BALIK KE MUKA UTAMA

Kiriman Pelayar


formmail.to: umnoreform

From_Email: osmanjantan@yahoo.com

From_Name: Pak Karto

Subjek: Request for Proposal

Pesanan: Nazri bukan mahu selesaikan masalah, malah beliau menjadikan  keadaan bertambah huru hara. Cuba mengugut dan menunjukkan kuasa mereka.

Ramai lagi rakyat yang jauh lebih bijak dari mereka. Bezanya, rakyat gunakan kebijaksaan untuk membantu, tetapi Nazri menggunakan kepala hotaknya untuk menghina dan menindas rakyat.

Apa lagi tunggu, cabaran perlu disahut. Sudah sampai ketika, sudah sampai masa. Rakyat perlu tunjuk belang kepada pemimpin yang temberang.

Rakyat bersama Allah Yang Maha Esa. Nazri Aziz bersama Pak Lah yang maha Esa (kononnya). Kita lihat sejauh mana Nazri boleh menghalang demo aman, kerana itu bukan satu-satunya jalan.

BOIKOT BARANGAN PETRONAS, lancarkan secepat mungkin. Biar senjata makan tuan. Kita lihat berapa billion kerugian yang akan ditanggung oleh petronas. Kuasa membeli kuasa rakyat. Kalau rakyat tidak mahu melanggan PETRONAS, FRU tidak boleh halang, Nazri tidak boleh halang, Pak Lah tidak boleh halang dan Najib tidak boleh halang. Biar PETRONAS terjun bersama menteri-menterinya. Biarkan...biarkan.

Kita lihat apa rakyat boleh buat pada Menteri. Selama ini dicabar, maka biar buku betemu ruas. BOIKOT BARANGAN PETRONAS...lancarkan kempen secepat mungkin agar cepat mereka turun dari singgahsana syurga dunia.

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762