|
Langkah memusnahkan Khairy Jamaluddin,
tertubuhkah anti Khairy dalam laman ini?
Sejak beberapa ketika sehingga ke hari ini laman www.umno-reform.com
sering menerima email, SMS yang khususnya mengutuk Khairy Jamaluddin. Tag Board
www.umno-reform.com menerima banyak komen - komen yang berpusat menghentam Khairy sebagai anak muda yang gila kuasa. Tempias dari kritikan terhadap Khairy Jamalauddin adalah Pak Lah, yang kini dikritik dan dikatakan terlampau lemah lalu mengikut apa sahaja yang di nasihati oleh Khairy Jamaluddin.
Semua telah diperkatakan oleh pelayar yang hadir dalam laman www.umno-reform.com
Ada yang juga menuduh bahawa laman ini telah di beli oleh Khairy Jamaluddin sehingga sekarang terus diam dalam membicarakan mengenai isu Khairy Jamalauddin.
Salah satu email mengatakan bahawa laman ini sudah mula lembut dengan Khairy sedangkan sebelum ini merupakan sumber utama kritikan terhadap Khairy Jamaluddin.
Sungguhpun begitu penelitian kami agak jauh sedikit dari lontaran kata - kata dalam Tag Board
www.umno-reform.com .
Dalam kemelut mereka yang menghentam Khairy Jamalauddin, www.umno-reform.com
menerima permohonan untuk membenarkan satu ruangan yang di label sebagai anti Khairy forum. Permohonan ini akan kami sampaikan kepada editor laman ini sungguhpun Tag Board yang ada sudah cukup melihat betapa Khairy di hentam dan di kritik.
Namun dalam meneliti kritikan mengenai Khairy kami dapati bahawa kritikan ini bukan sekadar kritikan tetapi adalah satu perencanaan tersusun untuk terus berusaha bukan sahaja menjatuhkan Khairy Jamaluddin malah Pak
Lah.
www.umno-reform.com
bukan tidak pernah menerima SMS dan beberapa saranan untuk terus menghentam Khairy Jamaluddin tetapi pihak kami akan hanya mengkritik bila keperluan mengkritik itu timbul dan tidak sebelum itu.
Perencanaan teliti
Bermula dengan SMS sumbang mengkritik Khairy Jamaluddin dengan skandal - skandal perempuan beberapa SMS juga telah mengkritik Khairy dengan beberapa projek khususnya di Johor dan beberapa percaturan lain dalam usaha mengembangkan kuasa. Kehadiran SMS ini amat kerap sungguhpun kini sudah hilang. Bagi kami ini hanya permulaan.
www.umno-reform.com kemudiannya mendapat satu panggilan menceritakan bagaimana Pak Lah telah di gunakan oleh Khiary Jamaluddin untuk semua perkara termasuk mengubah dasar - dasar dan melantik kepimpinan Kerajaan dan Politik yang mungkin antara menu politik Khairy Jamaluddin.
Sehingga kini pula Khairy Jamaluddin adalah antara nama popular dalam Tag Board www.umnoreform.com sebagai manusia yang kerap di kritik oleh pelayar. Kritikan ini termasuk pengaruh Khairy ke atas pemecatan Tan Sri Isa Samad yang di katakan oleh pelayar sebagai pemecatan berpilih dan mempunyai agenda tertentu. Khairy di persalahkan.
Hari ini saya sempat melihat satu laman yang nampaknya hadir dengan agenda - agenda tertentu - laman bermusim -
www.malaysian-today.net
kendalian editornya Raja Petra Raja Kamaruddin. Yang kini gemar memainkan isu - isu UMNO khususnya.
Apa yang kami perhatikan adalah penyusunan berita laman itu yang agak jelas menunjukkan langkah akhir dalam serangan media internat ke atas Khairy Jamaluddin.
