BALIK KE MUKA UTAMA

UMNO - pergolakan permulaan


Pak Lah tertekan. Zaman pasca Dr Mahathir  tidak menjanjikan sesuatu yang menarik dalam ekonomi dan politik tanah air. Percaturan politik perlu dibuat dengan berhati - hati oleh Pak Lah. Keretakan hubungan Dr Mahathir dengan Pak Lah di katakan semakin ketara. Ahli UMNO, tokoh - tokoh korporat dan rakyat semakin runsing dengan ketiadaan projek dan peningkatan kos hidup. Apakah Pak Lah gagal dalam mentadbir negara. Apakah yang sebenarnya yang berlaku? Mampukah Pak Lah terus berdiam dengan keadaan yang ada? Apakah Pak Lah harus menelan semua kepincangan pentadbiran sebelum ini lantas akan meningkatkan kemarahan rakyat ke atas dirinya?

Angin semakin rancak membicarakan, berterbangan membawa berita, UMNO sedang dilanda arus - bukan pembaharuan tetapi pertentangan, kemelut dan krisis antara sesama sementara ahli masih mencari apa sebenarnya berlaku di sebalik degupan jantung UMNO yang semakin kencang. Apakah UMNO kini berdepan dengan krisis yang pasti sukar di tangani oleh mereka yang tidak mempunyai kudrat politik yang kental dan jitu. Apakah lebel ketiadaan kudrat politik yang kental dan jitu itu di tuju kepada Pak Lah? 

Senario nampak tenang tetapi bahang semakin menyala. Ahli UMNO tetap menyatakan kerunsingan dalam diam tanpa mahu secara kritikal membicarakan langkah yang sebaik mungkin untuk UMNO. Senario politik besarnya melibatkan beberapa mereka yang mampu meracik , kalau tebal, tebal lah ia, kalau nipis, nipis lah ia. Kekerapan beberapa nama seperti Pak Lah, Khairy Jamaluddin, Dato Najib Tun Abdul Razak, Anwar Ibrahim , Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin dalam senario politik amat menjelaskan satu perkara - kuasa ekonomi sudah mampu menekan kuasa politik dan apalah erti menjadi seorang Perdana Menteri sekiranya segalanya di genggam orang lain dan bukan Kerajaan memerintah. 

Antara Dr Mahathir dan Pak Lah

Suara di bawah sudah kuat menyatakan bahawa terdapat krisis besar antara Pak Lah dan Tun Mahathir Mohamed. Mereka membicarakan bahawa beberapa tindakan Pak Lah adalah sebenarnya untuk mencubit Tun Dr Mahathir. Ini hanya merupakan isyarat dari Pak Lah kepada langkah Tun Mahathir yang kini dikatakan sedang giat membuat percaturan politik tanah air. Benar atau tidak berita ini, di jelaskan oleh mereka dengan beberapa tindakan Pak Lah yang se olah nampak bagi mereka sedang memasak sesuatu sebelum langkah seterusnya dibuat. 

Dengan bantuan media khususnya TV3 banyak isu - isu projek terbengkalai, gajah putih dan kerugian projek di siarkan oleh TV berkenaan yang secara langsung berlaku di bawah pemerintahan Dr Mahahtir. Pendedahan mengenai kos penyelenggaraan Putra Jaya juga di kemukakan di samping usaha - usaha lain seperti membanteras spekulator saham yang khususnya terdiri dari rakan - rakan lama Dr Mahathir dan Tun Daim sedang giat di laksanakan. Isu Proton dan beberapa isu AP tersiar luas. Dr Mahathir mula bercerita mengenai "King of AP" dan Rafidah Aziz pula dengan anak Tun Dr Mahathir yang memperolehi AP kenderaan mewah Porche. Belum lagi menceritakan mengenai Hong Leong yang baru - baru ini menjadi isu. 

Berita persengketaan antara Pak Lah dan Tun Mahathir sekarang sudah tersebar luas. Apa yang sebenarnya berlaku hanya bermula dengan spekulasi yang berterbangan. Tetapi perlu diingat Malaysia adalah negara yang subur dengan spekulasi. Bayangkan spekulasi Isa Samad terbang terlebih dahulu sungguhpun Pak Lah menyatakan bahawa beliau tidak tahu mengenai siapa yang akan di kenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin. 


Spekulasi Ekonomi meruncing - Pak Lah tersepit

Pak Lah terus di tekan. www.umno-reform.com setiap hari menerima kritikan terhadap Pak Lah. Ironi nya kepimpinan Pak Lah belum lagi menjejaki tahun 2, sudah menerima beberapa kecaman. Mungkin ini satu rekod dalam barisan kepimpinan Perdana Menteri, Pak Lah di kritik dengan hebat bukan sahaja oleh politikus, kontraktor malah di kedai - kedai kopi. Mereka menceritakan bagaimana harga bertambah naik, kenapa projek - projek tersekat dan mereka juga menceritakan soal kemampuan Pak Lah mentadbir negara ini. 

