![]() |
|
Setelah beberapa kurun, agama Kristian yang berbagai-bagai versi ini diamalkan secara meluas di negara Rome sendiri. Maharaja Rome yang telah menganut kristian ketika itu, Emperor Constantine cuba menyatukan penganut agama kristian yang pelbagai versi ini berikutan penentangan yang berterusan terhadapnya. Untuk itu, beliau telah memilih bishop-bishop Kristian yang sealiran dengannya untuk menetapkan satu sahaja versi untuk diamalkan oleh semua rakyat Rome dan versi itu kekal sehingga sekarang. Dalam proses 'penyatuan' itu, penganut agama kristian yang tidak sealiran akan dibunuh dan dipaksa untuk 'convert' kepada ajaran yang ditetapkan Emperor Constantine. Versi yang diamalkan (mainstream) itu seperti yang kita semua ketahui secara umum ialah di mana Judas sebagai pengkhianat kepada Jesus.
Persoalannya sekarang, bagaimana Emperor
Constantine menentukan yang agama kristian yang dibawanya adalah
yang benar? Dalam pada itu, kredibiliti bishop-bishop yang
dipilih itu juga boleh dipersoalkan kerana hubungan politik
mereka dengan Constantine. Dan soalan yang paling utama ialah
adakah The New Testament yang diamalkan sekarang adalah versi
yang benar yang diwarisi daripada himpunan asal ajaran kitab
injil (Bible)? Di sini, saya tidak setuju untuk menyamakan agama
Kristian yang diamalkan sekarang dengan agama Islam
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|