerai kita roboh.

Saudara ada mendengar dan melihat perkembangan semasa di iraq. Rakyat  iraq gembira apabila mengetahui tentera bersekutu di bawah pimpinan  amerika dan britian dapat mengulingkan kerajaan saddam kerana kerajaan saddam melakukan pemerintahan yang kejam bagi  pendapat penduduk iraq.Mereka gembira dengan kedatangan tentera asing  mengalahkan tentera saddam.Tapi sekarang apa yang mereka dapat  perpecahan dan peperangan saudara berlaku di sana.Apakah tujuan rakyat  iraq berperang sesama bangsa dan agama.

Saya juga berharap agar pemimpin kita dari berbagai parti duduk semeja  berunding mengubal dasar negara yang berlandaskan ajaran islam dan  menjadikan negara kita role model di pentas dunia.

Kenapa kita tak berfikiran seperti bangsa yang dilaknat seperti  yahudi.Mereka tahu agama mereka terpesong tapi mereka masih menindas  kita.
 

Mari kita semua bersatu demgan mengamalkan kerjasama ekonomi dan  perdagangan dengan dunia islam dan menggunakan sumber kewangan  berasaskan dinar bukan wang kertas yang diasaskan oleh dunia barat.

Saya tidak mahu melihat lagi sejarah lama berulang kembali seperti zaman  kejatuhan empayar islam dahulu.Memang kita sebagai manusia mesti  mematuhi seseorang pemimpin tapi mestilah pemimpin yang mentadbir kerajaan itu mesti mentadbir negara dengan  berlandaskan ajaran islam yang mengikut al-quran dan sunnah. Kita sebagai manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan  sebagai rakyat kita mesti membetulkan pemimpin kita dan bukan mencari  kesalahan yang dilakukanya.

Ingatlah kita ini sebagai manusia dijadikan untuk menjadi khalifah di  dunia dan menyembah pencipta kita dan hanya kita makhluk yang berani  mengambil tanggung jawab ini dan amanah ini adalah berat sekali kerana  makhluk yang lain dari kita takut untuk menjadi khalifah kerana takut  tidak dapat berlaku adil dan amanah

Marilah kita bersatu dan berjuang sampai kerajaan islam yang bersatu dan  kuat dapat memerintah semula dan mencengkam ekonomi dunia semula.

Disini saya ingin bertanya sedikit mengenai kehidupan kita semua :

1)Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk  mengamalkan kepercayaannya...

 
2)tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan  pengganas?
 

3)Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak  dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan  jenayah, nama Islam turut diadili!

4)tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan  diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya,  dia dikenali sebagai seorang pengganas?

Saya harap pendapat saya ini tidak menguris hati sesiapa dan saya juga  seorang manusia yang lemah dan masih mencari ilmu kehidupan didunia dan  akhirat dan saya berharap agar suatu hari nanti umat islam semua akan bersatu di bawah panji perjuangan yang luhur dan  murni.

Salam Perjuangan

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762