BALIK KE MUKA UTAMA


formmail.to: umnoreform

From_Email: mlk_0007@yahoo.com

From_Name: malek hassan

Subjek: Other

Segera: Yes

Pesanan: Asslamualaikum,kita melihat dari seluru sudut dalam negara  memang ada usaha untuk menjatuhkan Pak Lah,ini terbukti apabila dalam  semua isu,pak lah terpaksa kehadapan untuk menjawab dan menepis dengan  pembangkang dan juga media dalam dan luar negara.

Politik BN dan UMNO  sebenarnya tidak ada kejujuran yang hakiki tetapi kejujuran hanya pada  jawatan dan wang. Sesiapa pun kalau tidak mempunyai support dan pembantu  di belakang yang kuat maka ia akan kecundang. Kadangkala orang Penang  sendiri, ragu akan kedudukan Pak Lah dalam kerajaan, mampukah Pak Lah  bertahan? Itu salah satu soalan yang sering kedengaran daripada ahli2 umno  Kepala Batas. Mereka seolah-olah yakin Pak Lah tak lama jadi PM.

Ini  sebenarnya serius, tetapi itulah yang saya sering dengar daripada member2  daripada Kepala Batas. Memanglah semua Menteri kabinet akan kata taat  setia kepada Pak Lah tetapi semua hanya untuk menyedapkan Pak Lah  sahaja.

INI LUMRAH DALAM UMNO DAN BN. DULU MASA TUN PUN SAMA JUGA. Bagi  saya Pak Lah tidak boleh percaya 100% kepada orang2 dikelilingnya. Pak  Lah kena ingat ada pangkat dan jawatan orang sanjunglah, bila ketepi  nanti Pak Lah akan di kutuk, dihentam habis-habisan.Saya rasa TUN telah  pun merasainya. Sebagai orang bawahan saya rasa wajar kiranya Pak Lah  terus membubarkan Dewan Rakyat awal daripada tempoh yg sewajarnya, biar  mereka yang selama ini hendak kepada jawatan merasakan bagaimana pahit  periknya untuk mempertahankan maruah negara.

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762