|
formmail.to: umnoreform
From_Name: Pak Ali
Subjek: Request for Proposal
Segera: Yes
Pesanan: Apa yang berlaku antara Pak Lah dan TM dan isu-isu yang
terburai sekarang ini adalah ibarat tayangan filem yang berpuluh
tahun yang dibikinkan oleh UMNO. Penulis skripnya kepimpinan
yang berkuasa, pengarahnya juak-juak keliling yang menyokong
yang berkuasa, krew-krew bawahannya ahli-ahli yang buta dan
rakyat yang diperbodoh setiap kali pilihanraya.
Hasilnya ialah apa yang kita dapati hari ini dan kemungkinannya
kita akan hidangkan pada anak cucu kita, bangsa melayu. Orang
lain akan jadi penonton sambil memakan bertih kekayaan negara.
Bukan sahaja TM tersalah pilih orang, akar umbinya ialah rakyat
tersalah pilih pemimpin. Mungkin TM sendiri sedar, sepertimana
orang melayu lain sedar bahawa sebenarnya DSAI adalah pilihan
utamanya. Oleh kerana silap percaturan, maka beliau tiada
pilihan. Hakikatnya antara keduanya, mana satupun memang tak
layak. Ketika era reformasi memuncak sekitar 98, aku didatangi
oleh pengkaji selidik yang aku syaki dari UMNO di kampus
bertanyakan soalan antara Pak Lah dan Najib siapakah yang layak
jadi PM.
Jawab aku ringkas Keduanya tak layak!. Sememangnya status
kelayakan mereka semenjak awal lagi diragui UMNO yang pada
ketika itu dikuasai TM. Dan kalau hari ini aku ditanyai lagi
soalan yang sama tentang siapakah pemimpin UMNO yang layak jadi
PM, jawapan aku tetap sama, siapa pun tak layak. Orang melayu
tak mampu berpemimpinkan pelakon. Dan kalau orang melayu masih
tidak belajar dan bertindak bijak, mereka mungkin akan ber PM
kan seorang anak muda lulusan universiti agung tanpa susur galur
perit getih perjuangan sedikitpun!
Hari ini TM merasai apa yang dirasai oleh DSAI. Walaupun hanya
sekelumit dari itu. Hari ini tiada siapa akan berdemonstrasi
untuk menyokong TM. Tiada siapa yang sanggup dihumban ke trak
FRU untuk menyokong TM. Hatta tiada siapa yang akan menyokongnya
dari atas kerusi empuk masing-masing sekalipun. Tradisi UMNO
yang dijulangnya memakan diri sendiri. Berpaut pada kuasa adalah
tradisi UMNO dulu, kini dan mungkin selamanya. Kalau dulu rakyat
dihidangkan dengan drama sokongan terhadapnya, kini rakyat
dihidangkan pula drama sokongan terhadap Pak Lah melawannya.
Hari ini beliau terasa bagaimana tajamnya pisau yang menikam
belakang DSAI walau hanya jarum yang mencucuknya. Hari ini
beliau bercakap persis seorang ahli Pembangkang yang ditekannya,
persis DSAI yang dihumbannya, persis seorang tahanan ISA, persis
seorang reformis yang ditahan, persis seorang isteri tahanan
tanpa bicara, persis seorang wartawan media alternatif. Apa yang
dicakapnya kini menyanggah apa yang dicakapnya dulu.
Percakapannya kini menikam belakangnya sendiri. Hari ini beliau
terasa bagaimana kawan sekabinetnya tidak membelanya. Hari ini
beliau terasa bagaimana kenyataanya tidak disiarkan media. Lebih
teruk dari itu diputar belitkan pula. Itu hanya belum menyokong,
bukan lagi dituduh lebamkan mata sendiri, menompokkan tilam
dengan berbelas tompokan dan meliwat 20 kali!
Sekali lagi tradisi UMNO memainkan peranan. Seperti biasa
kambing hitam akan dicari bagi mengalih perhatian. Tidak
semena-mena timbul isu demonstrasi jalanan. Tidak semena-mena Hj
Hadi dikatakan menyuruh rakyat baling batu pada anggota
kselamatan. Entah bagaimana jadinya, pembangkang juga yang salah
dalam pergolakan rumahtangga mereka. Ibarat iklan selingan drama
yang memualkan.
Sesungguhnya benarlah bahawa dunia ini sememangnya bayangan
syurga. Tanda kasih Allah pada hambanya ialah diberinya kita
petunjuk kearah pengampunan. Diberinya kita kesusahan supaya
kita mengaku dan bertaubat atas segala kesalahan. Kita biasa
diberitahu bahawa di saat seseorang bakal meninggal, dia akan
ditayangkan apa-apa kesalahan yang telah dilakukannya di dunia
dan dikala itu taubat sudah pun tertutup baginya.
Di padang mahsyar, tidak berguna harta benda dan anak pinak,
hanya amalan yang berguna. Hatta tulang belulang dan kulit
dibadan tidak akan membela. Apatah lagi rakan sekabinet, segila
kuasa, sekorup dan sekaut. Sementara masa masih ada, perbaikilah
keadaan semoga kita pulang meninggalkan anak cucu bangsa dengan
hati yang sejahtera.
Pak Ali
|