BALIK KE MUKA UTAMA


formmail.to: umnoreform

From_Name: Pak Ali

Subjek: Request for Proposal

Segera: Yes

Pesanan: JAMBATAN PASIR, MEMPELAM BUSUK DAN KAYU GERGAJI

Perletakan jawatan Datuk Shahrir Samad adalah suatu bentuk kehilangan  kepada suara-suara pembaharuan dalam bentuk dan cara berfikir ahli  politik kita, terutamanya dikalangan parti pemerintah. Kalau ianya  dianggap sebagai suatu kekalahan prinsip, maka ia bukanlah perkara baru  bagi kita. Isu jambatan yang tak habis-habis itu pun menyaksikan betapa  hilangnya sebuah prinsip atau sememangnya kita kurang berprinsip dalam  berkata-kata atau dalam tindakan.

Kalau ahli Al-Arqam tersungkur di pintu syurga, kita pula kebelakangan ini tersungkur dimerata-rata. Ada di gigi pantai selatan Johor, ada di  pintu PDRM, ada di pintu DEB, ada dipintu Agusta, ada di pintu e-filing,  ada di tepi longkang di Sala Perlis, dan yang terbaru di pintu Parlimen.

Isu jambatan sudah jelas menunjukkan betapa tidak berprinsipnya kita  dalam kata-kata dan dalam tindakan. Puas dicanang bahawa jambatan itu  akan dibuat juga walau secara unilateral, hatta terpaksa dibengkokkan.  Diingatkan kepada rakyat bahawa iannya bukan jambatan bengkok, tetapi  jambatan indah! Tidak terdengar pasal pasir, tidak terdengar pasal udara
dan tidak terdengar pasal undang-undang antarabangsa.

Apabila  kemudiannya ada seorang ahli politik singapura bersuara pasal implikasi  undang-undang maka sejurus selepas itu segala senario indah itu kembali  menjadi bengkok. Tup-tup jambatan dibatalkan. Alasannya? Kalau dilihat  laporan oleh Seorang Pegawai Tinggi kerajaan, ianya lebih kepada soal  undang-undang. Tetapi bila didengar melalui media, melalui mulut ahli  politik kita maka permintaan mengarut singapura pula yang menjadi alasan  kukuh pembatalannya. Dan rakyat menjadi kambing hitam kerana dikatakan  tidak bersetuju dengan permintaan mengarut yang termasuk dalam  pertimbangan kerajaan itu. ( setelah dibuat temubual dengan beberapa  orang di Johor Baru dan disiarkan di TV pada hari itu juga ) Berkecamuk.

Maka tidak hairanlah ianya terus diperkatakan. Syed Hamid Albar juga  nampaknya gagal memberikan penjelasan yang meyakinkan ketika diwawancara  di TV1 baru-baru ini. Semuanya bermula kerana cara bercakap dan  bertindak kita tidak punya prinsip yang tuntas. Tiada perancangan yang jitu.

Kebiasaannya seseorang akan membuat sesuatu keputusan yang drastik  apabila ia telah lama dibelenggu oleh pelbagai ketidakpastian atau  faktor. Ini termasuklah antara ketidaktentuan dalam menegakkan prinsip  dengan untung rugi politik. Keputusan drastik kerajaan dalam isu  jambatan itu juga mungkin akibat ketidaktentuan ini. Mulanya dengan  hasrat menegakkan prinsip (yang dimulakan oleh TDM), tetapi kemudian  tunduk kepada untung rugi politik (oleh Pak Lah). Begitulah juga pada  datuk Shahrir. Tidak mungkin bagi aku beliau bertindak begitu hanya  kerana isu Ahli Parlimen kayu gergaji, tetapi kemungkinanya akibat  rantaian kegagalan prinsip yang lain juga yang termasuk di dalamnya isu  jambatan itu. Beliau mungkin dah jadi bebal dengan segala insiden yang  berlaku di dalam dan diluar parlimen. Sebab itulah beliau mengaitkannya  antara perbahasan di dalam dengan yang berlaku di luar. Ini hanyalah  telahan aku yang juga semakin muak dan bebal dengan cara membuat  keputusan secara tergesa-gesa, kelam kabut, terburu-buru dan ad-hoc  dalam perancangan, kenyataan dan tindakan.

Sebelum ini isu kenaikan harga minyak juga gagal ditangani oleh kerajaan  dengan berkesan. Kucar kacir jadinya. Isu bahasa juga begitu. Isu  tulisan jawi juga begitu. Isu e-filing juga begitu. Semuanya menyebabkan  rakyat jadi caca marba. Kelam kabut dan terpinga-pinga.

Soalnya, beginikah cara kita mentadbir institusi kerajaan dan sebuah  negara? Kalau pentadbiran dalaman sudah menunjukkan keserabutan, masakan  tidak ianya merebak ke urusan antarabangsa?. Belum habis kita dimalukan  di selatan, kita dimalukan di utara pula. Singapura mampu kucar-kacirkan  kita dengan pasir, thailand pula kucar kacirkan kita dengan mempelam!  Hingga memaksa kita membuang mempelam ke dalam longkang? Masih adakah  prinsip bernegara kita? Dimanakah maruah kita?

Tindakah Datuk Shahrir adalah atas dasar prinsip. Dengan itu juga kita  kehilangan orang yang berprinsip. Apa lagi yang tinggal? Hanya rakyat  yang terpinga-pinga dalam menanti episod seterusnya....Ahli Parlimen  Kayu Gergaji .



Pak Ali
Padang Serai

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762