Khairy bukan Bakal Perdana Menteri tetapi adalah Perdana Menteri
Itulah antara mukadimah berita paparan Malaysia Today yang bagi saya mungkin mengutip sisa - sisa permohonan yang pernah dibuat oleh beberapa pihak untuk
www.umno-reform.com mengkritik Khairy Jamaluddin .
Malaysia Today mengatakan isu Khairy dengan lebih spesifik lagi mengenai mainan politik beliau, kerakusan cita - cita politik beliau, menyebarkan sayapnya dengan perlantikan kronis - kronis yang akan membela beliau sehingga ada yang menyebut bahawa orang - orang Pak Lah adalah bayangan Khairy sehingga Datuk Thajuddin Abdul Wahab, seorang penyokong setia Pak Lah kini tersisih akibat kehebatan menantu Pak Lah.
Laman web itu meneruskan kritikan beliau mengenai bagaimana Khairy meletakkan orang - orang beliau seperti Wan Farid dan Zaki Zahid sebagai mata dan telinga beliau kepada semua maklumat yang bakal di terima oleh Pak Lah.
Eksklusif mengenai Khairy ini di jadikan beberapa siri dan kerana itulah
www.umno-reform.com percaya sebenarnya isu Khairy ini sedang di susun rapi oleh orang - orang tertentu yang mahu Khairy menjadi penyebab kepada kejatuhan Pak Lah.
Ahli UMNO hanya berani - berani lalat
Sumber maklumat mengenai Khairy Jamaluddin tidak datang dari perpustakaan untuk di selongkar oleh
www.malaysia-today.net.
Sumber - sumber ini datang dari UMNO dan saya yakin adalah usaha kolektif untuk terus menjatuhkan Khairy Jamaluddin.
Mereka menggunakan laman - laman web yang mampu menyediakan berita - berita sensasi yang mempunyai niat dan tujuan tertentu. Mereka tidak berani berdepan mengkritik Khairy Jamaluddin malah
www.umno-reform.com pernah berdepan dengan kritikan
mereka di belakang Khairy mengenai keburukan anak muda tersebut.
Dari apa yang dihidangkan oleh www.malaysia-today.net
, pihak kami yakin usaha - usaha itu akan berterusan untuk memastikan Khairy Jamaluddin tersingkir dan keberuntungan dari situ adalah untuk memastikan Pak Lah turut tergelincir dari terus menjadi Perdana Menteri Malaysia.
www.umno-reform.com mampu mengulas mereka - mereka yang hadir menceritakan kelemahan Pak Lah dan bagaimana Khairy Jamaluddin memanipulasi semua urusan dalam pentadbiran
supaya ianya menuruti agenda beliau.
Kalau di ceritakan mengenai menu politik - seperti yang dikatakan dalam MCA maka Khairy dimaklumkan sedang menyediakan rencah - rencah untuk memasak dan menghidangkan menu beliau dalam politik UMNO.
Kumpulan mana yang hadir bertemu www.umno-reform.com
Sungguhpun kami telah hadir dan mendengar beberapa kumpulan yang mahu menyaksikan Khairy tumbang dan seterusnya Pak Lah jatuh namun pembongkaran itu akan meletakkan menghilangkan kepercayaan pelayar kepada
www.umno-reform.com . Kami tidak akan membongkarkan siapa yang hadir dalam menyediakan agenda untuk
kami terbabit dalam perencanaan tersebut dan kami juga tidak menghalang dari mereka - mereka untuk hadir membuat kritikan mengenai Khairy dan Pak Lah tetapi
kami mempunyai penderian tersendiri terhadap Khairy Jamaluddin. Wakil kami Ghazali Mat Dom pernah bertemu dengan beliau dan pernah menulis mengenai Khairy Jamaluddin. Bagi
www.umno-reform.com , kami akan mengkritik Khairy Jamaluddin sekiranya situasi jelas bahawa beliau perlu di kritik tetapi setakat ini
www.umno-reform.com telah mengajukan laporan lengkap mengenai isu Khairy Jamaluddin untuk diulas oleh Ghazali Mat Dom.
Nantikan ulasan menyeluruh beliau.
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|