|
Serap kos kenaikan minyak - kata Pak Lah
Peningkatan yang terlampau kerap dan peningkatan barangan utama yang mendadak serta di bandingkan dengan kenaikan kadar upah yang reda maka kedudukan ekonomi kita pasti akan melalui satu peringkat yang akan membebankan rakyat. Bagi pengeluar dan bagi hampir semua industri yang mencatat minyak sebagai salah satu kos pengeluaran - maka kenaikan barangan mereka adalah di jangka.
Pak Lah hanya boleh menyarankan agar kenaikan minyak harus di serap oleh peniaga atau tidak menjadikan alasan untuk menaikkan harga barangan namun ianya tidak akan berkesan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengakui dalam kenyataannya 9hb Mei 2005 - Utusan Malaysia, adalah sukar untuk industri yang berasaskan pertanian dan sektor - sektor seperti perikanan untuk menyerap kos kenaikan petrol dan minyak kerana terdapat peningkatan dalam kos pengeluaran.
Itu adalah perkara - perkara di bawah bidang kuasa beliau. Apa pula kata mereka yang memberi perkhidmatan pengangkutan awam yang secara langsung kos mereka bertambah.
Dalam melihat isu kenaikan minyak, Pak Lah hanya mampu berharap agar harga barangan lain tidak naik atau kalau naik pun ianya minimal. Hakikatnya harga barangan pasti naik. Kenaikan harga minyak ini akan juga mengakibatkan harga barangan penggunaan utama seharian naik dan ini pasti akan membebankan rakyat.
Inilah hasil dan akibat kerajaan tidak mampu membiayai subsidi minyak negara ini. Dengan penjimatan subsidi minyak maka rakyat bukan sahaja berdepan dengan peningkatan kos minyak yang mungkin masih dapat diterima tetapi akan juga melibatkan peningkatan kos - kos lain - barangan runcit, barangan makanan dan bahan - bahan mentah serta kos perkhidmatan khususnya pengangkutan awam.
Ini semua hanya kerana subsidi minyak dan kononnya penjangak penyeludupan diesal ke negara - negara jiran. Satu hukuman pada rakyat akibat jenayah penjangak diesal.
Dengan itu saya hanya mahu memberi sedikit pesanan kepada Pak Lah, jangan hukum rakyat hanya kerana penjangak diesal kerana biarpun kenaikan petrol itu kecil tetapi rentetan peningkatan kos keseluruhan harga barangan utama negara akan turut naik dan membebankan keseluruhan rakyat.
tamat
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|