Terlampau banyak kritikan dan komen yang di terima oleh www.umno-reform.com mengenai Pak Lah. Sekiranya di lihat dan di teliti, banyak komen - komen ini membicarakan soal ekonomi yang semakin lama semakin menekan sungguhpun segala indeks terus membicarakan kenaikan yang membuktikan memakmurkan negara. Mereka membicarakan kemakmuran negara - tetapi kenapa rakyat harus berdepan dengan peningkatan kos yang tidak terkawal oleh kepimpinan Pak Lah?
Apakah sebenarnya hakikat Malaysia sudah tidak mempunyai peruntukkan dan kewangan yang cukup menyebabkan timbul krisis antara Pak Lah dan Mahathir? Apakah sebenarnya Malaysia sudah kesempitan wang akibat cara Dr Mahathir mentadbir sebelum ini? 

Terus menerus spekulasi di sebarkan. Antara mereka yang membicarakan perkara ini sudah meletakkan ketetapan bahawa Pak Lah terpaksa berdepan dengan rakyat untuk menceritakan apakah kedudukan ekonomi sekarang ini akan menyaksikan tekanan berterusan terhadap rakyat Malaysia. 

Apakah semua ini harus di tanggung oleh Pak Lah? Berdepan dengan isu keperitan perekonomian, isu pergolakan dalam UMNO, soal rasuah dan moral, isu tabung PTPN, isu peningkatan kos hidup, isu peningkatan harga minyak dan diesel serta pelbagai isu lain menjadi ukuran kepada pentadbiran Pak Lah. Suara -suara terbit mengenai Pak Lah menjangkau spekulasi bahawa beliau tidak akan bertahan lama selagi beliau tidak melakukan perubahan yang bukan sahaja secara kosmetik tetapi secara menyeluruh.

Beberapa pendapat dari email yang kami terima mengatakan bahawa Pak Lah harus menyegerakan pembongkaran siapa yang bertanggungjawab dalam menyaksikan ekonomi Malaysia tersepit. Pak Lah perlu ada kudrat politik untuk melakukan pembaharuan dan bukan perubahan yang tersekat bersandarkan politik semata-mata. Pak Lah harus lebih realistik lagi dalam membicarakan tentang perubahan dan tidak tersangkut sangkut dalam memberi penerangan. Kabinet beliau juga sepatutnya melalui proses pembaharuan besar yang sejajar dengan visi Pak Lah. Setakat ini apa yang  kita lihat ialah kepala keretapi baru membawa badan - badan lama yang mungkin usang dan ortodoks. 


Genggaman ekonomi dan kuasa politik

Spekulasi yang terbit sekarang membahagi pegangan kuasa kepada dua. Kuasa ekonomi yang masih di pegang oleh Dr Mahathir dan kronis beliau sementara kuasa politik oleh Pak Lah dan kronis mereka. Pertentangan berlaku bilamana kuasa ekonomi semakin ketara memberi tekanan kepada kuasa politik. Penyaksian rasuah politik adalah bukti kukuh mengenai kekuatan kuasa ekonomi. Pegangan kuasa ekonomi harus di cairkan dari hanya tertumpu kepada satu kumpulan yang akan pasti menjadi saingan kepada pemegang kuasa politik.

Pergeseran ini adalah spekulasi andaian yang sedang hebat dikatakan. Pergeseran antara pemegang kuasa ekonomi dan politik inilah yang dikatakan menjadi topik pergeseran antara Pak Lah dan Dr Mahathir. Perang ini dikatakan sedang berlaku dan perang ini tidak akan membawa kabar baik untuk rakyat. Pak Lah harus mengambil tindakan segera bagi membendung limpahan cengkaman pemegang kuasa ekonomi dari terus menghantui mereka yang sedang berkhidmat untuk rakyat melalui kuasa - kuasa pentadbiran dan politik. 

Sungguhpun beberapa aliran pemikiran mengatakan bahawa kuasa politik mampu mencairkan kuasa ekonomi namun senario bagi melaksanakan perkara ini bukan semudah itu. Ramai kepimpinan khususnya dalam Barisan Nasional dan dalam konteks perbincangan ini adalah UMNO, terpengaruh dengan keinginan pegangan ekonomi. Di sini - kekuatan ekonomi - adalah tiket untuk membeli kuasa politik dalam UMNO. Ini sentiasa diperkatakan, kalau mahu bertanding dalam cawangan dan bahagian wang mesti ada - tanpa wang maka jentera lobi tidak akan dapat bergerak. Keadaan ini seakan sinonim dengan politik. 

Maka apakah harapan untuk Pak Lah memenangi spekulasi perang antara pemegang kuasa politik dengan pemegang kuasa ekonomi? Apakah Pak Lah akan berjaya meletakkan garis pemisah antara mereka dengan politik dan mereka dengan ekonomi. Apakah tumpuan dan cara Pak Lah untuk terus memerangi ledakan kuasa ekonomi dalam membeli kuasa politik? 

Kita bincangkan 

 

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762