![]() |
|
Pak Lah - cara berbeza ARAH sama Surat terbuka kepada Dr Mahathir telah disampaikan kepada beliau. Demikian menurut maklumat yang kami terima. Pelbagai reaksi khususnya melalui SMS di terima oleh www.umno-reform.com . Ada yang meminta untuk kami mengulas mengenai surat tersebut - ada yang memperakui kebenaran surat tersebut dan bermacam - macam komen yang kami terima. Ramai yang menganggap "Pak Lah hilang pegangan dan kawalan " dalam pengendalian beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ada yang mengatakan Pak Lah terlampau lembek - tidak mempunyai karisma - tidak mempunyai visi seperti kepimpinan Dr Mahathir. Bagi saya surat terbuka kepada Tun Dr Mahathir tidak mempunyai asas kukuh untuk membezakan pemerintahan Pak Lah dengan Tun Dr Mahathir. Sungguhpun saya bersetuju dengan iklim pemerintahan Pak Lah yang tidak se gemilang, se cemerlang seperti yang di harapkan tetapi ini semua wujud kerana terdapatnya bagi saya transisi pindahan kroni dari zaman Mahathir kepada zaman Pak Lah. Transisi yang dilakukan secara mendadak menyebabkan banyak pihak yang perasan ianya berlaku. Tidak ada banyak perbezaan antara zaman Pak Lah dan Mahathir dari segi dasar pemerintahan - khususnya dalam usaha untuk terus kekal berkuasa melalui sistem ala demokrasi UMNO. Transisi ini banyak memperlihatkan perubahan pegangan perekonomian kerana tidak salah untuk kita menganggap - pegangan kuasa politik di Malaysia adalah melalui pembelian dan bukan perjuangan dan idealisme. Sungguhpun Pak Lah berkali - kali berkata bahawa cara beliau berbeza dengan Mahathir tetapi perbezaan hanya pada cara Pak Lah yang nampak bersederhana - tetapi ligat memecahkan tembok "Mahathirisma" dan tembok "Anwarisma" . Ini hanya bertujuan untuk memulakan falsampah baru - "Badawisme" yang sealiran dengan budaya - budaya "Mahathirisma" mahupun "Anwarisma". Transisi peralihan kronis inilah yang membuat ramai antara kita mengatakan bahawa Pak Lah " lost control" walhal Pak Lah sedang melakukan pegangan kuasa dengan cara yang sama yang dilakukan oleh Mahathir tetapi melalui kronis baru. "Mahathirisma" - "Anwarisma" dan "Badawisma" Proses untuk mengendurkan pengaruh Mahathirisma dan Anwarisma adalah proses utama yang di lakukan oleh kronis Pak Lah baik samada beliau sedar atau tidak. Pendekatan amat berbeza sungguhpun arahnya serupa , tidak memihak kepada kepentingan rakyat secara umumnya. Kehadiran Pak Lah dengan konsep kesederhanaan dalam pentadbiran tidak menghalang tuntutan pegangan - pegangan lain oleh kronisnya dan penglibatan Khairy Jamaluddin yang bukan sahaja mahu menuntut pegangan kuasa politik tetapi juga kuasa ekonomi mengklasifikasi beliau sebagai elitis pemilik tidak terjawab oleh Pak Lah. Amat jelas satu persatu usaha di buat oleh kumpulan Pak Lah untuk membentuk "Badawisme". Strategi utama ialah untuk membongkar kepincangan - kepincangan yang sedia ada oleh Mahathir dan Anwar Ibrahim dalam konteks yang lebih sistematik lagi. Kalau Mahathir dengan cara yang amat gelojoh dan terkeluar dari penerimaan masyarakat sewaktu usaha menghapuskan pengaruh "Anwarisme", Pak Lah dan anggotanya lebih "brilliant" dalam mengatur strategi bagi tujuan yang sama. Hasilnya kita melihat berbagai isu sepeti Proton, Approved Permit, MAS, Metramac dan isu - isu projek terbengkalai timbul dalam zaman pemerintahan Pak Lah. Isu - isu ini juga dijangka akan melibatkan Anwar Ibrahim sewaktu zaman beliau dan Mahathir bercinta dahulu. Isu Polis juga akan menjadi isu pokok yang menyentuh hak - hak Kemanusian yang akan meletakkan pemerintahan Pak Lah lebih telus dari Dr Mahathir. Kemunculan isu - isu era zaman mahathir ini di buat se olah - olah mereka kepimpinan yang ada sekarang tidak wujud pada masa Mahathir melakukan segala kepincangan dalam pentadbiran beliau. Kehadiran Khairy Jamaluddin dengan kerakusan beliau dalam mencatur bukan sahaja politik malah mahu menjadi ikon baru pegangan ekonomi Malaysia hanya di jawab oleh Pak Lah sebagai tidak tahu, tidak betul dan saya bukan "BODOH". Asasnya sama - wal hasil balik asal dan luka rakyat terus mengalirkan keperitan dan kesengsaraan dalam kemajuan Malaysia. Budaya "Badawisme" lebih menyerlah Sungguhpun bukan anak - tetapi menantu namun kehadiran Khairy selangkah menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia meletakan budaya Badawisme lebih aggresif dari budaya Mahathirisme. Genggaman bukan sahaja ekonomi malah kuasa politik, menunjukkan ruang untuk berpegang kepada prinsip perjuangan semakin menutup. Kita lihat berbagai tuduhan di buat - terus di senyapkan oleh Pak Lah terhadap anak menantunya baik dari kerakusan mencari kuasa politik mahupun ekonomi. Yang nyata - dibawah Mahathirisme - perkembangan politik anak - anak beliau terencat tetapi dalam era Badawisme - ia berkembang baik politik mahupun ekonomi. Bagi saya - arus yang paling besar akan datang ialah untuk - menghapuskan idealisme, pengaruh dan budaya pembawaan Mahathir dan Anwar Ibrahim. Penyelongkaran kepincangan akan melibatkan kedua - dua mereka, dalam usaha untuk terus melenyapkan mereka dalam pesada politik tanah air. Ambil sahaj isu Metramac yang kini melibatkan Anwar Ibrahim - Tun Daim dan secara tidak langsung Mahathir. Strategi "brilliant" ini dapat meletakan kesemua mereka dalam keadaan yang tersepit bagi memberi ruang kepada pengaruh, idealisme dan budaya "Badawisme" untuk berkembang. Hanya waktu transisi Ini hanya zaman peralihan. Mungkin nampak jelas kerana yang lain bertindak memupuk budaya dan pengaruh masing - masing dalam jangka masa yang agak panjang tetapi ini tidak kepada kronis Pak Lah. Zaman transisi ini akan menyaksikan kebangkitan orang - orang baru atau kronis baru dan bagi mereka yang selesa dalam era Mahathirisme dan Anwarisme akan berhadap dengan keadaan baru yang tidak menyokong mereka. Setelah zaman transisi ini maka akan berkembanglah ekonomi negara Malaysia dengan limpahan projek dengan pengiraan peningkatan index bedasarkan pendapatan beberapa kerat dari mereka - yang lain - rumah setinggan mereka terus di robohkan, kemudahan asas untuk hidup di caj dengan peningkatan kadar tarif - luka masih belum sembuh - belum lagi jadi parut untuk kenangan.
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|