|
KENYATAAN MEDIA (6 Mei 2006)
SIASAT SEGERA YB. MOHD SAID YUSOF
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) mendesak Badan Pencegah
Rasuah (BPR) menyiasat segera YB. Mohd Said Yusof, Ahli Parlimen
Jasin dengan merujuk usul tergempar YB. Lim Kit Siang berhubung
isu Kastam yang mana Seorang Ahli Parlimen dikatakan
‘mengganggu’ Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berhubung kes
rampasan kayu bergergaji yang dibawa dari Indonesia di Sungai
Linggi, Melaka. Walaubagaimanapun amat kesal juga kepada
intergriti Ahli Parlimen yang lain tidak memperjuangkan
kebenaran walaupun di Parlimen.
Demi menjaga integriti Parlimen keseluruhannya, DPP Pusat amat
merasakan BPR harus bertindak segera untuk memastikan nama baik
Parlimen Malaysia terpelihara serta Perdana Menteri Malaysia,
Dato’ Seri Abdullah Badawi yang begitu serius untuk menentang
rasuah juga mesti membuktikan matlamatnya walaupun ianya dalam
bentuk penyalahgunaan kuasa oleh Yang Berhormat. Jangan hanya
pesalah-pesalah yang terlibat rasuah ini kepada
individu-individu yang kecil sahaja tetapi harus semua golongan
di buktikan.
DPP Pusat juga menegaskan berdasarkan laporan Polis yang telah
dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Melaka dan Angkatan Muda Keadilan
Rakyat Melaka berhubung isu tersebut pada 5 Mei lalu harus juga
di segerakan. DPP Pusat yakin bahawa usaha ini akan mendorong
Polis untuk mempertingkatkan kepercayaan rakyat terhadap Polis
dengan imej baru. Isu seperti ini mesti di segerakan untuk
memelihara Parlimen yang mewujudkan kuasa Negara.
DPP Pusat merasakan bahawa Parlimen Negara dibawah Jawatankuasa
Hak dan Kebebasan Parlimen perlu mengambil tindakan tatatertib
kepada YB. Mohd Said Yusof kerana menyalahgunakan kedudukan
beliau sebagai seorang Ahli Parlimen, bukannya berkaitan Ahli
Parliman yang menyokong usul tersebut dengan mengalih isu yang
lebih penting iaitu integriti dan penentangan rasuah oleh
Negara.
DPP Pusat amat yakin pernilaian oleh BPR, Polis dan juga
Parlimen dengan tindakan yang akan memilihara nama baik Negara
keselurahannya serta memastikan semua pihak tidak
menyalahgunakan kuasa oleh semua organisasi yang di iktiraf oleh
Negara. DPP Pusat akan memastikan kelompongan ini akan terus
diperjuangkan demi Agama, Bangsa dan Negara. Akan tetapi semua
pihak juga mesti berani untuk memilihara demokrasi di dalam
Negara ini.
USTAZ HAJI IDRIS BIN HAJI AHMAD
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda Pas Pusat.
019-2622141
|