BALIK KE MUKA UTAMA

Suasa Efektif Sendirian Berhad konsesi tempat letak kereta Majlis Perbandaran Selayang mengenakan caj 33% untuk kelewatan membayar 14 hari dan 66% untuk kelewatan melebihi 1 bulan

Mengalahkan bunga pinjaman ceti haram. Itu sahaja yang mampu saya katakan mengenai caj kelewatan membayar yuran tempat letak kereta di sekitar Majlis Perbandaran Selayang. Apakah ini tidak membebankan. 

Itulah jawapan dari Mat Janas Jani Penguatkuasa mengenai kompaun yang di kenakan ke atas pembayaran lewat tempat letak kereta di sekitar Majlis. Kita akan dapati keengganan membayar, atau meletakkan kereta lebih tempoh biarpun 10 minit akan di kenakan kompaun RM 30.00 

Pembayaran hendaklah di buat dalam masa 14 hari sekiranya tidak, maka kita akan menyaksikan peningkatan 33% dan sekiranya melampaui satu bulan maka 66% akan di kenakan. 

Ini amat mengejutkan. Ceti haram pun tidak mengenakan bunga sebanyak itu dalam pinjaman sungguhpun ceti haram akan meningkatkan bunga tanpa had. Moralnya kita tidak sepatutnya meminjam dari ceti haram tetapi kadar denda untuk kelewatan membayar adalah terlampau tinggi. 

Dalam beberapa persoalan yang di tuju oleh seorang rakan yang keretanya di kunci tayar kerana kelewatan membayar caj tempat letak kereta, penguatkuasa MPS mengatakan itu adalah caj yang dikenakan dan sekiranya tidak mahu di kenakan denda tersebut maka sepatutnya rakan saya itu tidak gagal untuk membayar tempat yuran tempat letak kereta atau membeli pas bulanan untuk tujuan itu.

Rakan saya merujuk kepada pegawai Suasa Efektif Sdn Bhd mengenai pelekat bulanan yang di ambil selama beberapa bulan sebelum ini. Rakan saya menegur pegawai tersebut mengenai pas bulanan yang hanya di jual antara 25hb - 5hb setiap bulan. Selepas itu pas - pas ini tidak di jual. Bertanyakan kenapa sistem terhad ini di laksanakan. Pegawai Efektif Suasa mengatakan bahawa ini bertujuan untuk mengeluarkan pas menurut warna bagi memudahkan pegawai penguatkuasa untuk melihat dari jauh sama ada pas tersebut sudah tamat tempoh atau belum. 

Bila di tegur apa pula mengenai kemudahan rakyat, yang mungkin hanya mampu membeli selepas 5 hari bulan ke atas pegawai Suasa Efektif itu senyap. Rakan saya mengatakan bahawa tidak ada siapa yang melarang untuk tempat letak kereta di kenakan bayaran tetapi biarlah syarikat yang menerima tender mengutip caj tempat letak kereta itu memikirkan kemudahan rakyat. Jangan hanya mahu membuat peraturan untuk memudahkan diri sahaja - fikirkan mengenai rakyat atau sistem yang mesra rakyat bukan mesra pengutip caj tempat letak kereta sahaja. Mesin pembayaran tempat letak kereta tersebut hanya menerima syiling ( syiling RM 1.00 juga tidak di terima) Kadang kala untuk mendapatkan syiling amat sukar. Maka adalah lebih efektif untuk mengambil pas bulanan. Namun malang pas bulanan hanya di keluarkan dari 25hb - 05hb sahaja dan ini menyorok kemudahan untuk rakyat menjelaskan caj tempat letak kereta tersebut. 

Saya bercadang agar Majlis Pembandaran Selayang melaksanakan beberapa perkara yang mengambil kira kemudahan pembayaran:

· Membuka had masa pembelian pas - pas bulanan.

· Memberi peluang membeli pas - pas bukan sahaja pada batasan 10 hari tetapi boleh di beli bila - bila masa sahaja.

· Mengkaji semula kadar kenaikan kelewatan membayar yang amat jelas mengkagumkan.

· Memasukan dalam senarai kompaun masa lewat membayar kerana terdapat kes - kes yang kelewatan hanya beberapa minit sahaja - umpama 10 minit - 15 minit.

· Bagi kes kelewatan singkat ini MPS harus mengira sama ada perlu atau tidak mengenakan bayaran denda.


Senario yang jelas berlaku adalah kelewatan membayar tambahan caj selama 20 minit. Kelewatan mungkin kerana terlupa dalam kesibukan kerja tetapi bayangkan kadar bayaran adalah 0.50 sen tetapi sekiranya terlewat maka denda adalah RM 30.00 yang membawa erti  600 kali lebih dari bayaran se jam. Adalah lebih sesuai pengiraan denda itu menuruti kadar pembayaran sehari untuk hari itu yang maksimum hanya 4.00 

Apakah ini bukan membebankan. Saya ajukan perkara ini untuk di teliti. 





  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762