![]() |
|
|
Pilihanraya kecil pertama untuk Anwar Ibrahim |
|
Anwar Ibrahim akan menyaksikan pilihanraya kecil pertamanya Dun N12 Pengkalan Pasir,Kelantan. Ini adalah kali pertama rakyat Malaysia khususnya Kelantan akan menyaksikan pilihanraya yang mana Anwar Ibrahim dikatakan akan memulakan langkah kempen bagi membantu calon PAS. Ini bagi ramai pemerhati politik akan menjadi pengukur kehebatan Anwar Ibrahim seperti yang sering dilaungkan oleh pembangkang. Bagi UMNO, ini adalah juga kali pertama Anwar Ibrahim akan hadir - yang selama ini hanya sepanduk mata lebam sahaja yang menjadi poster mereka. Kehadiran Anwar Ibrahim juga sedikit sebanyak pasti akan menyukarkan piliharaya kecil tersebut. Dua faktor yang akan memainkan peranan penting adalah : 1. Kehadiran Anwar Ibrahim 2. Kehadiran Ibrahim Ali Kedua - dua faktor ini pasti akan menjadi faktor yang tidak menyebelahi UMNO dalam pilihanraya kecil kali ini. Ramai yang bersetuju bahawa faktor Anwar Ibrahim tidak seharusnya di perlekehkan. Kehadiran - Anwar Ibrahim untuk berkempen di Kelantan akan memberi impak yang besar - pengaruh beliau tidak harus di perkecilkan. Pilihanraya kecil ini bagi kami akan menyaksikan kekuatan pengaruh Anwar Ibrahim di Kelantan. Ini juga akan menjadi garis pengukur kehebatan Anwar Ibrahim dan sekiranya teruji maka UMNO serta Barisan Nasional mempunyai satu kerisauan - untuk pilihanraya umum akan datang. Ibrahim Ali juga pasti menimbulkan satu masalah yang besar buat UMNO Kelantan. Kehadiran beliau sebagai mangsa kerakusan politik UMNO Kelantan pasti akan memberi kesan negatif pada calon UMNO di Kelantan. Ibrahim Ali hadir untuk membuktikan bahawa UMNO telah membuat satu kesalahan besar - meminggirkan beliau. Kedua - dua faktor ini pasti akan memberi kesan kepada piliharaya kecil akan datang. UMNO perlu berkerja kuat bagi memastikan kemenangan tetapi langkah UMNO pasti akan bertembung dengan 2 perkara di atas - Kehadiran Anwar Ibrhaim dan Ibrahim Ali. Sungguhpun begitu - terdapat kabar angin bahawa Anwar Ibrahim tidak akan hadir secara total dalam berkempen untuk Kelantan. Apa pun kabar angin tersebut di singkir kuat oleh pihak Keadilan dan jentera pemuda mereka di jangka akan turut membantu PAS dalam berkempen. Keputusan pilihanraya raya itu nanti akan memberi gambaran kuat - samada kehadiran Anwar Ibrahim ini adalah arca kecil apa yang mampu dilakukan untuk pilihanraya umum akan datang - ataupun pengaruh Anwar Ibrahim semakin menguncup. Sukar membuat anggaran tetapi www.umno-reform.com sungguhpun mengharapkan kemenangan UMNO namun jalan UMNO Kelantan bukan mudah. Apa pun sekiranya keputusan tidak berpihak kepada kita maka harus ada satu mesej besar untuk kita dalam UMNO fikir dan lakukan - lihat pada LUKA RAKYAT, LIHAT PADA MEREKA kerana di situ ada kemenangan dan sekiranya tidak maka kita akan menghadapi satu ujian paling ganas semasa pilihanraya UMUM akan datang.
|
|
Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762
|