|
Isu pendatang tanpa izin -
Siapa yang melatah kalau bukan Azmi Khalid sendiri
Kita telah melaksanakan secara besar - besaran operasi menangkap pendatang tanpa izin awal tahun ini. Ini perlu dilaksanakan agar pendatang asing yang bekerja di Malaysia ini dapat di daftarkan bagi atas tujuan keselamatan dalam negeri.
Baru - baru ini Menteri Hal ehwal Dalam Negeri Dato Azmi Khalid sekali lagi muncul dengan keputusan mahu memberi guru - guru ijazah kuasa untuk menahan pendatang tanpa izin (PATI). Ini menimbulkan berbagai reaksi dari guru - guru khususnya kesatuan mereka. Dato Hishammuddin Tun Hussein menyelar mereka yang membantah agar tidak melatah apabila keputusan di buat oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri tersebut. Namun bagi www.umno-reform.com guru - guru yang sedia ada berhak melatah mengenai keputusan tersebut. Mereka boleh bertindak tidak mempedulikan kuasa yang di beri tetapi persoalan utama
yang perlu kita kaji adalah Menteri berkenaan. Terlampau banyak keputusan - keputusan yang kontroversi
di buat beliau se olah -olah beliau bukan membuat keputusan berdasarkan fakta
dan penelitian tetapi lebih kepada apa yang di mimpinya malam semalam.
Azmi Khalid dalam beberapa bulan sewaktu isu PATI ini heboh telah membuat berbagai keputusan mengelirukan sehingga Timbalan Perdana Menteri terpaksa di rujuk untuk mengetahui senario atau garis paduan sebenar terhadap isu PATI. Pihak imigrasi turut dilanda kekecohan mengenai keputusan demi keputusan yang di buat oleh Dato Azmi Khalid. Isu ini se olah - olah menghantui beliau sehingga terpaksa membuat keputusan - keputusan yang terus mengelirukan.
Melihat bagaimana beliau menangani isu ini - amat jelas Dato Azmi Khalid
agak terburu - buru dan kemungkinan tergelincir dalam membuat formulasi yang lebih berkesan.
Untuk pengetahuan Dato, isu PATI ini bukan sahaja melibatkan penangkapan mereka tetapi harus di kaji
se dalam mungkin bagi mendapatkan formulasi berkesan bagi mengatasi masalah tersebut. Penangkapan sahaja tidak akan mencukupi untuk membasmi PATI.
Dasar utama kerajaan harus di definisi dengan jelas terlebih dahulu. Apakah dasar asas kita adalah untuk mengurangkan penggantungan terhadap buruh asing atau sebenarnya hanya untuk mendapatkan PATI ini untuk bekerja secara sah. Kalau mengurangkan penggantungan kita terhadap buruh asing - menangkap dan menghalau pekerja Indonesia dan membawa masuk pekerja dari Pakistan dan India tidak akan menyelesaikan masalah penggantungan kita terhadap buruh asing. Kalau kita mahu mereka mendaftar maka pendekatan yang lebih mengerumus ke arah itu harus diambil. Berbagai formulasi mampu diambil dari hanya memberi kuasa kepada anggota rela, guru - guru, Ketua Kampung dan sebagainya. Kalau kita ambil satu pendekatan lain - menyarankan mereka (PATI) keluar dan mendaftar di dalam Malaysia serta di sokong oleh kedutaan Indonesia di Malaysia, diambil cap jari secara elektronik
dan di buat pemeriksaan kesihatan maka hari ini mungkin SEMUA pendatang asing di Malaysia bukan lagi berstatus PATI. Ini lebih mudah dari berbelanja dengan kos yang tinggi hanya untuk menangkap, menyumbat dalam penjara dan kemudian menghantar mereka kembali.
Mungkin bagi kami Dato Azmi Khalid harus lebih pro aktif dalam menangani isu ini
untuk jangkamasa panjang. Jangan buat keputusan berdasarkan mimpi yang di terima semalam. Gariskan apa yang kita
mahu sebenarnya dan kemudian ambil tindakan berdasarkan matlamat. Kalau matlamat kita mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing maka cara perlaksanaan harus menuruti dengan matlamat yang kita mahu. Sekiranya
matlamat kita mahu mereka berdaftarlantas menghilangkan status PATI dan ini dapat menjaga keselamatan dalam negeri maka ajak mereka keluar mendaftar di Malaysia,disokong
oleh kedutaan Indonesia dan semua ini dilakukan di sini. Kami percaya mereka akan hadir ramai -ramai untuk mendaftar bersama - sama majikan mereka.
Teliti sistem yang lebih mudah tersusun dari hanya mencampakkan lontaran idea kosong seperti yang dilakukan oleh Dato Azmi Khalid.
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|