|
formmail.to: umnoreform
From_Name: Pak Ali
Subjek: Request for Proposal
Segera: Yes
Pesanan: Penghinaan ke atas Nabi.
Menurut tafsiran ulamak, menghina nabi dalam apa jua cara boleh
menyebabkan seseorang itu jatuh kufur. Hatta jika kita dengan sengaja
mengatakan nabi berkulit gelap juga boleh ditafsirkan sebagai satu
penghinaan menurut sesetengah ulamak.
Bukan menghina nabi, hatta menghina waris nabi iaitu para ulamak juga
sesuatu yang dilarang keras dalam islam, dan nabi pernah berkata bahawa
antara yang tidak tergolong dikalangan pengikut baginda ialah mereka
yang menghina para alim-ulamak.
Insiden penyiaran kartun menghina nabi oleh para kufar tersebut
sepatutnya memberikan kita petunjuk untuk mengmuhasabah diri kita,
setiap orang islam. Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sis-sia.
Kadang-kadang Allah jadikan sesuatu perkara sebagai sebab untuk kita
menilai diri kita sendiri. Zahirnya memanglah kelihatan mereka menghina
nabi, tetapi hakikatnya ia bermula daripada orang islam sendiri.
Kalau kartun itu merupakan perbuatan menggambarkan wajah nabi dalam
ertikata yang menghina (menggambarkan sahaja pun sudah satu kesalahan),
tanyalah diri kita sendiri, pernahkah kita melakukan perkara yang serupa?.
Berapa ramai dari kita yang berasa jijik mempunyai ciri-ciri wajah nabi
di muka kita? Berapa ramai antara kita yang merasa begitu bangga
menghadap cermin setiap pagi mencukur janggut dengan keyakinan bahawa
tidak berjanggut itu lebih kacak daripada berjanggut? Sedang sepakat
para ulamak bahawa janggut itu adalah sunah nabi dan bukan setakat itu,
ia sunnah semua nabi-nabi. Aku pernah terbaca dalam sebuah kitab, bahawa
sepakat ulamak besar islam bahawa mencukur janggut itu hukumnya haram.
Ingatkah kita setelah Amerika menceroboh Afghanistan, antara provokasi
mereka ialah menonjolkan perilaku mencukur janggut dikalangan lelaki di
sana? Dan akhbar perdana kita menyiarkannya di muka hadapan akhbar tanpa
rasa terhina? Bukankah itu satu penghinaan kepada nabi? Dan kita jugak
bersekongkol sekali?
Kita jugak pernah tersentak dengan kenyataan perkaitan antara pisau
cukur Gillette dengan janggut nabi satu masa dahulu. Dan sejauh manakah
usaha kita untuk memperbetulkannya!?.
Apabila Allah dan rasul memerintahkan kita berhukum mengikut hukum
syariatnya, kita engkar! Kita sibuk memikirkan bagaimana untuk merubah
jadual waktu sekolah, mencipta pakaian sulit anti perogol dan mencari
berbagai kaedah untuk mengelak daripada anak dan wanita kita dirogol,
tapi kita tetap tak mahu menghukum perogol sepertimana yang Allah dan
rasulnya kehendaki! Bukankah itu penghinaan namanya? Meletakkan akal
kita di atas Allah dan rasulnya?
Itu hanya sekadar beberapa contoh. Muhasabah lah diri dan carilah di
dalam diri kita berapa banyak lagi. Bertaubatlah, semoga Allah mengubah
keadaan penghinaan ke atas kita dan Islam keseluruhannya.
Pak Ali
Padang Serai
|