|
Re: Response pd "Surat Terbuka Utk Tun."
From: user@FormMail.To
Reply-To: "OrgIsamad" <user@FormMail.To>
To: editor1@umno-reform.com
Subject: (No subject)
Date: Thu 01/26/06 03:42
formmail.to: umnoreform
From_Name: OrgIsamad
Pesanan: Re: Response pd "Surat Terbuka Utk Tun."
bagi saya, apa yg berlaku dinegara kita skrg adalah dari hasil tempias/bahang/kesan
pemerintahan yg lepas,yakni,ketika negara dlm pegangan Dr Tun. Sesuatu
perkara berlaku bukanlah boleh berlaku "overnite". Ia melalui pelbagai
fasa/phase sebelum kesannya-samada positif (bagus) atau negatif (tidak
bagus)- di rasai oleh kita semua. Cuma,takdir menentukan dimana kesannya
adalah negatif. Negatif akibat dari kerakusan dan kelalaian yang
akhirnya membawa banyak bencana & kerugian. Maka, bagi org yg tidak
berwang sangat - majoriti rakyat malaysia- maka bahang kegagalan/
kekecewaan amat dirasai.Tetapi, kesan kegagalan/kekecewaan ini umpama
madu pada yg berwang dan berkuasa pada ketika ini sebab kumpulan yg
berwang, mampu menjana untuk mendapat lebih untung pada sedikit kerugian.
Apatah lagi disalut dengan sedikit kekuasaan politik pada diri mereka.
Bagi saya, syarikat besar krajaan diterajui oleh mereka yang tiada
kepintaran untuk mentadbir secara professional/ bijak. Ramai dilantik
kerana lebih berlandaskan "political connection" saja. Tidak lebi dari
itu. Kurang sikap untuk memajukan sesebuah syarikat. Sebaliknya lebih
menumpukan pada pendaptan dan elaun bulanan saja tanpa sebarang
contribution pada kemajuan syarikat yang diterajui nya.
Bila tamat kontrak, org yg sama juga dilantik utk
menjadi CEO/BOD pd sykt krajaan yang lain. Akhirnya, tiada
kemajuan apatah lagi keuntungan. Cycle tersebut berulang
sehinggalah sykt yg satu ketika dulu mewah, kini menadah. Apa yang
perlu Paklah buat sekarang ialah hentikan memperkenalkan sebarang
program baru bercorak kemasyarakatan yg tidak membawa sebarang
keuntungan spt: program "tak Nak" rokok. Program baru perlukan wang.
Kita dah tak ada wang. Hentikan program warnawarni msia buat seketika.
Buat rombakan kabinet yg besar. Menteri kabinet, pegawai tinggi krajaan,
MB,yg korup- buang. Saya perhatikan krajaan sangat liat nak jatuhkan
hukuman pd mereka yg terlibat rasuah atas alasan "innocence until proven
guilty". Tapi, "with money, proofs are hard to come by".
Akhirnya kes tertunda bertahun-tahun. Spt kes Kudus.
Owner restaurant akui telah memberi wang perlindungan/ugutan pd
Kudus. Jadi, apa yg di tunggu lagi?
Saya lihat Kudus keluar masuk court makin sihat walafiat. Yang amal
rasuah, krajaan bela, tetapi nasib mangsa bagaimana? Bagi saya Pk Lah
tidak lemah. Cuma terlalu berhati-hati. Tetapi, Paklah,masa makin silih
berganti. Jangan tunggu masa menikam diri. Skali skala, wajar juga
dengar pendapt org bawahan yang tiada jawatan dan gelaran pingat.
|