BALIK KE MUKA UTAMA


BPPNS <pasn9@yahoo.com>

Subject: Melayu calon wakil rakyat DAP di N.Sembilan ??

Date: Sun 04/23/06 12:11 PM


Itulah hangat yang diperkatakan sekarang. Rata-rata orang Cina yang ditemui di Negeri Sembilan ini menunjukkan sikap akan mengundi DAP pada pilihanraya akan datang. Dan rata-rata pengundi-pengundi pembangkang Melayu mencadangkan agar orang Melayu di Negeri Sembilan ini mencuba nasib pula untuk bertanding di DUN Negeri Sembilan ini atas tiket DAP, memandangkan DAP menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan di Negeri Sembilan pada pilihanraya umum 2004.

Sekiranya DAP di Negeri Sembilan mencalonkan beberapa calon Melayu di Negeri Sembilan ini akan berlakulah apa yang dipanggil ?I scratch your back, you scratch my back?. DAP akan mendapat lebih banyak undi Melayu apabila mereka mengemukakan beberapa calon Melayu di tempat mereka bertanding, dan akan ada Melayu yang mewakili pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Apakah DAP akan menggunakan strategi ini ?

Sama-sama kita tunggu dan lihat.


Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah Syarak Mengata , Adat Menurut

Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com


 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762