BALIK KE MUKA UTAMA


Tuan,

Sampaikan salam saya pada semua kepimpinan Melayu tempat kami merayu,
Sampaikan salam saya pada semua kepimpinan Melayu,tempat nasib kami di tentu,

Ini luka kami, 
Dalam menghiris sisa - sisa hidup, di tengah keterangan kota, kemalapan jiwa raga, menanti janji, atas tanah merdeka

Ini luka kami,
Dalam mendongak langit bertuah, melihat menara indah, kesepian untuk bersama terpinggir larat bersama usia,

Ini luka kami,
Jejak Melayu yang kini terhakis sudah, kerana kami tidak punyai kuasa untuk bertongkat ke sana, bicara siksa dunia di tengah gelanggang mercu tanda, Melayu sudah berjaya

Ini luka kami,
Terkikis harapan indah, terlerai taat setia, Melayu sudah berdua jiwa, yang lupa dan yang sengsara, yang menjual dan yang berniaga hak bangsa,

Ini luka kami,
Berbicara erti pilu, mengatakan erti rindu, pada pusaka Tanah Melayu

Tuan,

Kabar pada mereka, ini Melayu, berpidato - lah, berdebat dan berbincang dalam mengertikan semula Melayu, perjuangan Melayu, hak -hak Melayu

Kabar pada mereka, dewan indah itu tidak layak untuk kami hadir, bertongkat dan memberi salam, menceritakan apa yang tidak mahu di katakan, tahu tetapi tidak mahu mengambil tahu, sedar tidak mahu berubah 

Tuan,

Ini luka kami, luka, duka dan kecewa 

Tuan,

Pulangkan, tanah merdeka, jiwa merdeka dan pusaka kita

Pulangkan, bahtera merdeka, kota Melaka dan keris pusaka

Pulangkan - Melayu pada Melayu 


  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762